Pengenalan
Dalam Malaysia, insuran Takaful kereta semakin popular kerana apa yang ditawar & juga kekal pada prinsip syariah. Ramai sahaja yang waswas tentang polisi ini, dengan cara tuntutan & juga manfaat yang ditawar. Artikel ini senaraikan soalan lazim (FAQ) untuk bantu anda faham perlindungan Takaful kereta dengan cepat.
Apa Itu Takaful Kereta?
- Takaful kereta adalah perlindungan kenderaan berlandaskan prinsip Syariah, berkongsi risiko antara peserta.
- Ia meliputi kerosakan, kemalangan, kecurian, dan kadang-kadang bencana alam bergantung pada pelan.
Jenis Perlindungan Takaful
- Comprehensive (1st Party): Perlindungan penuh termasuk kerosakan sendiri dan pihak ketiga.
- Third Party Only: Melindungi kerosakan atau kecederaan pihak ketiga sahaja.
- Optional Add-ons: Tali bantuan jalan raya, towing, atau aksesori tambahan.
Bagaimana Tuntutan Berfungsi?
- Laporkan kemalangan atau kerosakan kepada penyedia Takaful.
- Pegawai Takaful akan semak laporan & nilai kerosakan.
- Jika disahkan, bayaran atau pembaikan disediakan mengikut polisi.
- Instant cover biasanya hanya jika semua maklumat kereta dan pemilik sah dan tiada gap dalam polisi.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah Takaful wajib untuk roadtax?
Ya, sama seperti insurans konvensional, Takaful aktif diperlukan untuk renew roadtax.
2. Bolehkah saya buat tuntutan di bengkel pilihan sendiri?
Bergantung pada syarikat, tapi majoriti membenarkan bengkel panel mereka untuk proses lebih cepat.
3. Apa berlaku jika ada gap perlindungan?
Tuntutan mungkin ditangguh atau perlu kelulusan tambahan dari pihak Takaful.
4. Bolehkah saya tukar pelan Takaful dari 3rd Party ke Comprehensive?
Ya, boleh. Biasanya perlu kemas kini polisi & premium baru ikut nilai kereta.
5. Adakah Takaful beri diskaun NCD?
Tidak, NCD berkaitan pada no. plate kenderaan & NRIC pemilik, tetapi boleh sahaja mengguna NCD dalam sebutharga.

Kesimpulan
Takaful Kereta adalah polisi atau perlindungan yang patuhi syariah dengan ruang fleksibel untuk adjust jumlah harga bagi kesesuaian pilihan pemilik kereta. Fahami polisi, jenis perlindungan, dan cara tuntutan untuk elak masalah semasa roadblock, kemalangan, atau renew roadtax.
Baca Juga:
Boleh Renew Insurans & Roadtax Kalau Ada Saman Tertunggak?

