Pengenalan
Renew roadtax kereta bukan sekadar urusan rutin — ia wajib untuk memastikan kenderaan anda sah di jalan raya. Tanpa roadtax yang aktif, anda boleh disaman oleh JPJ atau PDRM, malah perlindungan insurans pun boleh terbatal. Artikel ini terangkan langkah-langkah dengan panduan lengkap roadtax kereta di Malaysia, dokumen diperlukan, serta anggaran kos roadtax mengikut jenis kenderaan di Malaysia.
1. Apa Itu Roadtax Kereta (Cukai Jalan)?
Cukai Jalan atau pada majoriti pemandu dalam Malaysia tahu sebagai roadtax, adalah dokumen yang perlu renew setahun sekali dari JPJ selepas buat pembaharuan polisi insuran. Roadtax diguna & memberi pemandu di Malaysia untuk pandu kenderaan secara sah, kerana roadtax membukti yang anda telah buat bayaran cukai jalan mengikut kapasiti enjin, selepas polisi insuran sudah aktif.
2. Cara Renew Roadtax Kereta di Malaysia
Kini ada pelbagai cara untuk memperbaharui roadtax:
| Kaedah | Platform | Kelebihan | Tempoh Proses |
| JPJ / MyJPJ | Kaunter atau aplikasi MyJPJ | Percuma untuk versi digital, tiada caj tambahan | Serta-merta (digital) |
| Pos Malaysia | Cawangan terpilih | Mudah untuk pengguna tanpa capaian internet | 1–3 hari bekerja |
| MyEG | Laman web | Mudah, ada penghantaran fizikal | 2–5 hari bekerja |
| Bjak | Portal online | Boleh renew insurans + roadtax serentak | 2–5 hari bekerja (fizikal) / serta-merta (digital) |

3. Dokumen Diperlukan untuk Renew Roadtax
Sebelum renew, pastikan anda sediakan:
- Salinan polisi insurans kereta aktif (atau cover note)
- Kad pengenalan / salinan IC pemilik
- Sijil pendaftaran kenderaan (geran asal atau salinan eGeran)
- Lesen memandu sah
Jika melalui platform seperti Bjak, semua dokumen ini boleh dimuat naik secara digital.
4. Kos Roadtax Kereta Mengikut Jenis Kenderaan
Kos roadtax ditentukan oleh kapasiti enjin, lokasi pendaftaran, dan jenis kenderaan. Berikut contoh anggaran:
| Jenis Kenderaan | Kapasiti Enjin (cc) | Anggaran Kos Semenanjung (RM) | Sabah & Sarawak (RM) |
| Kereta 1.3L (1300cc) | 1300cc | 70 – 90 | 20 – 40 |
| Kereta 1.6L (1600cc) | 1600cc | 90 – 120 | 40 – 60 |
| Kereta 2.0L (2000cc) | 2000cc | 380 – 440 | 100 – 120 |
| Kenderaan komersial | – | Mengikut berat & jenis | Mengikut berat & jenis |
5. Digital vs Fizikal: Mana Lebih Praktikal?
Sejak 2023, JPJ memperkenalkan roadtax digital (e-LKM) melalui aplikasi MyJPJ.
- Digital Roadtax: Percuma, boleh disemak di telefon, tiada risiko hilang/rosak.
- Fizikal Roadtax: Masih diperlukan jika anda mahu tampal pelekat di cermin kereta, tapi ada caj penghantaran (sekitar RM10 jika melalui Bjak).
6. Soalan Lazim (FAQ)
Q: Boleh ke renew roadtax tanpa insurans?
A: Tidak boleh. Anda mesti ada polisi insurans aktif sebelum JPJ meluluskan roadtax.
Q: Kalau roadtax tamat, boleh terus renew online?
A: Ya, tapi jika lebih 12 bulan tamat, anda mungkin perlu pemeriksaan PUSPAKOM dahulu.
Q: Berapa lama proses roadtax digital aktif?
A: Serta-merta selepas JPJ sahkan pembayaran.
Kesimpulan
Renew roadtax kereta kini lebih mudah dengan pelbagai pilihan digital. Pastikan anda ada insurans aktif, sediakan dokumen lengkap, dan semak kos melalui kalkulator sebelum memperbaharui. Dengan panduan lengkap roadtax kereta di Malaysia, anda boleh pastikan proses lebih cepat dan sah di sisi undang-undang.
Baca Juga:
Soalan Lazim tentang Perlindungan Takaful Kereta
Kesilapan Biasa Semasa Renew Roadtax Kereta Online
Cara Semak Sekali Gus – Saman, Insurans, Roadtax Kereta Anda

