Skip to content
Home » Kalkulator Roadtax Malaysia: Cara Guna & Kelebihannya

Kalkulator Roadtax Malaysia: Cara Guna & Kelebihannya

Kalkulator Roadtax Malaysia: Cara Guna & Kelebihannya

Pengenalan

Ramai pemilik kereta masih tertanya-tanya kenapa kadar roadtax berbeza antara satu kereta dengan yang lain. Ada yang bayar ratusan ringgit, ada pula mencecah ribuan. Sebenarnya, semua itu boleh dijelaskan dengan satu alat mudah — kalkulator roadtax Malaysia.

Alat ini membantu anda kira cukai jalan dengan cepat tanpa perlu rujuk jadual JPJ manual atau tunggu pegawai di kaunter. Artikel ini akan tunjuk cara guna serta kelebihan utama kalkulator ini.


Apa Itu Kalkulator Roadtax Malaysia

Kalkulator Roadtax adalah alat yang boleh diguna untuk semakan jumlah harga roadtax mengikut pada jenis kenderaan, kapasist enjin (CC) & pada lokasi kenderaan tersebut..
Jika anda melayari web untuk semakan kalkulator yang tersedia, kebanyakan akan mengguna data/formula rasmi JPJ, jadi harga akan reflect bersama di kaunter.


Cara Guna Kalkulator Roadtax Secara Online

  1. Masukkan jenis kenderaan – Contohnya, kereta persendirian, pacuan empat roda, atau motosikal.
  2. Isikan kapasiti enjin (cc) – Semakin besar cc, semakin tinggi kadar roadtax.
  3. Pilih lokasi pendaftaran – Sabah dan Sarawak mempunyai kadar berbeza berbanding Semenanjung.
  4. Klik “Kira” atau “Calculate” – Dalam beberapa saat, jumlah roadtax akan dipaparkan.

Jika anda guna platform seperti Bjak, selain jumlah roadtax, anda juga boleh lihat anggaran premium insurans — memudahkan anda renew terus tanpa keluar dari laman sama.


Infografik langkah guna kalkulator roadtax Malaysia secara online dengan ikon jenis kenderaan, enjin, lokasi, dan hasil kiraan

Kelebihan Guna Kalkulator Roadtax

KelebihanPenerangan
Cepat & TepatTak perlu tunggu pegawai JPJ – hasil dikira automatik berdasarkan data rasmi.
PercumaTiada caj tambahan, boleh guna bila-bila masa.
Elak Silap KiraFormula dikira automatik mengikut jenis dan kapasiti enjin.
Mudah Untuk BajetAnda boleh rancang kos tahunan kereta dengan lebih awal.

Kesimpulan

Kalkulator roadtax Malaysia bukan sekadar alat semak jumlah cukai jalan — ia bantu pemilik kereta rancang kewangan, elak kesilapan, dan jimat masa.Gunakan platform seperti Bjak untuk semak kadar terkini, bandingkan insurans, dan renew terus secara online tanpa perlu beratur di JPJ atau Pos Malaysia.

Baca Juga:

Kesilapan Biasa Semasa Renew Roadtax Kereta Online

Cara Semak Sekali Gus – Saman, Insurans, Roadtax Kereta Anda

Bagaimana NCD (No Claim Discount) Kurangkan Harga Insurans