Pengenalan
Pernah terfikir kenapa premium insurans anda makin murah setiap tahun, walaupun nilai kereta menurun perlahan-lahan? Jawapannya ada pada NCD Dalam Insurans Kereta. Ramai sahaja pemandu/pemilik kenderaan di Malaysia mengetahui yang boleh berjimat ratusan ringgit untuk pembelian insuran dengan hanya mengekalkan NCD. Boleh semakan artikel ini untuk cara kiraan & semakan status NCD secara online.
Apa Itu NCD (No Claim Discount)
NCD atau No Claim Discount adalah diskaun khas yang diberi kepada pemilik kenderaan jika buat pembelian insuran berturut tanpa sebarang tuntutan bersama insuran. Ini adalah untuk menggalakkan supaya pemandu dalam Malaysia untuk panduan berhemah & mengelak untuk bat sebarang tuntutan. Diskaun ini hanya terpakai untuk perlindungan komprehensif dan Third Party, Fire & Theft (TPFT) — bukan untuk pelan Third Party biasa.
Kadar NCD Mengikut Tahun Tanpa Tuntutan
| Tahun Tanpa Tuntutan | Peratus NCD | Diskaun Anggaran (RM) untuk Premium RM1,000 |
| 1 tahun | 25% | RM250 |
| 2 tahun | 30% | RM300 |
| 3 tahun | 38.33% | RM383 |
| 4 tahun | 45% | RM450 |
| 5 tahun & ke atas | 55% (maksimum) | RM550 |

Cara Kira NCD Secara Manual
Contoh mudah:
Premium asal: RM1,200
NCD: 45%
Diskaun = RM1,200 × 45% = RM540
Premium selepas NCD = RM660 sahaja
Kalau anda renew melalui platform seperti Bjak, sistem akan automatik tolak diskaun NCD dalam sebutharga — tak perlu kira manual.
Cara Semak NCD Insurans Kereta Anda
Anda boleh semak NCD secara percuma melalui:
- Bjak.my – Masukkan nombor plat & IC → sistem terus paparkan kadar NCD anda.
- MyCarInfo – Disediakan oleh PIAM (Persatuan Insurans Am Malaysia).
- Hubungi syarikat insurans – Jika anda ingin sahkan rekod tuntutan atau pindahkan NCD ke kereta baru.
Kesimpulan
NCD dalam insurans kereta bukan sekadar diskaun kecil — ia tanda penghargaan atas pemanduan cermat dan bertanggungjawab. Pastikan anda tidak membuat tuntutan kecil yang tidak perlu, kerana setiap tuntutan boleh hilangkan diskaun besar ini. Dengan rekod pemanduan bersih selama 5 tahun, anda sudah layak menikmati diskaun maksimum 55% — jimat besar setiap kali renew insurans.Untuk semakan cepat dan percuma, layari Bjak dan lihat kadar NCD anda dalam masa beberapa saat.
Baca Juga:
Bagaimana NCD (No Claim Discount) Kurangkan Harga Insurans
Tiada Cover Note Insurans Kereta Semasa Diperiksa JPJ
Saiz Roadtax Kereta Standard Untuk Cetak Sendiri, Apa Perlu Tahu

