Pengenalan
Walaupun semua pemilik kenderaan wajib memperbaharui roadtax (cukai jalan) setiap tahun, ramai yang masih keliru tentang cara semak, kira, atau perbezaan antara platform seperti JPJ, MyJPJ, MyEG, Pos Malaysia, dan BJAK. Artikel ini kumpulkan 10 soalan paling lazim tentang roadtax kereta Malaysia — supaya anda tak lagi keliru bila tiba masa nak renew atau semak kadar.

1. Apa Itu Roadtax?
Roadtax / cukai jalan, adalah cukai tahunan yang wajib di renew setiap tahun selepas pembelian polisi insuran untuk pandu kenderaan di atas jalan raya secara sah.
2. Berapa Lama Tempoh Sah Roadtax?
Biasanya 12 bulan, tapi boleh juga diperbaharui untuk 6 bulan bagi sesetengah kenderaan.
3. Macam Mana Kira Roadtax?
Kadar roadtax bergantung pada:
- Kapasiti enjin (cc)
- Jenis bahan api (petrol, diesel, elektrik)
- Jenis kenderaan (persendirian, komersial)
Anda boleh semak kadar sebenar guna kalkulator roadtax BJAK atau laman rasmi JPJ.
4. Boleh Renew Roadtax Tanpa Geran?
Ya, boleh. Selagi maklumat kenderaan aktif di JPJ dan insurans masih sah, anda boleh renew tanpa tunjuk geran fizikal — sama ada di JPJ, Pos Malaysia, MyEG atau BJAK.
5. Apa Beza Roadtax Fizikal & Digital?
Mulai 2023, JPJ membenarkan penggunaan roadtax digital (e-roadtax) yang boleh disemak terus dalam aplikasi MyJPJ.
Tiada lagi pelekat fizikal diperlukan, tapi pengguna masih boleh cetak sendiri jika mahu.
6. Apa Berlaku Jika Renew Lewat?
Jika lewat, anda boleh dikenakan kompaun JPJ dan tidak dibenarkan memandu di jalan raya sehingga diperbaharui.
7. Kena Ada Insurans Dulu Baru Boleh Renew Roadtax?
Ya, insurans mesti aktif dahulu. Tanpa polisi insurans yang sah, sistem JPJ tidak akan benarkan pembaharuan roadtax.
8. Roadtax EV Lebih Murah?
Ya. Kenderaan elektrik (EV) kini dikecualikan cukai jalan sehingga 2025, jadi anda tak perlu bayar roadtax buat masa ini.
9. Macam Mana Nak Semak Status Roadtax?
Boleh semak secara online melalui:
- Aplikasi MyJPJ
- Portal JPJ
- MyEG
- BJAK (untuk semakan sebelum renew)
10. Boleh Renew Roadtax Online?
Ya. Anda boleh renew melalui:
- JPJ / MyJPJ
- Pos Malaysia
- MyEG
- BJAK (sekali dengan insurans)
Kesimpulan
Roadtax kereta di Malaysia bukan sekadar lesen untuk kenderaan anda berada di jalan raya — ia juga menunjukkan insurans dan maklumat JPJ anda dikemas kini. Pastikan renew sebelum tamat tempoh untuk elak denda, dan gunakan platform seperti BJAK untuk semak kadar, beli insurans, serta urus semua dalam satu tempat.
Baca Juga:
Panduan Kira NCD Insurance Malaysia: Jimat Hingga 55%!
Panduan Mengguna Car Insurance Calculator Untuk Harga Terbaik

