Memiliki kereta sememangnya bakal memudahkan pergerakan anda ke mana sahaja. Anda tidak perlu lagi berkejar dan bersesak setiap pagi untuk menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja, boleh pergi berjalan bersama keluarga dan lain lain.
Namun, menjadi pemilik kereta tidak mudah ya. Walaupun anda mungkin lebih selesa, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tanggung selepas itu.
Membayar pinjaman kereta
Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, harga sebiji kereta baru tidak murah. Ia boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit. Jadi, kebanyakan individu akan membuat pinjaman bank bagi membantu membayar kos pembelian kereta. Pinjaman itu biasanya akan terikat untuk 5, 7 atau 9 tahun.
Secara amnya, pinjaman itu akan turut disertai dengan caj bunga (interest) yang dikenakan oleh pihak bank. Jadi, jumlah yang anda perlu bayar setiap bulan kepada pihak bank bukan sahaja harga kereta bahkan juga kadar bunga yang ditetapkan di dalam perjanjian bersama pihak bank.
Selagi anda tidak menyelesaikan baki pinjaman dengan pihak bank, selagi itulah anda akan terikat dengannya. Kegagalan anda untuk membayar pinjaman bank mengikut tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan kereta anda ditarik ya.
Penggunaan petrol
Melainkan anda menggunakan kereta elektrik, maka anda tidak perlu memikirkan perkara ini. Selain membayar pinjaman bank setiap bulan, anda juga perlu menanggung perbelanjaan untuk petrol bagi kereta yang anda miliki.
Semakin kerap anda gunakan kereta, semakin banyak wang yang perlu anda belanjakan untuk mengisi petrol kereta anda. Jadi sebaiknya, tetapkan bajet setiap bulan khusus untuk petrol kereta supaya anda tidak terbeban di pertengahan atau hujung bulan.
Servis kereta
Rugilah kalau beli kereta mahal-mahal tapi tak jaga kan? Sebagai pemilik kereta, anda pasti tahu bahawa perkara utama yang perlu dititiberatkan adalah penyelenggaraan atau servis kereta mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Penyelenggaraan kereta ini sangat penting bagi memastikan prestasi dan komponen kereta anda kekal berada dalam keadaan yang terbaik dan selamat. Untuk pengetahuan anda juga, kereta anda perlu diservis setiap 5,000 km atau setiap tiga bulan, bergantung pada keadaan semasa kereta dan kekerapan anda memandunya.
Kos penyelenggaraan kereta biasanya memakan ratusan atau ribuan ringgit. Jadi, sebaiknya anda simpan beberapa peratus daripada gaji anda setiap bulan khusus untuk penyelenggaraan kereta anda.
Insurans dan roadtax kereta
Sebagai pemilik kereta, salah satu perkara wajib yang anda perlu ada dan lakukan adalah memperbaharui insurans kereta dan roadtax anda setiap tahun selagi anda adalah pemiliknya. Premium insurans kereta biasanya adalah antara RM400 dan ke atas. Semakin lama kereta anda, semakin rendah premium insurans yang anda akan bayar.
Namun, jika tuntutan pernah dibuat maka premium insurans anda boleh menjadi mahal semula di tahun berikutnya. Jadi, pastikan anda memandu dengan berhati-hati dan mengelakkan kemalangan supaya anda tidak perlu membuat tuntutan insurans.
Ingat, anda perlu memperbaharui insurans terlebih dahulu sebelum dapat menghidupkan semula roadtax anda. Untuk renew insurans tak susah pun. Kini pelbagai platform online disediakan kepada anda supaya anda boleh hidupkan insurans dan roadtax anda dengan lebih mudah, cepat dan selamat, termasuklah Bjak.
Selain dapat bandingkan dengan 15 syarikat insurans dalam satu masa, anda juga boleh terus memperbaharui roadtax kereta anda di platform ini. Yang penting, polisi insurans anda akan diaktifkan dengan serta-merta, roadtax anda pula akan terus dihantar ke depan pintu rumah.
Baca juga: