Skip to content
Home » Apa Nak Buat Jika Anda Tersalah Isi Bahan Api Pada Kereta?

Apa Nak Buat Jika Anda Tersalah Isi Bahan Api Pada Kereta?

    tersalah isi bahan api

    Pernahkah anda mengisi kereta anda dengan jenis bahan api yang salah dan tidak sesuai? Ia mungkin kedengaran pelik pada anda, tetapi ia mungkin pernah berlaku pada orang lain. Kita secara tiba-tiba mungkin boleh menjadi pelupa, atau terpinga-pinga apabila pembantu di stesen petrol mengisi tangki minyak dengan petrol yang salah.

    Mungkin nampak remeh, tapi sila berhati-hati ya. Kereta kita memerlukan bahan api yang sesuai untuk enjinnya! Mengisi bahan api yang tidak sesuai boleh menyebabkan enjin meragam secara tiba-tiba.

    Apa yang berlaku jika anda tersalah mengisi bahan api?

    Bahan api yang salah boleh menyebabkan gangguan pada kereta

    Tersilap bahan api berlaku apabila anda secara tidak sengaja mengisi jenis bahan api yang sebenarnya direka untuk kenderaan lain. Contohnya, anda mengisi petrol di dalam kereta diesel atau sebaliknya.  

    Kenderaan anda akan mula menunjukkan tanda atau gejala seperti di bawah selepas kereta diisi dengan bahan api yang salah:

    Gejala jika petrol digunakan dalam kereta diesel:

    • bunyi ketukan yang kuat semasa memecut
    • asap berlebihan dari ekzos 
    • pecutan lebih perlahan daripada biasa
    • lampu amaran enjin menyala
    • enjin berhenti terus
    • enjin kereta sukar dihidupkan 

    Gejala jika diesel digunakan dalam kereta petrol:

    • enjin anda tidak berfungsi
    • asap berlebihan dari ekzos anda
    • enjin anda semput
    • enjin gagal dihidupkan semula

    Apa yang perlu dilakukan jika bahan api yang salah diisi ke dalam tangki minyak kereta?

    Jangan hidupkan enjin anda

    Sila jangan cuba hidupkan enjin kereta anda jika anda telah sedar kesilapan anda mengisi bahan api yang salah. Anda dianggap bernasib baik jika menyedarinya sebelum menghidupkan enjin kereta anda itu.

    Putuskan sambungan saluran bahan api utama di antara tangki dan enjin dengan serta-merta.

    Gerakkan kereta anda tanpa menghidupkan enjin

    Sila alihkan kenderaan anda, dan beri laluan kepada kenderaan lain untuk mengisi semula tangki minyak mereka.

    Beritahu kakitangan stesen minyak apa yang berlaku. Letakkan gear kereta anda dalam mode neutral dan tolak perlahan-lahan. Sila dapatkan bantuan daripada orang lain untuk memastikan kereta anda bergerak ke lokasi yang lebih selamat.

    Hubungi mekanik untuk mendapatkan bantuan

    Jika ini berlaku, anda perlu mengeringkan dan ‘mencuci’ tangki minyak kenderaan anda. Sila dapatkan bantuan mekanik terlatih untuk membantu anda.

    Mengeringkan tangki minyak boleh berbahaya dan memerlukan bimbingan yang betul kerana ia mudah terbakar. Kenderaan anda mungkin perlu ditunda ke bengkel untuk pembaikan selanjutnya bergantung pada jumlah bahan api yang anda masukkan.

    Hubungi syarikat insurans anda

    Anda perlu menghubungi syarikat insurans anda secepat mungkin untuk memaklumkan mereka tentang situasi anda.

    Apa yang perlu dilakukan jika anda menghidupkan enjin anda selepas salah bahan api

    Walau bagaimanapun, nasib anda mungkin malang dan hanya menyedari kesilapan itu selepas meneruskan perjalanan anda. Enjin mungkin berjalan lancar selepas anda baru mengisi minyak, bagaimanapun, ia akan berhenti tiba-tiba selepas beberapa jarak tertentu. 

    Apa yang patut anda buat?

    1. Matikan enjin dengan segera jika persekitaran anda selamat dan benarkan anda berhenti. Jika tidak, tolak ke tempat yang selamat
    2. Letakkan kenderaan dalam keadaan neutral
    3. Hubungi mekanik untuk mendapatkan bantuan
    4. Hubungi pembekal insurans anda secepat mungkin untuk dapatkan bantuan khidmat tunda

    Beri perhatian semasa mengisi petrol 

    berhati-hati ketika mengisi bahan api

    Ia mungkin kelihatan remeh pada anda, namun sebenarnya, tidak, kerana ia boleh merosakkan enjin kereta anda khususnya. Jadi, sila berhati-hati!

    Walaupun situasi seperti ini mungkin jarang berlaku, namun tidak mustahil ia boleh berlaku pada anda. 


     Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: