Pengenalan
Ramai pemilik kenderaan tertanya-tanya — adakah insurans kereta lama sama sahaja dengan insurans kereta baru? Jawapannya: tidak sama. Beza perlindungan insurans kereta bergantung pada faktor umur kenderaan, nilai pasaran, serta pilihan pelan. Artikel ini akan membandingkan secara ringkas insurans kereta lama vs baru supaya anda boleh buat keputusan lebih bijak semasa renew insurans.
Isi Kandungan
- Perbandingan Pantas: Kereta Baru vs Kereta Lama
- Kenapa Kereta Baru Perlukan Perlindungan Lebih Luas?
- Apa Pilihan Insurans Untuk Kereta Lama?
- Faktor Kos: Mana Lebih Jimat?
- Soalan Lazim (FAQ)
Perbandingan Pantas: Kereta Baru vs Kereta Lama
| Aspek | Kereta Baru | Kereta Lama |
| Jenis Perlindungan | Komprehensif (1st Party) | 3rd Party atau Komprehensif (bergantung nilai pasaran) |
| Nilai Pasaran | Tinggi → Perlindungan penuh disyorkan | Rendah → Boleh pertimbangkan 3rd Party |
| Kelebihan | Perlindungan kemalangan, kecurian, bencana alam | Jimat kos premium, sesuai jika nilai kereta rendah |
| Kos Premium | Lebih tinggi | Lebih rendah |
Kenapa Kereta Baru Perlukan Perlindungan Lebih Luas?
Kereta baru biasanya bernilai tinggi, jadi pemilik disarankan mengambil insurans komprehensif. Ia melindungi kereta anda daripada kemalangan, kecurian, kebakaran, malah bencana alam. Sesetengah syarikat insurans juga tawarkan manfaat tambahan seperti towing percuma, perlindungan aksesori, dan perlindungan pemandu tambahan.
Apa Pilihan Insurans Untuk Kereta Lama?
Bagi kereta yang sudah melebihi 11 tahun, kos untuk pembaikan kemungkinan lebih tinggi dari nila kenderaan sendiri. Dalam situasi ini, ramai akan alih perhatian pada jenis perlindungan 3rd party untuk jimat kos kerana perlindungan melibat 3rd party sahaja. Tetapi, ada juga sesetengah pemandu di Malaysia akan buat pilihan untuk ambil komprehensif jika masih boleh untuk manfaat dari kelebihan yang ditawar.
Faktor Kos: Mana Lebih Jimat?
- Kereta Baru: Premium lebih tinggi kerana nilai perlindungan besar.
- Kereta Lama: Premium rendah, sesuai untuk pemilik yang mahu minimum coverage.
Tip: Gunakan platform seperti Bjak untuk bandingkan premium insurans kereta lama vs baru dengan pantas sebelum membuat pilihan.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah insurans kereta lama wajib?
Ya. Semua kenderaan, sama ada baru atau lama, wajib ada insurans untuk renew roadtax.
2. Perlu ke ambil komprehensif kalau kereta dah lama?
Tidak semestinya. Bergantung pada nilai kereta dan bajet anda.
3. Adakah NCD berbeza antara kereta lama dan baru?
Tidak. NCD bergantung kepada rekod tuntutan, bukan umur kenderaan.

Kesimpulan
Bezanya insurans kereta lama vs baru terletak pada jenis perlindungan, nilai pasaran dan kos premium. Kereta baru lebih sesuai dengan pelan komprehensif, manakala kereta lama boleh pilih perlindungan minimum untuk jimat kos. Apa pun pilihan anda, pastikan insurans aktif supaya roadtax boleh diperbaharui tanpa masalah.
Baca Juga:
Perbandingan Kos Renew Roadtax Melalui Platform Online

