Bila tiba masa pilih perlindungan kewangan, ramai tertanya: patut ambil Takaful Malaysia atau insurans biasa? Kedua-duanya beri perlindungan, tapi prinsip asas dan cara mereka berfungsi sangat berbeza. Semakan artikel ini untuk mengethaui perbezaan antara kedua-dua jenis insurans dan buat pilihan yang lebih sesuai.
Perbandingan Pantas: Takaful vs Insurans Biasa
| Aspek | Takaful Malaysia | Insurans Konvensional |
| Prinsip | Patuh Shariah, berasaskan kerjasama | Model pindahan risiko |
| Pemilikan Dana | Dimiliki bersama oleh peserta | Dimiliki syarikat insurans |
| Untung & Lebihan | Dikongsi sesama peserta | Menjadi milik syarikat |
| Pelaburan | Hanya dalam instrumen patuh Shariah | Tiada sekatan pelaburan |
| Pengawasan | Diselia Majlis Penasihat Shariah | Hanya dikawal selia kewangan |

Apa Itu Takaful Malaysia?
Takaful Malaysia ialah skim perlindungan patuh Shariah di mana peserta menyumbang ke dalam tabung (tabarru’). Tabung ini digunakan untuk membantu peserta lain yang ditimpa musibah. Konsepnya lebih kepada kerjasama, bukan “jual beli risiko” seperti dalam insurans konvensional yang lebih pada menjual perlindungan.
Perbezaan Utama Dengan Insurans Konvensional
- Konsep Risiko – Takaful berkongsi risiko, insurans biasa pindahkan risiko kepada syarikat.
- Pembahagian Untung & Rugi – Lebihan dalam Takaful boleh diagih kepada peserta, insurans biasa hanya untuk syarikat.
- Pelaburan – Takaful hanya melabur dalam halal, insurans biasa tiada batasan.
- Pengawasan – Takaful diselia Majlis Penasihat Shariah, insurans biasa hanya ikut kawal selia kewangan.
Kenapa Ramai Pilih Takaful?
- Selari dengan prinsip Islam.
- Ada unsur tolong-menolong.
- Peluang dapat lebihan tabung.
- Pelaburan terjamin halal.
Kesimpulan
Takaful Malaysia atau Insurans biasa, disebabkan “Takaful” ia bukan sekadar “insuran untuk Muslim” ia adalah satu bentuk perldingungan yang asas dari kerjsama dan patuh Shariah yang membezakan dari diri dari insuran jenis konvensional/ Jadi pilihan antara Takaful atau innsuran biasa bergantung pada yang dipilih semasa pilihan panel jika mengikut kehendak anda. sama ada lebih penting kepatuhan Shariah atau kepelbagaian produk dan kos.
Baca Juga:
Pilihan Insurans Kereta Terbaik Untuk Pemandu Baru

