Skip to content
Home » Yeay Raya! Tapi Apa Nak Buat Jika Kereta Rosak Dalam Perjalanan Balik Kampung?

Yeay Raya! Tapi Apa Nak Buat Jika Kereta Rosak Dalam Perjalanan Balik Kampung?

    kereta rosak

    Seronoknya dapat beraya di kampung tahun ini! Mesti ada yang dah mula bercuti dan sedang dalam perancangan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing kan? Hmm… Bayangkanlah tengah seronok nak sampai ke kampung, tiba-tiba kereta pula rosak? Alamak! Apa yang anda perlu lakukan? Tekan-tekan minyak, masih tak boleh hidup. Asap pula keluar dari bonet depan! Mulalah semua dalam kereta tu gelisah kan?

    Bertenang, jangan panik dulu. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Anda ikuti sahaja tips ini jika kereta yang sedang dipandu tiba-tiba rosak di atas jalan. Semoga membantu!

    Berhentikan kereta ke bahu jalan

    First thing first, jangan ganggu kesesakan lalu lintas. Jika anda perasan kereta anda sudah mulai ada tanda-tanda sedang  mengalami kerosakan, sila segera berhentikan kereta anda di bahu kiri jalan atau lorong kecemasan. 

    Jika perlu ditolak, cuba sebaik mungkin untuk tolak kenderaan anda ke tepi. Ingat, selain untuk mengelakkan gangguan lalu lintas, ia juga penting untuk menjaga keselamatan anda, penumpang dan pengguna jalan raya lain.

    Hidupkan lampu kecemasan

    Sebagai tanda kereta anda sedang mengalami masalah, sila pasang segera lampu kecemasan kereta anda itu. Ia bagi membolehkan pengguna jalan raya lain tahu tentang apa yang sedang berlaku dan mungkin boleh menghulurkan bantuan kepada anda jika perlu.

    Lampu kecemasan tidak berfungsi? Jangan risau. Gunakan alternatif lain yang ada. Anda boleh gantungkan sesuatu yang mudah dilihat seperti kain putih atau apa-apa sahaja yang dirasakan mudah dilihat pengguna lain.

    Letakkan tanda segi tiga amaran bahaya

    pasang segi tiga amaran jika kereta rosak

    Papan tanda segi tiga amaran bahaya merupakan salah satu peralatan wajib yang perlu sentiasa ada di dalam kereta. Ini kerana jika berlaku situasi kereta rosak, anda boleh memanfaatkannya dengan baik.

    Papan tanda ini perlu diletak sekurang-kurangnya 45 meter dari arah belakang kereta anda yang rosak sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya lain.

    Periksa kenderaan dulu

    Sebelum hubungi sesiapa untuk dapatkan bantuan, anda periksa dahulu keadaan kereta anda itu. Kenalpasti apakah bentuk kerosakan yang mungkin sedang berlaku. Buka bonet hadapan kereta anda dan periksanya bagi membolehkan anda tahu masalah kereta anda itu.

    Minta bantuan daripada syarikat insurans

    Kereta anda dilindungi dengan perlindungan insurans komprehensif? Manfaatkan sebaiknya. Sila hubungi syarikat insurans kereta anda untuk dapatkan bantuan khidmat tunda atau bantuan tepi jalan

    Secara dasarnya, bantuan tepi jalan meliputi pelbagai perkhidmatan yang berbeza-beza termasuk bantuan pembaikan (seperti jumpstart, penukaran tayar pancit, dan penghantaran minyak petrol), bantuan khidmat tunda dan lain-lain.

    Contohnya jika anda mendapati kereta anda bukanlah rosak teruk, tetapi mati di tengah jalan akibat kehabisan minyak, maka anda bolehlah menghubungi hotline insurans anda bagi mendapatkan bantuan tepi jalan dengan servis penghantaran minyak petrol (sila periksa sama ada syarikat insurans anda menyediakan servis ini atau tidak kerana ia berbeza mengikut syarikat insurans).

    Hubungi talian 1550

    Gagal hubungi syarikat insurans? Anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan yang disediakan oleh Industri Insurans dan Takaful Malaysia di nombor 15500 untuk mendapatkan bantuan segera sekiranya berlaku kerosakan.

    Talian ini tersedia 24 jam dan melindungi serta menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti di bawah:

    • Bantuan Kecemasan Tepi Jalan 
    • Khidmat Tunda (Perlu dibayar sendiri)

    Jangan tunggu di dalam kereta

    Sila pastikan anda dan penumpang keluar daripada kereta sementara menunggu pihak bantuan sampai. Jangan sesekali duduk dalam kereta ya kerana ia boleh membahayakan nyawa anda semua. Ini kerana ada kemungkinan pengguna jalan raya lain sedang memecut laju dan tidak sempat mengelak, lalu melanggar kereta anda. 

    Jadi sila ingat ya. Walaupun anda sekeluarga mungkin ingin berteduh, sila utamakan dahulu keselamatan anda bersama. 

    Jangan cemas jika kereta rosak

    Bagi mengelakkan berlakunya kerosakan mengejut ketika dalam perjalanan ke kampung, anda sangat digalakkan untuk menghantar kereta servis anda ke pusat servis dahulu bagi melakukan penyelenggaraan. Jangan ambil mudah mengenai perkara ini supaya tidak berlaku masalah kepada anda kelak.

    Dalam pada itu, pastikan juga kenderaan anda sentiasa memiliki perlindungan insurans kereta yang sah dan secukupnya. Ia bagi memudahkan anda untuk mendapatkan bantuan tepi jalan daripada syarikat insurans sekiranya kereta anda rosak ketika memandu.

    Sebaiknya, dapatkanlah insurans kereta 1st party untuk kereta anda. Anda boleh lihat dan beli pelan komprehensif terbaik di Bjak. 15 jenama insurans disediakan untuk anda pilih.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: