Skip to content
Home » Apa yang dilindungi : Jenis perlindungan 1st Party/ Komprehensif

Apa yang dilindungi : Jenis perlindungan 1st Party/ Komprehensif

    Ramai pemilik kenderaan mengetahui tentang jenis perlindungan komprehensif, tetapi masih tertanya-tanya, apa sebenarnya yang dilindungi? Adakah ia melindungi semua jenis kemalangan atau bencana khas termasuk? 

    Artikel ini akan menjawab semua soalan yang penting, supaya tahu apa yang perlu dibayar & bagaiman insurans ini boleh menjimatkan anda dari kerugian yang besar.


    Soalan 1: Apa itu insurans komprehensif?

    Insurans komprehensif adalah perlindungan menyeluruh yang melindungi:

    • Kereta anda
    • Kenderaan sendiri atau individu pihak ketiga
    • Kecurian & kebakaran kereta

    Ia adalah jenis perlindungan yang paling lengkap, dan sering disarankan untuk:

    ✅ Kereta baru
    ✅ Kereta pinjaman bank (loan)
    ✅ Kereta bernilai tinggi


    Soalan 2: Apa yang dilindungi oleh insurans komprehensif?

    PerlindunganDiterangkan Secara Ringkas
    KemalanganSekira melanggar atau dilanggar pihak ketiga – kos pembaikan ditanggung.
    KecurianJika kenderaan dicuri, boleh tuntut pampasan
    KebakaranKenderaan terbakar akibat Tindakan sabotaj atau luar kawalan
    Liabiliti pihak ketigaMelindungi anda jika sekira menyebabkan kerosakan pada harta/ kenderaan pihak ketiga.
    Cermin depan (jika ditambah)Boleh tuntut pertukaran/pembaikan tanpa mejejaskan NCD

    Soalan 3: Adakah bencana alam seperti banjir dilindungi?

    Tidak secara automatik.
    Perlindungan seperti banjir, tanah runtuh atau ribut perlu ditambah secara berasingan sebagai “add-on” atau rider.

    Nama rasmi: Special Perils Add-On
    Disarankan untuk kawasan rendah atau kerap banjir.


    Soalan 4: Adakah kos jenis perlindungan komprehensif lebih mahal?

    Ya, tetapi berbaloi bagi kenderaan nilai pasaran tinggi. Bandingkan :

    Jadual perbandingan insurans kereta antara Pihak Ketiga dan Komprehensif, menunjukkan jenis insurans, harga, dan perlindungan. Insurans Pihak Ketiga lebih murah dengan perlindungan minima, manakala insurans Komprehensif lebih tinggi dengan perlindungan menyeluruh.

    Dengan jenis perlindungan komprehensif, tidak perlu keluarkan duit sendiri jika kenderaan rosak akibat kemalangan yang tidak tersengaja.

    Tips Tambahan:

    • Tambah perlindungan cermin depan jika anda guna kereta harian
    • Semak polisi sama ada bengkel panel pilihan sesuai
    • Pastikan nilai pasaran kereta dikemaskini sebelum renew

    Insurans jenis perlindungan komprehensif memberi anda perlindungan lebih luas berbanding polisi biasa. Untuk sedikit tambahan kos, anda mendapat ketenangan apabila perkara tak dijangka berlaku — dari kemalangan besar hingga kecurian.


    Nak tahu insurans anda cover apa? Banding harga & perlindungan komprehensif di BJAK.com.
    Mudah, pantas & jimat!

    Baca juga: