Pengenalan
Ramai orang sangka bila ambil insurans komprehensif, semua kerosakan ditanggung — hakikatnya tidak begitu.
Walaupun pelan ini memang luas liputannya, masih ada beberapa pengecualian yang ramai tak sedar sehingga tiba masa tuntutan. Fahami insuran komprehensif tidak lindungi apa supaya anda boleh buat persediaan awal dan elak kos tidak dijangka.
1. Kerosakan Akibat Banjir, Tanah Runtuh atau Ribut
Kereta rosak akibat banjir kilat, tanah runtuh, pokok tumbang, atau ribut kuat biasanya tidak dilindungi secara automatik.
Untuk perlindungan ini, anda perlu tambah add-on khas seperti Special Perils Cover (Banjir & Bencana Alam). Ramai ambil ringan sebab anggap Malaysia jarang banjir… tetapi bila berlaku, kos kerosakan boleh tinggi.
2. Cermin Pecah
Keretakan atau pecah pada cermin depan, belakang, atau tingkap tidak termasuk dalam polisi standard.
Untuk lindungi bahagian ini, anda perlu beli add-on Windscreen Cover. Ia kosnya rendah tetapi sangat berguna kerana tukar cermin boleh mencecah ratusan ringgit.
3. Barang Peribadi Dalam Kereta
Barang peribadi yang hilang dalam kereta, contohnya laptop, beg tangan, atau telefon, tidak dilindungi oleh insurans.
Insurans komprehensif hanya meliputi kenderaan itu sendiri, bukan isi dalamnya. Tanggungjawab keselamatan barang terletak pada pemilik.
4. Kerosakan Akibat Penggunaan Salah atau Perlumbaan
Jika kereta digunakan untuk perlumbaan, ujian kelajuan, atau disalah guna, tuntutan boleh ditolak.
Begitu juga jika pemandu tidak memiliki lesen sah, mabuk, atau berada di bawah pengaruh dadah semasa kemalangan — insurans tetap tidak akan menanggung kerosakan walaupun pelan komprehensif.
5. Kehausan atau Kerosakan Semula Jadi
Insuran komprehensif tidak lindungi wear and tear, contohnya brek haus, tayar botak, atau bateri kong.
Bahagian ini dikira sebagai penyelenggaraan biasa dan tanggungjawab pemilik, bukan kerosakan akibat kemalangan.

Kesimpulan
Insuran komprehensif memang pelan paling lengkap kerana anda boleh tambah pelbagai add-on. Namun, jangan anggap ia automatik lindungi semua jenis kerosakan.
Sebelum renew, semak polisi dengan teliti — dan jika perlu, tambah perlindungan tambahan terus semasa buat sebut harga di BJAK. Dengan cara ini, anda tahu apa yang sudah dilindungi dan apa yang tidak, serta boleh merancang kewangan dengan lebih bijak.
Baca Juga:
Bagaimana Umur Kereta Mempengaruhi Harga Insurans

