Skip to content
Home » Bagaimana umur beri kesan kepada insurans perubatan anda

Bagaimana umur beri kesan kepada insurans perubatan anda

    bjak, en, medical insurance, insurance, malaysia

    Penuaan berlaku kepada semua orang, tiada siapa pun yang akan mengundurkan proses itu. Seiring pertambahan usia, kesihatan kita juga boleh merosot. Kita lebih mudah untuk mendapat penyakit.

    Inilah kegunaan insurans perubatan sebagai pelampung anda pada masa hadapan untuk mendapatkan akses perubatan yang bagus. Tanpa insurans perubatan, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menanggung kos perubatan sekiranya anda jatuh sakit.

    Untuk mendapatkan polisi insurans perubatan yang terbaik, anda perlu mengambil kira beberapa aspek penting (usia, perlindungan, sejarah keluarga, keadaan pra-wujud, kewangan, dll). Tetapi, faktor penting yang akan mempengaruhi kadar premium anda adalah usia.

    Adalah lebih bagus sekiranya anda mendapatkan insurans lebih awal kerana premium insurans akan meningkat seiring dengan usia anda. Buat pilihan yang bijak dengan mendapatkan insuran perubatan untuk jaminan kesihatan anda sendiri.

    Kenapa insurans semakin mahal apabila usia anda meningkat?

    Jumlah premium bergantung kepada usia semasa anda. Premium akan meningkat seiring dengan usia kerana risiko keperluan tuntutan anda yang lebih tinggi. Di sini, kami sertakan beberapa sebab:

    Risiko kesihatan meningkat

    Syarikat insurans meningkat seiring dengan umur pemegang polisi. Kesihatan anda mungkin merosot seiring bertambahnya usia. Penyedia insurans menganggap orang tua sebagai individu berisiko dengan kemungkinan lebih besar untuk berdepan masalah kesihatan dan memerlukan lebih banyak rawatan perubatan.

    Manakala, bagi orang muda pula, mereka mempunyai peluang yang lebih rendah untuk menghadapi masalah kesihatan. Oleh itu kos insurans kesihatan kurang berisiko.

    Logiknya di sini sangat jelas. Orang tua lebih cenderung untuk mendapat penyakit tertentu berbanding orang muda. Rawatan bukan sahaja mahal tetapi juga bersifat jangka panjang.

    Keadaan pra-wujud

    Semakin berusia anda, rekod perubatan yang anda miliki yang boleh menjejaskan insurans kesihatan anda. Kenyataannya, sukar untuk penyedia insurans menerima permohonan insurans daripada pemegang polisi yang mempunyai keadaan pra-wujud.

    Keadaan pra-wujud adalah keadaan kesihatan yang dialami seseorang sebelum mendaftar untuk perlindungan insurans perubatan seperti asma, diabetes, barah, tekanan darah tinggi, dll.

    Penyedia insurans akan menentukan keadaan pemohon untuk menentukan jumlah perlindungan dan premium yang dapat diinsuranskan. Tidak ada syarikat insurans yang ingin mengambil risiko memberikan perlindungan perubatan bagi individu yang mempunyai keperluan perubatan yang tinggi. Mereka mungkin perlu mengenakan premium yang lebih tinggi kepada anda jika anda tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.

    Risiko penyakit kritikal tinggi

    Serangan jantung, strok, tekanan darah tinggi, asma, barah, kegagalan buah pinggang berfungsi. Ini adalah antara senarai penyakit kritikal.

    Anda memerlukan perlindungan insurans perubatan yang lebih meluas dan lebih mahal juga untuk rawatan penyakit-penyakit ini.

    Golongan yang berusia lebih terdedah dengan penyakit kritikal dan lebih cenderung untuk dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan. Peralatan perubatan dan rawatan untuk jenis penyakit kritikal ini juga tidak murah, malah memakan kos lebih tinggi daripada sakit biasa.

    Kos penjagaan kesihatan di Malaysia semakin meningkat kerana inflasi yang tinggi.

    Had umur untuk polisi insurans perubatan

    Sukar untuk mendapatkan perlindungan perubatan yang baik jika anda sudah mencecah umur 50 tahun. Kebanyakan penyedia insurans telah menetapkan had umur iaitu 60 hingga 65 tahun sebagai had maksimum pembelian insurans perubatan. Anda mungkin perlu menghubungi syarikat insurans pilihan anda terlebih dahulu kerana had umur adalah berbeza bagi setiap syarikat.

    Kelemahan menangguhkan polisi insurans perubatan

    • Tempoh menunggu

    Anda perlu menunggu untuk ‘jangka masa tertentu’ sehingga perlindungan anda berkuatkuasa.

    Selalunya, tempoh menunggu adalah sekitar 30 ke 90 hari. Ada juga syarikat insurans yang meletakkan tempoh menunggu sehingga 2 tahun (bergantung kepada keadaan), dan anda pastinya tidak mahu melalui masalah ini.

    Sebagai contoh; anda membeli polisi insurans pada sekitar usia 50-an dan anda benar-benar memerlukan bantuan untuk rawatan penyakit anda. Bil anda mungkin mencecah Rm10,000, mahal bukan? Anda perlu menggunakan duit anda terlebih dahulu untuk membiayai bil rawatan. Anda tidak boleh membuat tuntutan kerana anda baru sahaja mendaftar dan anda masih lagi berada dalam tempoh menunggu. Susah bukan?

    *Nota: Jangka masa untuk tempoh menunggu adalah berbeza mengikut syarikat insurans.

    Manfaat berkurangan

    Semakin anda berumur, manfaat polisi anda juga akan berkurangan. Ini kerana pemegang polisi cenderung untuk mendapat penyakit. Penyedia insurans biasanya akan mengelakkan menawarkan faedah tambahan dan perlindungan tinggi kepada orang tua.

    Kesimpulan

    Pendek kata, lebih banyak kebaikan dari segi kewangan dan kesihatan yang bakal anda perolehi sekiranya anda membeli insurans dengan lebih awal. Anda akan mempunyai bekalan perlindungan perubatan yang mencukupi di masa hadapan!

    Ketahui dengan lebih lanjut tentang perlindungan perubatan di sini: Things you need to know about medical card