Skip to content
Home » Cara Nak Tahu Tarikh Roadtax Tamat Tempoh

Cara Nak Tahu Tarikh Roadtax Tamat Tempoh

    roadtax tamat tempoh - cover

    Rasa tanggungjawab adalah salah satu sifat penting yang perlu diterapkan kepada semua pemilik kenderaan yang menggunakan jalan raya di Malaysia. Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan diri serta pengguna jalan raya lain, terdapat beberapa aspek yang perlu dititik beratkan.

    Salah satunya adalah roadtax atau cukai jalan. Roadtax ini adalah perkara penting yang telah termaktub di bawah undang-undang jalan raya di Malaysia. Gagal untuk memastikan ia masih sah dan aktif boleh membawa kepada tindakan undang-undang. Cukai jalan kenderaan ini adalah bayaran yang diperlukan untuk diberikan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan kenderaan anda sah untuk digunakan di jalan raya.

    Justeru daripada itu, setiap pemilik kenderaan wajib peka akan tarikh tamat tempoh cukai jalan tersebut. Secara lazimnya, adalah sangat jarang untuk seseorang itu terlupa tarikh tamat tempoh cukai jalan kenderaan mereka. Untuk mengelakkan daripada perkara tersebut berlaku, penting untuk kita tahu mengenai cara nak mengetahui bila tarikh tamat tempoh roadtax kita. Untuk perkara itu, teruskan membaca artikel ini.

    Semak di MyEG atau portal JPJ

    MyEG dan portal e-perkhidmatan JPJ adalah platform atas talian yang membolehkan anda mengakses maklumat berkaitan kenderaan anda, termasuklah tarikh roadtax tamat tempoh. Anda boleh mendaftar akaun di MyEG atau menggunakan portal e-perkhidmatan JPJ untuk menyemak status roadtax anda.

    SMS ke JPJ

    JPJ menyediakan perkhidmatan SMS di mana anda boleh menghantar mesej ringkas untuk menyemak tarikh tamat tempoh roadtax kenderaan anda. Anda hanya perlu menghantar mesej dengan format yang betul dan nombor pendaftaran kenderaan anda ke nombor yang dinyatakan oleh JPJ.

    Semak melalui aplikasi mudah alih

    Terdapat beberapa aplikasi mudah alih yang boleh membantu anda menyemak tarikh tamat tempoh roadtax, sama ada aplikasi rasmi yang disediakan oleh JPJ atau aplikasi pihak ketiga yang memberikan perkhidmatan serupa.

    Semak di kedai insurans atau pejabat JPJ

    Anda juga boleh mengunjungi kedai insurans atau pejabat JPJ untuk mendapatkan bantuan dalam menyemak tarikh tamat tempoh roadtax. Mereka boleh membantu anda dengan menyemak rekod anda dalam sistem mereka.

    Perlukah saya renew roadtax di JPJ jika sudah tamat tempoh

    Sebenarnya, kini anda sudah tidak perlu mengunjungi mana-mana cawangan JPJ semata-mata untuk perbaharui cukai jalan anda. Apatah lagi apabila cukai jalan digital sudah diperkenalkan dan anda tidak perlu lagi mendapatkan pelekat roadtax. Cukup sahaja anda perbaharuinya secara online seperti di Bjak. Bukan sahaja roadtax, anda juga boleh renew insurans anda sekaligus dalam hanya 5 minit sahaja!

    Namun begitu, terdapat beberapa keadaan tertentu yang memerlukan roadtax untuk diperbaharui di JPJ iaitu:

    1. Kenderaan untuk perkhidmatan e-hailing
    2. Kenderaan tidak memperbaharui roadtax melebihi 3 tahun daripada tarikh luput roadtax (anda perlu melakukan pemeriksaan kereta di PUSPAKOM dahulu).
    3. Pemilik kenderaan telah meninggal dunia (pembaharuan cukai jalan dibenarkan untuk tempoh 6 bulan sahaja)

    Tiada sebarang dokumen diperlukan, anda hanya perlu mengemukakan MyKad apabila memperbaharui roadtax di JPJ.

    Pastikan roadtax kereta sentiasa aktif

    Jangan biarkan kenderaan anda dipandu tanpa roadtax yang sah. Selain daripada mengelakkan diri anda daripada dikenakan saman, roadtax juga penting bagi memastikan tuntutan insurans anda (jika berlaku sesuatu pada kenderaan) nanti mudah dan lancar tanpa sebarang pertikaian.

    Nak lebih mudah renew roadtax dan insurans kenderaan? Jom layari Bjak sekarang! Renew insurans serta roadtax sekaligus. Klik sahaja butang di bawah ini untuk memperbaharui kedua-duanya.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: