Tarikh untuk pergi bercuti sudah dekat namun anda masih belum dapatkan satu pelan insurans perjalanan buat diri anda? Buat apa tangguh lagi! Insurans perjalanan mampu menyelamatkan anda sekiranya berlaku sesuatu sebelum atau semasa melancong nanti.
Jom dapatkan sekarang di Bjak! Anda boleh bandingkan dengan pelbagai jenama insurans dan takaful yang ada dalam satu masa dan dapatkan satu pelan insurans yang menepati keperluan serta bajet anda.
Untuk lebih memudahkan anda, jom kami kongsikan dahulu manfaat-manfaat yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans dan takaful ini!
Etiqa
Lindungi pelancongan dan perjalanan anda dengan pelan Takaful TripCare 360 daripada Etiqa yang semestinya akan menawarkan manfaat paling memuaskan hati buat diri anda.
Apa yang ditawarkan dalam pelan Takaful TripCare 360 Etiqa?
Dengan jumlah perlindungan sehingga RM500,000, anda bakal menerima perlindungan:
- Kematian atau hilang upaya kekal sehingga RM500,000
- Perlindungan perubatan sehingga RM500,000
- Kehilangan atau kerosakan bagasi sehingga RM5,000
- Penangguhan penerbangan sehingga RM5,000 (minima 2 jam penangguhan)
- Kehilangan dokumen perjalanan sehingga RM1,500
- Perbelanjaan rawatan alternatif sehingga RM1,000
Mengapa pilih Takaful TripCare 360 Etiqa?
- Bantuan perubatan tanpa tunai – Surat Jaminan disediakan untuk kemalangan atau penyakit semasa perjalanan ke luar negara. Dengan hanya satu panggilan telefon ke talian 24/7 Etiqa (+603-2785 6565), anda sudah boleh dimasukkan ke hospital tanpa bayaran (Perlindungan manfaat perubatan tidak termasuk penyakit sedia ada).
- Kehilangan bagasi – Pampasan untuk bagasi dibayar mengikut jumlah perlindungan yang diberikan. Lebih menarik, anda hanya perlu WhatsApp (+63-2780 4677) sahaja Etiqa untuk membuat tuntutan.
- Penerbangan ditunda– Terima bayaran sebanyak RM100 apabila penerbangan anda ditunda selama 2 jam, tanpa perlu menghantar sebarang tuntutan insurans
- Perlindungan Covid-19 – terpaksa batalkan pelancongan kerana dijangkiti Covid? Atau dijangkiti virus Covid-19 ketika sedang melancong? Pelan Takaful TripCare 360 akan bantu melindungi anda.
Ketahui lebih lanjut mengenai keterangan produk di sini: https://etiqa.com.my/v2/PDFiles/1511349729738
RHB
Pelan komprehensif Insurans Perjalanan RHB turut menyediakan perlindungan terbaik buat pelanggan menerusi pelan Travel Protector Plus yang disediakan.
Apa yang ditawarkan dalam pelan Travel Protector Plus RHB?
Dengan jumlah perlindungan sehingga RM500,000, anda bakal menerima perlindungan:
- Kematian dan Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan Sehingga RM500,000
- Perbelanjaan Perubatan & lain-lain Sehingga RM600,000
- Pemindahan Perubatan dan Penghantaran Pulang Kecemasan sehingga RM3,000,000
- Bagasi dan Barangan Peribadi Sehingga RM7,500
- Kelewatan Perjalanan Sehingga RM5,000
- Keganasan Penuh (DILINDUNGI)
- Bantuan Perjalanan Seluruh Negara 24 Jam, 7 Hari (DISEDIAKAN)
Mengapa pilih Travel Protector Plus RHB
- Menawarkan manfaat untuk Penjagaan Anak sehingga RM20,000
- Perlindungan termasuk Covid-19
- Perlindungan bagi penjagaan rumah sehingga RM2,000
Ketahui lebih lanjut mengenai keterangan produk di sini: https://www.rhbgroup.com/files/insurance/personal-insurance/travel/annual%20travel%20protector%20pds.pdf
Tokio Marine
Pelan Insurans Perjalanan Travel Explorer dari Tokio Marine menyediakan manfaat komprehensif buat pemegang polisi. Pilih sama ada untuk mendapatkan pelan perjalanan tunggal (single trip) atau tahunan (annual trip) buat diri anda.
Apa yang ditawarkan dalam pelan Travel Explorer Tokio Marine?
Dengan jumlah perlindungan sehingga RM325,000, anda bakal menerima perlindungan:
- Kemalangan Peribadi Sehingga RM325,000
- Perbelanjaan Perubatan & Berkaitan Sehingga RM750,000
- Rawatan Susulan di Malaysia Sehingga RM30,000
- Kelewatan Bagasi Sehingga RM800
- Ubat-ubatan Alternatif (ketika perjalanan) Sehingga RM1,000
- Kemasukan ke Hospital Akibat Covid-19 sehingga RM300,000
- Pembatalan/ Penangguhan Perjalanan Akibat Covid-19 Sehingga RM15,000
Mengapa pilih Travel Explorer Tokio Marine
- Kemasukan ke hospital akibat kecederaan badan tanpa sebarang bayaran
- Tempoh perlindungan dilanjutkan secara automatik selama 30 hari jika disebabkan keadaan perubatan
- Perlindungan Covid-19 bagi individu yang berusia dari 30 hari sehingga 70 tahun
- Menyediakan perlindungan untuk aktiviti lasak (beli perlindungan tambahan) untuk individu berusia sehingga 70 tahun.
Ketahui lebih lanjut mengenai keterangan produk di sini:
Pacific Insurance
Kini, anda boleh melancong dengan lebih tenang apabila mendapatkan pelan insurans perjalanan Travel Pro daripada Pacific Insurance.
Apa yang ditawarkan dalam pelan Travel Pro Pacific Insurance?
Dengan jumlah perlindungan sehingga RM500,000, anda bakal menerima perlindungan:
- Kematian atau Hilang Upaya Kekal akibat Kemalangan sehingga RM500,000
- Perbelanjaan Perubatan & Lain-lain sehingga RM1,000,000
- Perubatan Alternatif sehingga RM1,000 (Individu), sehingga RM3,000 (Keluarga)
- Pemindahan Perubatan Kecemasan (Tanpa had)
- Penghantaran pulang (Tanpa had)
- Liabiliti Peribadi sehingga RM1,000,000 (Individu), sehingga RM3,000,000 (Keluarga)
- Singkatan Perjalanan sehingga RM25,000 (Individu), sehingga RM75,000 (Keluarga)
Mengapa pilih Travel Pro Pacific Insurance
- Pampasan sehingga RM500 jika kehilangan tiket dengan tujuan hiburan bagi pelan Travel Pro Platinum
- Ganti rugi sehingga RM2,000 jika kehilangan kad kredit bagi pelan Travel Pro Platinum, sehingga RM1,000 bagi pelan Travel Pro Gold
- Manfaat penjagaan kanak-kanak hingga RM800 sehari sehingga maksimum RM30,000
Ketahui lebih lanjut mengenai keterangan produk di sini: https://www.pacificinsurance.com.my/wp-content/uploads/2019/03/Travel-Pro-Brochure-version-3.pdf
Zurich
Dapatkan pelan insurans Z-Travel daripada Zurich untuk mendapatkan perlindungan yang terbaik buat diri anda.
Apa yang ditawarkan dalam pelan Z-Travel Zurich?
Dengan jumlah perlindungan sehingga RM500,000, anda bakal menerima perlindungan:
- Kematian & Kecacatan Kekal Akibat Kemalangan Sehingga RM500,000
- Perbelanjaan Perubatan (TANPA HAD)
- Pemindahan Perubatan dan Penghantaran Pulang Kecemasan (TANPA HAD)
- Pembatalan/ Penangguhan perjalanan Sehingga RM30,000
- Kelewatan Perjalanan (Sehingga) RM7,200 (min. 6 jam)
- Kelewatan Bagasi (Sehingga) RM2,000 (min. 6 jam)
- Liabiliti Peribadi Sehingga RM1 juta
- Wang Tunai Kecemasan Sehingga RM5,000
Mengapa pilih pelan Z-Travel Zurich
- Miliki 4 tahap perlindungan yang berbeza untuk anda pilih
- Pampasan sehingga RM2,000 jika komputer peribadi anda hilang ketika sedang melancong
- Pilihan untuk menambah perlindungan bagi Covid-19 dan terima perlindungan sehingga RM500,000
Ketahui lebih lanjut mengenai keterangan produk di sini: https://www.zurich.com.my/-/media/project/zwp/malaysia/docs/insurance-products/product-disclosure-sheets/gi_z-travel-insurance-int_pds_bi_bm_final_20220316.pdf
Allianz
Bila ingin bercuti, pastilah anda inginkan perjalanan serta percutian yang menenangkan bukan? Jadi, anda juga boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan perlindungan daripada pelan Allianz Travel Care bagi melindungi percutian anda.
Apa yang ditawarkan dalam pelan Allianz Travel Care?
Dengan jumlah perlindungan sehingga RM500,000, anda bakal menerima perlindungan:
- Kematian & Kecacatan Kekal Akibat Kemalangan Sehingga RM250,000
- Perbelanjaan Perubatan sehingga RM25,000
- Pemindahan Perubatan dan Penghantaran Pulang Kecemasan sehingga RM10,000,000
- Deposit atau pembatalan percutian sehingga RM1,000
- Kelewatan Bagasi (Sehingga) RM100 (min. 6 jam)
- Kelewatan Perjalanan sebanyak RM100 untuk 6 jam (sehingga RM1,500)
Mengapa pilih pelan Allianz Travel Care?
- Menyediakan perlindungan tambahan untuk Covid-19
- Menyediakan manfaat untuk hotel haiwan peliharaan sehingga RM300
- Menyediakan manfaat untuk penjagaan rumah sehingga RM6,000
Ketahui lebih lanjut mengenai keterangan produk di sini: https://www.allianz.com.my/content/dam/onemarketing/azmb/wwwallianzcommy/personal/home-motor-and-travel/travel-and-flight-insurance/allianz-travel-insurance/agents/POL_029AllianzTravelCareOverseas-BM.pdf
Pacific & Orient
Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan daripada insurans Pacific & Orient.
Apa yang ditawarkan dalam pelan di Pacific & Orient?
Dengan jumlah perlindungan sehingga RM500,000, anda bakal menerima perlindungan:
- Kematian & Kecacatan Kekal Akibat Kemalangan Sehingga RM500,000
- Perbelanjaan Perubatan sehingga RM700,000
- Pemindahan Perubatan dan Penghantaran Pulang Kecemasan (TANPA HAD)
- Kelewatan Bagasi RM350 setiap 6 jam (sehingga) RM1,400
- Pembatalan perjalanan sehingga RM30,000
- Kelewatan Perjalanan RM350 setiap 6 jam (sehingga) RM4,200
Mengapa pilih pelan insurans perjalanan dari Pacifif & Orient?
- Bantuan 24 jam untuk melancong dan perubatan
- Menawarkan manfaat tambahan untuk penjagaan rumah, penjagaan haiwan peliharaan, caj ekses untuk kereta sewa dan banyak lagi
- Lanjutan tempoh perlindungan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
Ketahui lebih lanjut mengenai keterangan produk di sini: https://www.poi2u.com/assets/policy_documents/pro-travel-policy.pdf
Jom bandingkan insurans perjalanan bagi mendapatkan manfaat terbaik dengan harga paling menguntungkan. Ingat, lindungi percutian anda agar terasa lebih tenang dan selamat.
Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia dan telah dipercayai lebih 3 juta pengguna. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.
Baca juga: