Skip to content
Home » Bolehkah Anda Batalkan Polisi Travel Insurance Anda?

Bolehkah Anda Batalkan Polisi Travel Insurance Anda?

    polisi travel insurance

    Untuk yang merancang pergi melancong ke luar negara, mungkin ada yang gemar untuk mendapatkan perlindungan travel insurance lebih awal, iaitu sebaik sahaja sudah menempah tiket penerbangan. Ini bagi memastikan dirinya boleh dilindungi bukan sahaja ketika perjalanan bahkan juga sebelum melancong.

    Namun setelah beberapa ketika, ada yang mungkin bercadang untuk membatalkan polisi travel insurance setelah membelinya. Sebabnya mungkin kerana kurang berpuas hati dengan manfaat perlindungan yang ditawarkan atau mungkin juga ingin menambah perlindungan lain. Persoalannya di sini, bolehkah anda batalkan polisi travel insurance anda? Adakah terdapat penalti yang akan dikenakan?

    Jom kami kongsikan lebih lanjut mengenainya di sini.

    Sebab ingin batalkan polisi travel insurance

    Pembatalan polisi travel insurance

    Sesetengah orang ingin membatalkan polisi travel insurance kerana:

    • Ingin menambah baik pelan insurans 
    • Tukar tarikh perjalanan
    • Ingin batalkan perjalanan dan bercuti ke tempat lain
    • Telah membatalkan perjalanan atas sebab-sebab yang tidak dijangka

    Bolehkah anda batalkan polisi travel insurance selepas membelinya?

    Secara ringkasnya ya, anda boleh membatalkan polisi travel insurance atau insurans perjalanan anda selepas membelinya. Namun begitu, anda tidak boleh sesuka hati membatalkannya bila-bila masa yang anda suka, dan perlu membuat pembatalan polisi dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh syarikat insurans anda – biasanya ia dipanggil sebagai ‘Review Period’. Tempoh ini bermula pada saat anda membeli insurans dan berakhir pada masa yang ditentukan oleh pembekal insurans anda.

    Anda mungkin tidak atau dikenakan penalti jika ingin membatalkan polisi, anda mungkin tidak akan diberi sebarang refund untuk polisi yang telah dibatalkan itu atau pemulangan wang mungkin boleh diperoleh, namun bergantung kepada keadaan tertentu.

    Contohnya dengan polisi travel insurance Tune Protect, jika anda:

    • Telah membeli perlindungan tunggal
    1. Anda akan diberi refund penuh (mengikut premium yang dibayar) jika anda membatalkan perjalanan kerana keadaan yang tidak dijangka sebelum tarikh berlepas dan anda tidak membuat sebarang tuntutan untuk caj pembatalan perjalanan.
    2. Anda tidak akan diberikan sebarang refund (untuk premium insurans yang telah dibayar) jika anda membatalkan perjalanan untuk keadaan yang tidak dijangka sebelum tarikh berlepas dan pihak insurans bersetuju untuk membayar tuntutan caj perjalanan dan pembatalan.
    3. Anda tidak akan dibayar sebarang refund (untuk premium insurans yang telah dibayar) jika anda membatalkan polisi atas sebab lain selain daripada keadaan yang tidak dijangka sebelum tarikh berlepas.
    4. Tiada refund dibenarkan untuk sebarang pembatalan polisi selepas insurans berkuat kuasa/ bermula.
    • Telah membeli perlindungan tahunan 
    1. Pihak insurans akan mengenakan bayaran premium kepada anda mengikut skala bayaran balik jika anda membatalkan polisi perlindungan tahunan anda selepas polisi insurans berkuat kuasa/ bermula seperti dibawah:
    Tempoh tidak lebihPremium untuk dicaj
    1 bulan20% daripada Premium Tahunan
    2 bulan30% daripada Premium Tahunan
    3 bulan40% daripada Premium Tahunan
    4 bulan50% daripada Premium Tahunan
    5 bulan60% daripada Premium Tahunan
    6 bulan70% daripada Premium Tahunan
    7 bulan75% daripada Premium Tahunan
    8 bulan80% daripada Premium Tahunan
    9 bulan85% daripada Premium Tahunan
    10 bulan90% daripada Premium Tahunan
    11 bulan95% daripada Premium Tahunan
    12 bulan100% daripada Premium Tahunan
    1. Pihak insurans tidak akan membayar balik sebarang premium yang telah dibayar jika anda membatalkan polisi travel insurance tahunan anda dan pihak insurans telah bersetuju untuk membayar sebarang tuntutan di bawah polisi anda atau telah berlaku sebarang kejadian yang mana tuntutan mungkin perlu dibayar di bawah polisi anda.

    Apakah yang dimaksudkan dengan keadaan tidak dijangka?

    keadaan tidak dijangka dalam polisi travel insurance

    Keadaan yang tidak dijangka merujuk kepada:

    • Kematian anda atau kematian ahli keluarga terdekat; atau
    • Kecederaan badan atau sakit yang memerlukan rawatan hospital dan disahkan oleh pihak hospital (pengamal perubatan) secara bertulis bahawa anda atau ahli keluarga terdekat tidak layak untuk memulakan atau meneruskan perjalanan
    • Wabak atau mogok yang tidak dijangka, rusuhan atau kekecohan awam yang timbul daripada keadaan di luar kawalan anda.

    Cara untuk batalkan polisi travel insurance

    Setiap syarikat insurans mungkin menetapkan cara yang berbeza untuk anda membuat pembatalan polisi travel insurance anda. Untuk langkah awal, anda boleh rujuk laman web rasmi syarikat insurans tersebut atau terus hubungi talian bebas tol pembekal insurans perjalanan anda bagi mendapatkan panduan dan penjelasan lanjut.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: