Pengenalan
Bagi semua pemilik kereta dalam Malaysia, sekira ingin buat pembelian insuran akan dihadap 2 pilihan ketika pembaharuan tersebut, iaitu Third party & komprehensif. Tetapi antara kedua-dua jenis perlindungan tersebut bukan sekadar untuk renew roadtax tetapi juga perlindungan pada kenderaan & pemandu. Dalam artikel ini anda boleh bezakan third party & komprehensif dengan lebih teliti sebelum pembelian insurans kereta.
Apa Itu Insurans Third Party
Pelan Third Party ialah perlindungan asas yang wajib diambil untuk membolehkan anda memperbaharui roadtax. Ia tidak akan melindungi kereta sendiri tetapi hanya pada kerosakan. Cedera & kematian pihak ketiga sahaja. .
Contoh:
Jika anda berlaku dalam kemalangan, pihak insuran hanya boleh ganti rugi pada yang dilanggar sahaja. Kos kereta anda perlu ditanggung sendiri.
Kelebihan:
- Premium paling murah
- Sesuai untuk kereta lama (lebih 10 tahun)
- Mudah diluluskan
Kekurangan:
- Tiada perlindungan untuk kereta anda
- Tiada tuntutan jika kenderaan sendiri rosak
Apa Itu Insurans Komprehensif
Komprehensif dikir sebagai perlindungan paling lengkap & bukan sekadar meilindungi pihak ketiga tetapi pada kenderaan sendiri juga. Dengan jenis perlindungan komprehensif, boleh juga buat tambahan perlindungan lain sepeprti bencana khas atau cermin.
Contoh:
Jika kereta anda terlibat kemalangan, kedua-dua kenderaan akan dibaiki melalui insurans anda.
Kelebihan:
- Perlindungan menyeluruh
- Layak untuk VIP Road Assist seperti towing percuma (melalui Bjak)
- Sesuai untuk kereta baru atau bernilai tinggi
Kekurangan:
- Premium lebih tinggi
- Mungkin perlukan kelulusan tambahan untuk tuntutan besar
Perbandingan Ringkas Third Party vs Comprehensive
| Aspek | Third Party | Comprehensive |
| Perlindungan | Pihak ketiga sahaja | Diri sendiri & pihak ketiga |
| Harga | Murah | Tinggi |
| Kenderaan Dilindungi | Tidak | Ya |
| Tambahan (Banjir, Cermin) | Tidak termasuk | Pilihan tambahan |
| Sesuai Untuk | Kereta lama | Kereta baru / bernilai tinggi |

Bila Patut Tukar Dari Third Party ke Comprehensive
- Bila nilai pasaran kereta meningkat (contoh selepas ubah suai atau restore)
- Bila anda memandu kerap di kawasan risiko tinggi (bandar atau lebuh raya utama)
- Bila anda mahukan perlindungan tambahan seperti bencana alam atau kecurian
Kesimpulan
Memilih antara Third Party dan Comprehensive bergantung pada nilai kereta, bajet dan tahap risiko anda. Untuk kenderaan lama, pelan Third Party mungkin mencukupi, tetapi untuk kereta baru atau pinjaman bank, Comprehensive adalah pilihan lebih selamat.
Anda boleh semak sebut harga kedua-duanya di Bjak untuk bandingkan premium selepas bezakan third party & komprehensif secara percuma sebelum buat keputusan.
Baca Juga:
5 Sebab Kenapa Anak Muda Perlu Pertimbangkan Takaful Peribadi
Saiz Roadtax Kereta Standard Untuk Cetak Sendiri, Apa Perlu Tahu

