Skip to content
Home » Cara Banding Harga Insurans Kereta Secara Online

Cara Banding Harga Insurans Kereta Secara Online

    Dengan beberapa pihak insurance di Malaysia, Jumlah Premium Polisi & faedah ditawar oleh setiap pihak berbeza. Jika anda buat pilihan satu panel tanpa perbandingan, kemungkinan anda buat pembelian dengan harga kos tinggi atau tanpa faedah yang berbaloi. Kini anda boleh buat perbandingan harga insurans kenderaan secara talian dalam kurang 1 minit

    Artikel ini akan terangkan langkah-langkah mudah dan kenapa perbandingan insurans penting sebelum membuat keputusan.


    Soalan 1: Kenapa perlu perbandingan panel insurans?

    Kerana setiap syarikat insurans mempunyai formula penilaian risiko yang berbeza. Ini bermaksud:

    • Harga boleh berbeza walaupun untuk kenderaan yang sama
    • Ada syarikat beri perlindungan tambahan secara percuma
    • Promosi atau diskaun mungkin hanya ada di platform tertentu

    Banding = jimat + lebih perlindungan


    Soalan 2: Bagaimana cara banding harga insurans secara online?

    Mengikut langkah mudah di laman web seperti  BJAK.com :

    1.Masukkan Butiran seperti no. plate & NRIC .

    Nombor plat untuk semak info kereta, IC untuk sahkan pemilik.

    Sistem insurans guna data tersebut untuk buat semakan NCD, risiko tinggi, atau kereta hilang.

    2.Semak senarai panel sebutharga yang tersedia.

    Pelbagai panel akan dipaparkan bersama harga premium, jenis perlindungan dan faedah yang ditawarkan — memudahkan anda buat keputusan yang tepat dan berbaloi.

    Terdapat 2 syarikat insurans dan 2 pengendali Takaful Utama melalui BJAK boleh buat bandingan.

    Takaful ialah pelan perlindungan berasaskan prinsip patuh Syariah, di mana peserta saling membantu melalui tabung bersama.

    Manakala insurans Konvensional pula beroperasi secara kontrak antara pelanggan dan syarikat insurans, dengan elemen risiko dan keuntungan ditanggung syarikat.

    3.Pilih polisi yang sesuai & lanjutkan pembayaran

    ✅ Langkah 1: Pilih polisi yang sesuai

    ✅ Langkah 2:  Pilih add-on tambahan seperti perlindungan cermin hadapan, banjir, dan lain-lain berdasarkan sebut harga yang diberikan.

    ✅ Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran:

    • Bayar penuh, atau
    • Pelan ansuran mudah melalui kad kredit (EPP), Atome, ShopeePayLater, GrabPayLater, atau RiiPay.

    4.Terima e-policy & info roadtax digital terus ke emel atau WhatsApp.


    Soalan 3: Adakah perbandingan ini percuma?

    Ya. Banding harga di BJAK adalah 100% percuma dan tidak memerlukan komitmen untuk beli.


    Soalan 4: Adakah ia selamat?

    BJAK merupakan platform insurans sah dan berdaftar di bawah PIAM & MTA, dengan sistem pembayaran dilindungi dan maklumat peribadi dijamin selamat.

    Tips Tambahan:

    ✅ Gunakan maklumat kereta terkini (terutama jika sudah ubah suai) 

    ✅ Periksa jika harga termasuk windshield cover atau flood coverage

    ✅ Semak jika ada promosi (contohnya: percuma towing atau servis VIP)


    Jangan beli insurans secara tergesa-gesa. Ambil masa 1 minit untuk banding dan pilih yang terbaik untuk anda. Pilihan bijak boleh jimat ratusan ringgit setahun dan beri lebih ketenangan di jalan raya.

    Banding insurans anda hari ini di BJAK.com — Percuma & tanpa komitmen.

    Dapatkan perlindungan terbaik hanya dengan beberapa klik!

    Baca juga: