Skip to content
Home » Renew Insurans: Perlukah Guna Perkhidmatan Buy Now Pay Later?

Renew Insurans: Perlukah Guna Perkhidmatan Buy Now Pay Later?

    buy now pay later

    Untuk pemilik kenderaan, salah satu komitmen yang perlu ditanggung pada setiap tahun adalah pembaharuan insurans serta roadtax. Apabila tiba masanya, mungkin ramai daripada kita yang akan berasa terbeban untuk renew insurans kereta kerana kos yang perlu dikeluarkan untuknya boleh dikatakan agak tinggi, sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit. Disebabkan itulah ada yang sehingga tidak perbaharui insurans serta roadtax mereka kerana kekangan bajet.

    Namun, tahukah anda pada hari ini bahawa pembayaran untuk pembaharuan insurans juga boleh dibuat secara ansuran, contohnya dengan perkhidmatan Buy Now Pay Later. Meskipun begitu, adakah ia berbaloi untuk anda dan perlukah anda bayar ansuran semata-mata untuk renew insurans?

    Baca perkongsian ini untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenainya.

    Apa itu Buy Now Pay Later?

    Untuk yang masih belum tahu, perkhidmatan Buy Now Pay Later (BNPL) atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai Beli Dulu Bayar Kemudian merupakan satu perkhidmatan yang akan membolehkan pengguna membuat bayaran secara ansuran untuk tempoh tertentu.

    Tempoh tersebut adalah bergantung kepada perkhidmatan Beli Dulu Bayar Kemudian pilihan anda, dan kebiasaannya perkhidmatan-perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk membayar secara ansuran selama 3 bulan, 6 bulan ataupun sehingga 12 bulan.

    Kelebihan guna perkhidmatan Buy Now Pay Later (BNPL)

    • Kebanyakan perkhidmatan beli dulu bayar kemudian sangat mudah digunakan. Anda hanya perlu daftar dan terus boleh menggunakan perkhidmatan tersebut.
    • Anda tidak memerlukan kad kredit
    • Pembayaran balik secara automatik (ditolak terus dari bank anda)
    • Kebanyakan perkhidmatan beli dulu bayar kemudian menawarkan kadar faedah 0%.

    Kekurangan guna Buy Now Pay Later (BNPL)

    • Anda perlu menanggung caj pembayaran lewat yang tinggi sekiranya anda tidak konsisten dengan jadual pembayaran balik.
    • Laporan Skor kredit anda akan terjejas sekiranya gagal melunaskan ansuran pada masa yang ditetapkan.

    Perlu ke guna BNPL untuk renew insurans?

    Pernah tak anda dengar bahawa kini nak renew insurans pun, anda dah boleh guna BNPL? Ya, betul! Sudah ada beberapa platform pembaharuan insurans yang membenarkan pelanggannya untuk membayar secara ansuran bagi insurans mereka.

    Salah satunya adalah Bjak. Dengan memilih kaedah pembayaran/ perkhidmatan Buy Now Pay Later oleh Atome, pelanggan kini boleh bayar secara 3 kali ansuran untuk perbaharui insurans.

    Persoalannya di sini, perlu ke sehingga bayar secara ansuran untuk renew insurans?

    Jawapannya agak umum dan bergantung pada individu.

    Namun, anda boleh menilai faktor-faktor ini untuk mengenalpasti sama ada perlu/ berbaloi atau tidak bayar ansuran untuk insurans:

    Jika anda tiada bajet

    Perkhidmatan Buy Now Pay Later sebenarnya berguna dan dapat membantu ramai individu yang tidak mempunyai wang serta bajet yang mencukupi untuk perbaharui insurans. Ingat, harga insurans boleh mencecah sehingga ribuan ringgit, jadi ada individu yang mungkin perlu menggunakan kaedah bayaran secara ansuran kerana kekangan bajet untuk perbaharui insurans mereka.

    Jika anda salah seorang daripadanya, maka tidak salah pun anda gunakan kaedah pembayaran ini asalkan kereta anda sentiasa dilindungi insurans.

    Jika anda ingin lebih jimat

    Sebenarnya, kaedah pembayaran Buy Now Pay Later akan membantu anda lebih jimat ketika memperbaharui insurans. Katakan tempoh bayaran ansuran adalah selama 3 bulan, maka anda hanya perlu membayar ⅓ daripada jumlah keseluruhan untuk bulan pertama. Secara tidak langsung, anda boleh menjimatkan wang anda pada bulan itu, lebih-lebih jika anda sedang mengalami kekangan bajet atau perlu menggunakan wang untuk perkara lain.

    Bahkan, tahukah anda biasanya perkhidmatan BNPL juga memberikan diskaun kepada pelanggan kali pertama mereka. Justeru, dengan menggunakan kaedah pembayaran ini, anda secara tidak langsung akan mendapat tambahan diskaun untuk insurans anda.

    Jika anda ingin pastikan kereta anda dilindungi insurans terbaik

    Sesetengah pemilik kenderaan memilih untuk mendapatkan insurans pada harga yang murah kerana ingin jimat. Namun kini dengan adanya BNPL, anda boleh memastikan kereta anda dilindungi dengan insurans yang terbaik sahaja.

    Meskipun harga untuk pelan insurans tersebut mungkin akan sedikit mahal, namun anda tidak perlu lagi risau kerana boleh bayar secara 3 kali ansuran. Asalkan kereta anda boleh mendapat perlindungan yang diperlukan, mahal sikit pun tak apa kan?!

    Jika ingin bayar ansuran tanpa caj faedah

    Sesetengah kaedah pembayaran ansuran akan mengenakan caj faedah atau interests tertentu kepada para pelanggan. Namun, jika anda gunakan BNPL apabila renew insurans di Bjak, anda tidak akan dikenakan sebarang caj faedah ya. Bermakna, apa yang anda bayar itu nanti adalah betul-betul untuk harga insurans anda sahaja.

    Cara guna BNPL di Bjak

    Jangan risau, untuk guna BNPL di Bjak sebenarnya sangat mudah.

    Anda ikut sahaja langkah-langkahnya seperti infografik di bawah ini:

    cara guna Buy Now Pay Later di Bjak

    Mudah dan ringkas kan?! Jadi, jika anda rasa berbaloi untuk gunakan perkhidmatan Buy Now Pay Later dan bayar secara ansuran untuk insurans anda, jom layari Bjak sekarang. 

    Yang penting, pastikan kenderaan anda sentiasa dilindungi insurans! 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: