Skip to content
Home » Cukai Jalan Kereta – Ini Cara Untuk Batalkan

Cukai Jalan Kereta – Ini Cara Untuk Batalkan

    cukai jalan kereta

    Cukai jalan kereta atau sering juga disebut sebagai roadtax memainkan peranan yang penting dalam memastikan kenderaan sah digunakan di atas jalan raya. Ia yang turut dikenali Lesen Kenderaan Motor (LKM) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada semua pemilik kenderaan yang berdaftar tanpa mengira jenis atau kelas kenderaan.

    Untuk mendapatkan cukai jalan, anda perlu terlebih dahulu memastikan kenderaan termasuklah kereta anda telah mempunyai perlindungan insurans. Tanpa insurans, proses pembaharuan roadtax tidak dapat diteruskan dan ia secara tidak langsung menyebabkan anda berisiko untuk disaman oleh pihak berkuasa khususnya jika melalui sekatan jalan raya.

    Nak batalkan cukai jalan kereta?

    Pembatalan cukai jalan kereta

    Mungkin pernah timbul persoalan di dalam fikiran anda sama ada bolehkah pembatalan roadtax dibuat selepas memilikinya?

    Jawapannya adalah ya. Sama seperti insurans kereta, anda juga boleh membatalkan cukai jalan kereta anda jika perlu.

    Roadtax kereta perlu dibatalkan dengan sebab tertentu iaitu:

    • Ingin menjual kereta namun roadtax masih aktif
    • Ingin menukar jenis/ syarikat insurans atas sebab tertentu.

    Jika anda berniat untuk membatalkan roadtax, proses yang perlu dilalui oleh anda adalah berlawanan dengan proses untuk mendapatkan roadtax.

    Ini bermakna, anda perlu batalkan roadtax kereta dahulu, kemudian diteruskan dengan pembatalan insurans kereta.

    Cara batalkan cukai jalan kereta

    Berikut merupakan langkah yang perlu anda ambil untuk membatalkan roadtax kereta:

    1. Sediakan salinan kad pengenalan anda (pemilik kereta asal/lama) dan geran original
    2. Kunjungi bank untuk mengambil penyata bank dengan pengesahan cop pegawai bank
    3. Cabut roadtax kereta anda
    4. Bawa roadtax kereta, geran, salinan kad pengenalan dan penyata bank tadi ke JPJ
    5. Isi borang pembatalan roatdax 
    6. Jika anda mahu mendapat lebihan wang roadtax, sila maklumkan kepada pegawai di kaunter JPJ. Borang JPJ K6 akan diberikan untuk anda isi bagi pemulangan semula wang (refund).
    7. Wang refund akan diproses dalam masa lebih kurang 1 bulan dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

    Itu sahaja! Mudah kan? Pastikan roadtax anda hanya dibatalkan untuk urusan yang tepat sahaja ya.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: