Skip to content
Home » Cara Claim Insurans Motosikal Dicuri

Cara Claim Insurans Motosikal Dicuri

    Kecurian motosikal

    Motosikal boleh dikatakan sebagai pengangkutan utama masyarakat kita untuk berulang-alik ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, dan macam-macam lagi. 

    Mana tidaknya, dengan kesesakan jalan raya yang sering berlaku khususnya pada waktu puncak, motosikal dilihat sebagai pengangkutan paling ideal untuk menjimatkan waktu dan sampai ke destinasi dengan lebih cepat.

    Namun realitinya, terdapat beberapa risiko yang perlu ditanggung oleh pemilik motosikal, termasuklah membabitkan kecurian kenderaan pacuan dua roda ini.

    Bahkan menurut statistik pada tahun 2020 sahaja, sebanyak 16,057 kes membabitkan kecurian motosikal berbanding kereta sebanyak 4,596 kes dan 925 kes melibatkan kenderaan berat.

    Untuk pemilik motosikal, apakah yang perlu anda lakukan jika ia dicuri? Bolehkah tuntutan insurans dilakukan dan bagaimanakah prosesnya? Teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Bolehkah anda claim insurans jika motosikal dicuri?

    Jawapannya adalah ya, BOLEH! Anda boleh membuat tuntutan insurans asalkan anda:

    1. Pemegang polisi insurans komprehensif atau polisi insurans pihak ketiga, kecurian dan kebakaran
    2. Mempunyai lesen motosikal yang sah

    Cara claim insurans motosikal dicuri

    Proses tuntutan insurans kecurian motosikal

    Tanpa berlengah lagi, berikut kami terangkan kepada anda proses atau langkah-langkah untuk anda membuat tuntutan insurans bagi kehilangan motosikal.

    1. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas anda sedar motosikal anda dicuri. Bawa bersama kad pengenalan dan lesen motosikal yang sah untuk dikemukakan ketika laporan polis dibuat. Tanpa lesen yang sah, syarikat insurans mungkin akan menolak tuntutan insurans anda.
    2. Dapatkan salinan geran serta salinan polisi insurans motosikal anda. 
    3. Buat laporan kepada syarikat insurans. Dapatkan borang tuntutan dan isi segala maklumat yang diperlukan sebelum menghantarnya kepada pegawai bertugas.
    4. Tunggu syarikat insurans hubungi anda untuk sesi temuduga bagi testimoni lisan dan bertulis. Syarikat insurans akan menyediakan surat tawaran jika tuntutan anda lulus.
    5. Jika berjaya, anda akan diminta untuk menyediakan dokumen-dokumen berikut:
      • Surat persetujuan tawaran (dilampirkan bersama surat tawaran)
      • Borang JPJ TM-AB (salinan kad pengenalan yang dicop sumpah dan disahkan oleh pegawai JPJ)
      • Borang JPJ K3 (2 keping) dan Borang JPJ K8 (1 keping)
      • Kunci pelepasan oleh syarikat sewa beli jika pinjaman sudah tamat
      • Kunci kenderaan (surat pemberitahuan jika kunci hilang)
      • Kad Pendaftaran Kenderaan Asal (Geran)

    Nota: Proses claim anda dianggap selesai sebaik sahaja anda menerima bayaran/ pampasan oleh syarikat insurans.

    Pastikan motosikal anda dilindungi insurans terbaik

    Kecurian motosikal boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa dijangka. Jadi, pastikanlah anda memberikan perlindungan insurans terbaik untuk motosikal anda. Sebabnya mudah, ia bagi memastikan anda boleh membuat tuntutan insurans jika motosikal anda dicuri dan seterusnya mengelakkan anda merasa lebih terbeban khususnya dari segi kewangan.

    Kini, anda boleh mendapatkan pelan insurans terbaik untuk motosikal anda secara mudah di Bjak. Lebih 10 jenama insurans disediakan untuk anda pilih. Minta sebut harga percuma dan perbaharui insurans dengan perlindungan terbaik untuk motosikal anda sekarang.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: