Di Malaysia ini, kebanyakan rakyatnya terdiri daripada golongan pertengahan dan bawahan. Justeru untuk memiliki kereta itu, sudah pastinya rakyat Malaysia tidak berkemampuan untuk membayar secara penuh bagi memiliki sebuah kereta kerana harga kereta mencecah ribuan ringgit.
Oleh kerana itu, ramai yang terpaksa meminjam daripada bank untuk memiliki kereta. Kebiasannya pihak bank akan menawarkan pinjaman untuk tempoh 5, 7 atau 9 tahun mengikut kemampuan dan permintaan daripada pelanggan. Akan tetapi persoalannya adalah, selepas selesai membayar pinjaman daripada bank, adakah kereta itu akan terus menjadi milik kita? Untuk pengetahuan anda, anda sebenarnya perlu pergi ke ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memohon E-Batal. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara nak buat.
Apakah E-Batal?
Semasa anda nak beli kereta, masih ingatkan anda berkenaan Perjanjian Sewa Beli dengan pihak bank yang anda tandatangan dulu? Secara ringkasnya, bank akan memberi pinjaman kepada anda untuk anda mendapatkan kereta tersebut. Ini bermakna walaupun anda membayar pinjam dan menggunakan kereta tersebut, kereta itu masih bukan lagi jadi hak milik anda. Jika anda sudah melangsaikan hutang pinjaman yang diberi oleh pihak bank, anda perlu melakukan prosedur E-Batal bagi mengeluarkan nama bank daripada geran asal kereta anda.
Secara mudahnya, selagi anda tidak melakukan prosedur tersebut, urusniaga yang melibatkan kereta seperti mahu menjual atau menggunakan kereta tersebut sebagai cagaran untuk memohon pinjaman akan menjadi masalah di kemudian hari. Untuk mengelak daripada perkara tersebut, anda perlu mendapatkan hak milik sepenuhnya dengan melakukan prosedur E-Batal.
Cara nak buat E-Batal
Selesaikan baki bayaran
Selepas sahaja selesai melakukan pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta pengeluar kenderaan yang berurusan dengan anda.
Dapatkan surat pelepasan dari bank peminjam
Hubungi pihak bank dan tanya jika surat pelepasan sudah dikeluarkan oleh pihak mereka bagi meneruskan prosedur pembatalan. Surat pelepasan ini menandakan bahawa pihak bank telah melepaskan tuntutan terhadap kereta anda. Biasanya, pihak bank akan menghantar terus surat pelepasan ini kepada pihak JPJ.
Pergi ke mana-mana cawangan JPJ
Jika surat pelepasan tersebut sudah dikeluarkan, anda boleh kunjungi mana-mana cawangan JPJ untuk mematikan atau membatalkan hak milik bank peminjam daripada geran asal kenderaan. Maklumkan juga kepada pegawai bertugas bahawa anda ingin melakukan pembatalan pada geran kereta yang sudah habis dibayar. Di JPJ itu juga, jangan lupa untuk pastikan terdapat cop e-Batal pada geran kenderaan anda mengikut prosedur mereka.
Proses selesai
Selepas anda mendapati terdapat cop e-Batal pada kenderaan anda, maka ia bermaksud bahawa kereta anda sepenuhnya telah menjadi milik anda.
Jangan lengahkan prosedur e-Batal JPJ
Prosedur e-Batal JPJ sebenarnya sangat mudah, namun ramai yang masih belum mengetahui keperluan untuk melakukan perkara ini selepas selesai membayar hutang pinjaman untuk kereta mereka.
Jika anda sudah habis bayar pinjaman kereta dan belum melakukan lagi prosedur ini, sila lakukan segera mengikut cara-cara mudah yang dikongsikan di atas.
Moga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: