Skip to content
Home » Tips Berguna Sebelum Beli Kereta 

Tips Berguna Sebelum Beli Kereta 

    Tips beli kereta

    Memiliki kereta sendiri sememangnya akan memudahkan pergerakan anda namun proses pembeliannya tidaklah mudah kerana terdapat banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkan sebelum memilikinya. Jadi, anda perlu tahu beberapa tips beli kereta yang penting untuk panduan anda.

    Ingat, puluhan ribu ringgit perlu dikeluarkan untuk mendapatkan sebiji kereta. Justeru, sebarang keputusan untuk membelinya tidak boleh dibuat secara somberono memandangkan ia adalah komitmen untuk jangka masa yang panjang dan merupakan satu pelaburan yang besar dalam kehidupan. Sebaiknya, teliti dahulu beberapa perkara ini sebelum memutuskan untuk membeli kereta terbaik untuk anda.

    Beli kereta bersesuaian dengan gaji tahunan anda

    Jangan beli kereta di luar kemampuan anda

    Ukur baju di badan sendiri. Dengan kata lain, anda tidak perlu membeli kereta melebihi kemampuan anda. Seeloknya belilah kereta yang kosnya kurang daripada pendapatan tahunan anda.

    Katakan anda memperoleh gaji sebanyak RM3,000 sebulan dan pendapatan tahunan adalah RM36,000, maka carilah kereta baru yang harganya kurang daripada pendapatan tahunan anda tersebut.

    Selain itu, fikirkan juga komitmen sedia ada anda termasuk rumah, makan dan minum, bil internet, insurans, kereta (sedia ada) dan lain-lain yang anda perlu tanggung ketika itu dan buat jangka masa panjang. Tambahkan semua komitmen tersebut dan nilai semula sama ada anda berkemampuan atau tidak untuk membeli kereta baru. 

    Sebelum membeli kereta juga, kenalpasti dulu berapakah jumlah bulanan yang anda mampu peruntukkan untuk membayar kereta. Terdapat pelbagai laman web yang ada bagi membantu anda untuk membuat kira-kira sebelum membeli kereta seperti laman web calculator.com.my ini. 

    Kadar deposit

    Anda kekurangan bajet dan berhasrat untuk membeli kereta dengan 0% deposit? Mungkin bagus pada masa sekarang, namun anda perlu sedar komitmen bulanan anda akan menjadi sedikit tinggi berbanding jika anda membayar wang pendahuluan sekurang-kurangnya 10% daripada harga sebenar kereta.

    Sebaiknya, kumpul dulu wang sehingga anda boleh membayar deposit untuk kereta yang anda ingin miliki. Sebagai contoh jika kereta anda itu berharga RM50,000, kumpul dan sediakan wang sebanyak RM5,000 sebagai deposit untuk kereta anda. Dengan itu, ia boleh mengurangkan komitmen bulanan anda kelak.

    Penggunaan minyak

    Memiliki sebuah kereta dengan penggunaan minyak yang menjimatkan adalah bagus

    Memiliki sebiji kereta dengan penggunaan minyak yang menjimatkan adalah satu keputusan yang tepat kerana ia sedikit-sebanyak akan membantu anda dalam jangka masa yang panjang.

    Pada kebiasaannya, kereta yang menjimatkan minyak adalah jenis hibrid yang mana ia menggunakan kuasa gas dan motor elektrik. Contohnya, jenama tempatan Perodua Bezza. Dengan hanya 4.7 liter minyak sahaja, kereta Perodua Bezza boleh bergerak sehingga 100km. Ia secara tidak langsung meletakkan Perodua Bezza sebagai kereta yang paling menjimatkan minyak di Malaysia.

    Untuk melihat senarai Top 10 kereta paling menjimatkan minyak, anda boleh membaca di laman web ini. 

    Kereta tempatan atau import?

    Tahu model kenderaan yang anda ingin beli

    Untuk makluman anda, bank pada kebiasaannya meletakkan kadar faedah yang lebih rendah bagi kenderaan import berbanding kenderaan jenama tempatan seperti Perodua. Namun perlu anda ketahui, perbezaannya adalah sedikit sahaja.

    Selain harga kereta, pertimbangkan juga caj serta kos penyelenggaraan, alat ganti terpakai dan lain-lain yang anda perlu tanggung selepas memilikinya. 

    Kami pasti anda tahu bahawa kos penyelenggaraan bagi setiap kereta adalah berbeza mengikut kepada penjagaan dan gaya pemanduan seseorang. Namun, ada juga beberapa jenama pengeluar kereta yang memberikan kos penyelenggaraan tidak terlalu tinggi dan berbaloi seperti jenama Perodua.

    Di Perodua, anda boleh mengetahui bahan atau komponen kereta yang perlu ditukar dan dilakukan penyelenggaraan menerusi jadual ‘Servis Penyelenggaraan Berkala’ yang disediakan. Melaluinya, senarai harga untuk setiap bahan atau komponen tersebut juga akan dipaparkan dan seterusnya memudahkan anda untuk membuat kira-kira dan bajet.

    Ingat ya. Anda bukan hanya perlu servis kereta dua atau tiga tahun sekali sahaja tau!

    Keluasan / ruang kereta

    Pertimbangkan keluasan kereta mengikut keperluan dan kapasiti penumpang anda nanti

    Ya! Ini juga antara faktor yang anda perlu titik-beratkan sebelum membeli kereta. Jika anda adalah seseorang yang telah berkahwin dan merancang untuk memiliki cahaya mata yang ramai, seeloknya anda membeli kereta yang lebih besar dan selesa. Sebagai contoh adalah kenderaan jenis MPV. 

    Manakala jika anda adalah seorang wanita atau lelaki yang masih belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat, anda boleh memilih untuk membeli kereta biasa mengikut kepada tahap kemampuan anda.

    Semoga perkongsian ini berguna dan bermanfaat untuk anda!


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.Minta Sebut Harga

    Baca juga: