Skip to content
Home » Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan yang Sudah Meninggal Dunia

Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan yang Sudah Meninggal Dunia

    Tukar nama pemilik kereta

    Mungkin ada segelintir daripada kita yang masih belum tahu tentang cara tukar nama pemilik kenderaan yang telah meninggal dunia. 

    Pertukaran pemilikan kenderaan perlu dibuat jika kenderaan tersebut kerap digunakan atau menjadi kegunaan harian pengguna sekarang bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

    Selain itu, ia juga bagi membolehkan cukai jalan dan perlindungan insurans diperbaharui agar kenderaan tersebut sah digunakan di atas jalan raya.

    Justeru pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda tentang cara tukar nama pemilik kenderaan yang sudah meninggal dunia untuk panduan anda.

    Cara tukar nama pemilik kenderaan yang telah meninggal dunia

    Berikut adalah panduan untuk menukar hak milik asal geran kenderaan pemilik yang telah meninggal dunia kepada pemilik baru.

    Selesaikan pembahagian harta

    Kenderaan pemilik yang telah meninggal dunia akan dianggap sebagai harta pusaka. Jadi sebaiknya, selesaikan dulu pembahagian harta pusaka sebelum membuat pertukaran hak milik ke atas kenderaan terbabit. Jika ketika hayat individu tersebut telah menyediakan wasiat, maka urusan untuk tukar nama akan lebih mudah. Namun jika tidak ada, anda boleh membuat permohonan di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil sebagai waris si mati.

    Terima surat kuasa

    Dapatkan sama ada Surat Geran Probet, Surat Akuan/ Arahan oleh Amanah Raya Berhad, Surat Perintah Mahkamah atau Surat Pentadbir Pusaka untuk memulakan proses pertukaran nama / hak milik pemilik yang telah meninggal dunia.

    Waris akan mendapat dokomen-dokumen tersebut ketika proses untuk Urusan Harta Pusaka Kecil untuk si mati.

    Buat ujian di PUSPAKOM

    Buat temu janji untuk pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM

    Selesai urusan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil, maka tiba giliran untuk berurusan dengan PUSPAKOM.

    Dapatkan dulu geran asal kenderaan terbabit. Kemudian, telefon atau datang ke PUSPAKOM untuk lakukan temujanji Ujian Tukar Hak Milik (B5). Seterusnya, bawa geran asal serta kenderaan berkenaan untuk dilakukan ujian PUSPAKOM. Apabila ujian selesai, anda akan mendapat surat keputusan pemeriksaan PUSPAKOM sama ada lulus atau gagal. 

    Sekiranya lulus, maka anda boleh teruskan dengan proses tukar nama. Namun jika gagal, anda hantarlah dulu kenderaan ke bengkel dan baiki, kemudian hantar semula untuk ujian PUSPAKOM. 

    Renew insurans atas nama pemilik baru

    Perbaharui dulu insurans bagi kenderaan terbabit atas nama pemilik baru sebelum pergi ke JPJ. Maklumkan kepada ejen insurans bahawa ia adalah proses tukar nama. 

    Sediakan dokumen untuk urusan di JPJ

    Sebelum hadir terus ke JPJ, pemilik baru perlu melengkapkan beberapa borang berserta dokumen pengesahahan pentadbir/ pemilikan atau sokongan iaitu:

    • Salinan IC bakal pemilik baru
    • Dua salinan borang Senarai Semak TM-3
    • Dua salinan borang JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru 
    • Geran asal
    • Surat lulus Pemeriksaan Tukar Hak Milik (B5) PUSPAKOM
    • Salah satu dokumen pengesahan pemilikan; Surat Perintah Mahkamah, Surat Geran Probet, Surat Akuan/ Arahan oleh Amanah Raya Berhad, atau surat Pentadbir Pusaka

    Hadir ke JPJ

    Pemilik baru boleh hadir terus ke cawangan JPJ terdekat untuk urusan pemindahan pemilikan kereta. Jangan lupa untuk membawa sekali borang-borang serta dokumen di atas.

    Renew roadtax

    Akhir sekali, setelah selesai urusan di atas dan menerima geran baru, sila teruskan urusan pembaharuan roadtax


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: