Skip to content
Home » Dah Habis Bayar Loan Kereta? Ini yang Perlu Anda Lakukan Seterusnya

Dah Habis Bayar Loan Kereta? Ini yang Perlu Anda Lakukan Seterusnya

    Prosedur e-Batal JPJ

    Seronoknya kalau dah berjaya langsaikan bayaran ansuran bulanan kereta yang kita tanggung selama ini! Perasaannya tu memang tidak boleh digambarkan kerana seolah-olah satu beban telah berkurangan setelah sekian lama.

    Namun sekejap! Tahukah anda sebenarnya terdapat perkara penting yang perlu dilakukan selepas loan kereta habis dibayar, iaitu prosedur e-Batal JPJ.

    Apakah itu prosedur e-Batal JPJ?

    Geran kereta perlu mendapat pengesahan “Batal Melalui Sistem” bagi membolehkannya menjadi milik anda sepenuhnya.

    Untuk makluman anda, prosedur e-Batal JPJ merujuk kepada proses menukar nama pemilik kereta atau mengeluarkan nama bank daripada geran asal kereta anda. 

    Pada dasarnya, kenderaan yang masih terikat dengan bayaran ansuran bulanan masih lagi menjadi milik bank atau institusi kewangan. Ia bukan milik anda selagi mana anda belum melangsaikan hutang pinjaman dari institusi kewangan tersebut. 

    Jadi sekiranya anda sudah melangsaikan hutang pinjaman dan ingin mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, maka anda perlu ‘menghapuskan’ status hak milik pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak. Dengan kata lain, anda perlu menukar status hak milik kenderaan tersebut kepada nama anda. Geran kereta perlu mendapat pengesahan “Batal Melalui Sistem” bagi membolehkannya menjadi milik anda sepenuhnya.

    Proses e-Batal JPJ 

    Berikut merupakan cara bagi proses e-Batal JPJ:

    Selesaikan baki bayaran

    Selepas sahaja selesai melakukan pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta pengeluar kenderaan yang berurusan dengan anda.

    Dapatkan surat pelepasan dari bank peminjam

    Hubungi pihak bank dan tanya jika surat pelepasan sudah dikeluarkan oleh pihak mereka bagi meneruskan prosedur pembatalan. Surat pelepasan ini menandakan bahawa pihak bank telah melepaskan tuntutan terhadap kereta anda. Biasanya, pihak bank akan menghantar terus surat pelepasan ini kepada pihak JPJ.

    Pergi ke mana-mana cawangan JPJ

    Jika surat pelepasan tersebut sudah dikeluarkan, anda boleh kunjungi mana-mana cawangan JPJ untuk mematikan atau membatalkan hak milik bank peminjam daripada geran asal kenderaan. Maklumkan juga kepada pegawai bertugas bahawa anda ingin melakukan pembatalan pada geran kereta yang sudah habis dibayar. Di JPJ itu juga, jangan lupa untuk pastikan terdapat cop e-Batal pada geran kenderaan anda mengikut prosedur mereka. 

    Proses selesai

    Selepas anda mendapati terdapat cop e-Batal pada kenderaan anda, maka ia bermaksud bahawa kereta anda sepenuhnya telah menjadi milik anda.

    Jangan lengahkan prosedur e-Batal JPJ

    Prosedur e-Batal JPJ sebenarnya sangat mudah, namun ramai yang masih belum mengetahui keperluan untuk melakukan perkara ini selepas selesai membayar hutang pinjaman untuk kereta mereka. 

    Jika anda sudah habis bayar pinjaman kereta dan belum melakukan lagi prosedur ini, sila lakukan segera mengikut cara-cara mudah yang dikongsikan di atas. 

    Moga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: