Skip to content
Home » Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Dengan Bjak & Menangi Ganjaran Hebat

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Dengan Bjak & Menangi Ganjaran Hebat

    ganjaran hebat bjak - cover

    Tahun 2024 baru sahaja bermula dan semua orang pastinya telah memutuskan nak capai apa untuk azam Tahun Baru mereka. Kami yakin bahawa menyimpan wang adalah salah satu azam yang mahu dicapai bagi kebanyakan orang memandangkan kos sara hidup semakin meningkat.

    Jika anda telah merancang untuk melakukan lebih banyak penjimatan pada tahun ini, teruskan membaca artikel ini kerana kami akan berkongsikan semua program ganjaran yang menakjubkan dari Bjak yang membolehkan anda menikmati penjimatan maksimum pada insurans kenderaan anda dan berpeluang untuk memperoleh duit pada masa yang sama.

    Cabutan bertuah setiap hari

    Cabutan Bertuah RM1,000 atau #BJAK1RIBU ialah kempen cabutan bertuah harian yang dilancarkan di laman web kami baru-baru ini. Dalam tempoh kempen ini, kami akan memberikan hadiah wang tunai RM1,000 setiap hari kepada pemilik kenderaan persendirian yang memperbaharui insurans mereka dengan kami.

    Untuk menyertai cabutan bertuah ini, anda mestilah pengguna pertama platform kami, yang berjaya mendaftar dan memperbaharui insurans kereta pada hari yang sama.

    Bagaimana untuk sertai?

    1. Layari bjak.my dan daftar untuk menjadi pelanggan
    2. Perbaharui insurans kenderaan anda pada hari yang sama
    3. Sertai cabutan bertuah dengan memasukkan nombor plat kenderaan anda selepas anda klik pada sepanduk peraduan di laman utama kami
    4. Hantarkan nombor plat anda dan bersiap sedia untuk memenangi hadiah berupa wang tunai
    5. Pemenang harian akan diumumkan setiap hari pada jam 8pm di laman web kami

    Coins wheel

    Nak diskaun ketika perbaharui insurans kereta anda di Bjak? Coins Wheel kami ialah program ganjaran paling baharu untuk anda. Ia akan membolehkan anda untuk menikmati diskaun tunai segera sehingga RM5,000 untuk pembaharuan insurans anda.

    Bagaimana nak sertai?

    1. Layari bjak.my dan putar Coins Wheel kami untuk mendapatkan diskaun segera
    2. Minta sebut harga insurans kereta & motosikal secara percuma dan perbaharui insurans anda dengan kami
    3. Tebus kredit anda apabila memperbaharui insurans di Bjak

    Program rujukan

    Jadi ejen rujukan kami dan tambah pendapatan anda bersama kami untuk setiap pembelian yang berjaya. Program Rujukan Bjak membolehkan anda merujuk pengguna baharu bagi menyertai platform dan diberi ganjaran sehingga RM1,000 sebulan! Tiada latihan atau pensijilan diperlukan.

    Bagaimana ia berfungsi?

    1. Minta pautan rujukan percuma daripada Bjak
    2. Kongsi pautan unik anda dengan keluarga & rakan melalui WhatsApp, Facebook, Instagram dan media sosial lain
    3. Minta mereka mendaftar ke Bjak menggunakan pautan anda
    4. Dapatkan RM50 untuk setiap pembaharuan insurans yang berjaya di Bjak
    5. Terima bayaran anda setiap minggu sebaik sahaja anda telah mengumpul RM100 dan ke atas

    Rujuk & dapat ganjaran

    Perlukan diskaun untuk bagi insurans kenderaan anda jadi murah? Sertai program rujukan dari kami. Melalui program ini, anda akan dapat rebat RM10 untuk setiap pendaftaran yang berjaya dibuat rakan anda. Apa yang bagusnya berkenaan program ini, pendapatan yang akan anda dapat daripada setiap pendaftaran itu tiada had. Maksudnya,lebih banyak orang yang mendaftar guna pautan anda, lebih banyak yang anda akan dapat.

    Bagaimana ia berfungsi?

    1. Daftar sebagai pengguna di Bjak
    2. Minta sebut harga insurans percuma dan perbaharui insurans anda
    3. Jemput rakan-rakan untuk menyertai platform kami melalui rujukan kami
    4. Dapatkan rebat tunai anda untuk setiap sebut harga pertama yang berjaya diminta oleh rakan atau keluarga anda

    Jadi, apa tunggu lagi? Layari bjak.my hari ini dan perbaharui insurans kereta secara dalam talian. Gunakan kemudahan yang ditawarkan kepada anda ini sambil nikmati penjimatan yang maksimum. Untuk maklumat lanjut, hanya klik pada butang di bawah atau hubungi wakil khidmat pelanggan kami melalui WhatsApp atau panggilan telefon.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: