logo

Panduan Untuk Membeli Insurans Kereta Terbaik

Car Insurance Guide

Kepentingan Insurans Kereta

Memiliki insurans kereta adalah penting untuk kesenangan pemilik pada masa akan datang. Melalui perlindungan insurans kereta, seseorang pemilik kenderaan tidak akan rasa terlalu terbeban apabila sesuatu berlaku pada diri sendiri atau kenderaan kelak. Sekurang-kurangnya kos tersebut akan ditanggung oleh pihak syarikat insurans yang mana secara tidak langsung mengurangkan beban pemilik.

Perkara yang anda perlu tahu mengenai Roadtax

Roadtax adalah wajib - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan agar semua pemilik kenderaan untuk memiliki LKM yang juga disebut sebagai roadtax untuk kenderaan digunakan di atas jalan raya.

Pemilik kenderaan perlu memperbaharui insurans dan roadtax sebelum ia mencapai tarikh luput.

Pemilik kenderaan digalakkan untuk memperbaharui insurans kereta dan motosikal serta roadtax 2 bulan sepelum tamat tempoh.

Jenis-jenis Perlindungan Insurans Kereta

Insurans Kereta Komprehensif

Insurans kereta komprehensif atau juga dikenali sebagai insurans pihak pertama. Menyediakan perlindungan paling menyeluruh. Syarikat insurans kereta akan memberi perlindungan kepada anda termasuk jika berlaku kemalangan, kecurian, kebakaran. Selain itu, pihak insurans juga akan membayar perlindungan jika berlaku kemalangan terhadap kenderaan anda dan juga pihak yang anda langgar. Polisi ini sesuai untuk kenderaan berumur 10 tahun ke bawah.

Insurans Kereta Pihak ketiga, kecurian dan kebakaran

Insurans kereta ini memberi perlindungan jika berlaku kebakaran atau kecuaian pada kenderaan anda (kejadian berlaku tanpa sengaja). Jika berlaku kemalangan (anda pesalah), pemilik kenderaan (anda) perlu membaiki kereta sendiri, namun kereta yang dilanggar anda akan dilindungi oleh pihak insurans anda.

Insurans Kereta Pihak ketiga

Insurans kereta yang paling asas. Hanya memberi perlindungan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan. Tiada perlindungan akan diberikan jika berlaku kemalangan (seorang diri), kecurian mahupun kebakaran. Bergantung kepada kelulusan insurans.

Jumlah Perlindungan Insurans Kereta

Jumlah perlindungan bermaksud jumlah maksimum kenderaan yang akan diinsurankan mengikut nilai pasaran semasa. Boleh lihat sini untuk rujukan.

Jumlah perlindungan boleh ditentukan dalam dua nilai yang berbeza iaitu:

Nilai yang dipersetujui

Pemilik kenderaan dan syarikat insurans bersetuju dengan nilai kereta pada permulaan kontrak dan juga pada setiap pembaharuan.

Contoh: Jika jumlah yang diinsurankan adalah RM35,000 dan kemudian berlaku kejadian, syarikat insurans akan membayar ganti rugi penuh iaitu sebanyak RM35,000.

Nilai pasaran

Ia mengikut kepada nilai kereta seseorang sebelum berlaku sebarang kejadian.

Contoh: Sekiranya jumlah yang diinsurankan adalah sebanyak RM35,000 dan kemudian nilai pasaran kereta ketika waktu kemalangan telah susut ke RM30,000, syarikat insurans akan membayar ganti rugi bergantung pada harga pasaran RM30,000.

Perlindungan Tambahan Insurans Kereta

Di bawah ini merupakan beberapa senarai perlindungan insurans tambahan yang biasa ditawarkan oleh kebanyakan syarikat insurans kereta dan Takaful. Walau bagaimanapun, terma dan syarat bagi setiap syarikat insurans kereta dan Takaful mungkin berbeza antara satu sama lain.

  • Cermin kereta
  • Pemandu tambahan
  • Semua pemandu
  • Bencana alam (Peril khas)
  • Rusuhan dan kemusnahan awam
  • Perlindungan penumpang
  • Kemalangan individu
  • Khidmat tunda

No Claim Discount (NCD)

NCD bermaksud diskaun insurans kereta yang ditawarkan kepada anda oleh pihak insurans jika pemilik kenderaan tidak pernah membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut. Jumlah peratusan NCD akan lebih besar jika masih tiada sebarang tuntutan pada tahun berikutnya.

Kadar peratus bagi kereta adalah berbeza seperti di bawah:

Kadar NCD untuk kereta:

Tahun pertama0%
Tahun kedua25%
Tahun ketiga30%
Tahun keempat38.33%
Tahun kelima45%
Tahun keenam dan ke atas55% (maksima)

Bagaimanapun, jika anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan membuat tuntutan pada tahun tersebut, kadar NCD anda pada tahun berikutnya akan menjadi 0% semula.

Perlindungan Komprehensif Insurans Kereta

Setiap syarikat insurans kereta menawarkan polisi yang agak serupa namun mungkin manfaat atau kelebihan diterima berbeza. Berikut adalah beberapa kelebihan pakej insurans kereta yang ditawarkan.

*Nota: Sila rujuk risalah keterangan produk syarikat insurans dan polisi insurans anda apabila terdapat perbezaan.

Allianz logo

Allianz Private Car Insurance

PERCUMAKhidmat Tunda Kecemasan 24-jam sehingga jarak 150km

PERCUMA1 Pemandu Tambahan

PERCUMA24-jam Bantuan Tuntutan

Insurans Kereta Terbaik 2018

Kelulusan Segera bagi Nota Perlindungan

Sesuai bagi Kegunaan E-hailing

Takaful Malaysia logo

Takaful Malaysia Private Car Takaful

PERCUMAPerlindungan Semua Pemandu

PERCUMA24-jam Khidmat Tunda sehingga jarak 50km bagi setiap perjalanan, tiada had perjalanan

PERCUMA24-jam Bantuan Tepi Jalan

PERCUMAPenukaran atau Jumpstart Bateri

PERCUMAPenambahan Minyak Tangki Kosong

PERCUMAPenukaran Tayar Pancit

Operator Takaful Pertama di Malaysia

7.5% Pulangan tunai tanpa tuntutan

Kelulusan Segera bagi Nota Perlindungan

Proses Kelulusan dan Pembayaran Tuntutan yang senang dan pantas

Liputan Bengkel Pembaikan Seluruh Negara Yang Luas

Sesuai untuk golongan bukan Muslim juga

Liberty logo

Liberty Private Car Insurance

PERCUMAKhidmat Tunda Kecemasan 24-jam sehingga jarak 150km

PERCUMA24-jam Bantuan Tepi Jalan

PERCUMAPenukaran atau Jumpstart Bateri

PERCUMAPenambahan Minyak Tangki Kosong

PERCUMAPenukaran Tayar Pancit

PERCUMA1 Pemandu Tambahan

PERCUMA24-jam Bantuan Tuntutan

PERCUMAPerlindungan Kemalangan Peribadi bagi Pemilik (Sebanyak RM 10,000.00)

PERCUMAPampasan Kos Perubatan bagi Pemilik (Sebanyak RM1,500)

PERCUMAPenggantian Kunci

PERCUMAPenggantian Kerusi Kanak-kanak

Sesuai bagi Kegunaan E-hailing

Takaful Ikhlas logo

Takaful Ikhlas Private Car Takaful

PERCUMA24-jam Khidmat Tunda sebanyak 100km

PERCUMA24-jam Bantuan Tepi Jalan - Bantuan Ikhlas

PERCUMA10 Pemandu Tambahan

PERCUMAPerkhidmatan "Jump Start" dan Penukaran Bateri

PERCUMAPerkhidmatan Penukaran Tayar

PERCUMAPerkhidmatan Penghantaran Minyak Petrol

PERCUMAPerkhidmatan Tukang Kunci

PERCUMAInsurans Kemalangan Peribadi bagi pemilik (Jumlah Perlindungan RM 10,000.00)

Soalan yang sering ditanya ketika membeli Insurans Kereta

Bagaimanakah syarikat insurans kereta mengira kadar premium insurans kereta di Malaysia?

Sebelum 1 Julai 2017, harga premium untuk insurans kereta di Malaysia hampir sama (berdasarkan nilai kenderaan anda dan kapasiti enjin) di semua penyedia insurans kereta. Ini kerana harga premium ditarif oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Syarikat insurans kereta membuat pengiraan premium khusus pada butiran teknikal dan usia, justeru, itu adalah nilai pasaran kereta anda.

Bagaimanapun, sejak pelaksaan kadar atau tarif baru pada 1 Julai 2017, syarikat insurans kereta kini mengambil kira beberapa faktor untuk menentukan premium insurans. Antara faktor-faktor yang akan diambil kira dalam menentukan harga premium adalah seperti berikut:

Rekod pemanduan

Tahap penggunaan kereta

Lokasi

Pekerjaan

Umur

Ciri-ciri keselamatan pada kereta

Bagaimanakah cara untuk menghantar tuntutan insurans kereta?

1. Telefon talian hotline syarikat insurans anda jika mengalami kemalangan yang teruk

2. Kumpul bukti dan catat maklumat penting seperti masa dan tempat kemalangan, gambar kejadian kemalangan, gambar kerosakan pada kenderaan anda dan kenderaan terlibat dan bertukar maklumat dengan kenderaan terlibat

3. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam

4. Laporkan kepada syarikat insurans kereta dalam masa 7 hari dari kemalangan berlaku

5. Pastikan kereta dihantar ke bengkel panel syarikat insurans kereta anda

6. Isi borang tuntutan syarikat insurans kereta anda

7. Kemukakan semua borang yang diperlukan oleh syarikat insurans kereta

8. Lakukan semakan dengan syarikat insurans kereta anda mengenai alat ganti dan baik pulih yang dibuat oleh bengkel panel anda

9. Tandatangan borang pelepasan syarikat insurans kereta apabila berpuas hati dengan kereta anda selepas dibaik pulih

Jika pemandu lain memandu kenderaan saya dan tiba-tiba terlibat kemalangan, bolehkah saya membuat tuntutan insurans?

Secara dasarnya, syarikat insurans kereta akan mengenakan lebihan jumlah tuntutan jika kereta anda terlibat dalam kemalangan yang disebabkan oleh pemandu lain. Namun, anda boleh membuat tuntutan insurans sekiranya ada menambah nama pemandu tersebut dalam polisi atau telah membeli polisi insurans kereta dengan perlindungan insurans semua pemandu ketika memperbaharui insurans anda.

Bolehkah saya membatalkan polisi insurans pada bila-bila masa?

Ya, anda boleh membatalkan polisi insurans anda pada bila-bila masa. Bagaimanapun penalti mungkin akan dikenakan sekiranya anda membatalkan polisi sebelum tarikh tamat.

Bolehkah saya memperbaharui insurans kereta saya jika kereta telah berusia lebih daripada 15 tahun?

Pakej yang ditawarkan oleh syarikat insurans kereta boleh menjadi lebih sedikit kerana usia kereta anda. Walau bagaimanapun, pakej insurans kereta yang ditawarkan di BJAK.my merangkumi pelbagai jenis kereta dan oleh itu anda masih boleh memperbaharui insurans kereta anda di BJAK.my.

Bagaimanakah insurans kereta komprehensif berbeza dengan insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian?

Perbezaan utama ialah insurans kereta komprehensif melindungi kerosakan kereta anda semasa perlanggaran (kemalangan jalan raya), kebakaran dan kecurian tetapi insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian hanya melindungi kerosakan semasa kebakaran dan kecurian sahaja. Servis khidmat tunda turut tidak disediakan jika anda membeli insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.

Cara untuk membeli insurans kereta dengan harga yang rendah

Jangan memperbaharui insurans kereta anda secara automatik

Sesetengah syarikat insurans kereta akan menawarkan anda pembaharuan insurans secara automatik. Sila elak dari melakukan pembaharuan secara automatik kerana premium insurans kereta yang akan anda bayar mungkin bukan yang terendah di pasaran. Syarikat insurans kereta mengemas kini premium insurans kereta dari semasa ke semasa dan oleh itu anda disaran untuk membandingkan harga insurans kereta dari pelbagai syarikat insurans kereta sebelum melakukan pembaharuan.

Perbaharui insurans kereta anda lebih awal daripada tarikh luput

Sesetengah syarikat insurans kereta mengenakan harga yang lebih tinggi jika insurans kereta anda telah tamat tempoh. Oleh itu, penting untuk anda memnperbaharui insurans kereta lebih awal dari tarikh tamat agar sentiasa dilindungi dan nikmati harga yang lebih rendah.

Bandingkan dengan lebih daripada 3 sebutharga

Syarikat insurans kereta mempunyai kaedah pengiraan premium insurans kereta yang berbeza. Premium insurans kereta antara syarikat insurans kereta boleh berubah-ubah sehingga 40-50% bergantung pada keadaan kereta.

Oleh itu, untuk membeli insurans kereta pada harga terendah, pemilik kereta harus membandingkan sebutharga insurans kereta dengan beberapa syarikat terlebih dahulu. Pada kebiasaannya, pemilik kereta peroleh penjimatan sehingga ratusan ringgit setelah perbandingan dibuat.

Periksa perlindungan insurans kereta anda sebelum membeli

Setiap kereta mungkin mempunyai penggunaan dan tujuan yang berbeza dan oleh itu sangat penting untuk membeli pakej insurans kereta yang paling sesuai untuk kereta anda. Sesetengah sebutharga yang disediakan mungkin merangkumi perlindungan insurans kereta yang tidak berlaku bagi kes penggunaan, atau memiliki jumlah yang diinsuranskan lebih tinggi daripada nilai pasaran sebenarnya. Oleh itu, pemilik kenderaan disarankan untuk memeriksa perlindungan insurans kereta bagi memastikan bahawa mereka membayar hanya untuk apa yang diperlukan sahaja.

Perbaharui insurans kereta anda di BJAK.my

BJAK.my adalah ejen insurans kenderaan sehenti di Malaysia. BJAK.my membantu pemilik kereta untuk mendapatkan harga terendah bagi insurans kereta mereka dengan melakukan semua langkah yang dinyatakan di atas.

Ramai pemilik kereta telah memperbaharui insurans kereta mereka di BJAK.my dan memberikan maklum balas yang baik di laman media sosial. Anda boleh membaca penilaian berkenaan BJAK.my di sini. Jom minta sebutharga untuk insurans kereta dari BJAK.my hari ini.di sini. Jom untuk insurans kereta dari BJAK.my hari ini.

bjak logo

Bjak Sdn Bhd (1339813-K)

#1 Insurans Kenderaan

Tersedia 24 jam
Isnin hingga Ahad
Bjak Sdn Bhd ("BJAK") adalah ejen insurans kenderaan atas talian dan Syarikat Berstatus MSC yang terkemuka di Malaysia. BJAK membina, mengendali dan memiliki platform ini untuk menyediakan perkhidmatan daripada pelbagai syarikat insurans kepada rakyat Malaysia dan perniagaan. Platform BJAK menawarkan pelbagai produk insurans, di mana pengguna boleh meminta sebut harga secara dalam talian berdasarkan keperluan mereka dan membuat pembayaran terus melalui platform kami. Kami komited untuk sentiasa menambah baik platform ini bagi memudahkan pengalaman pembelian insurans secara dalam talian. Pengguna boleh memilih, membandingkan, dan menyesuaikan produk insurans mereka dalam masa hanya 5 minit!
msc tech
2025 BJAK SDN BHD HAK CIPTA TERPELIHARA