Skip to content
Home » Apa Itu Lesen PSV & GDL? Panduan Untuk Pemandu E-Hailing dan Lori

Apa Itu Lesen PSV & GDL? Panduan Untuk Pemandu E-Hailing dan Lori

Apa Itu Lesen PSV & GDL? Panduan Untuk Pemandu E-Hailing dan Lori

Panduan Untuk Pemandu E-Hailing, Teksi, Van dan Lori


Apa Itu Lesen PSV? (Public Service Vehicle)

PSV (Public Service Vehicle) ialah lesen khas untuk pemandu kenderaan yang membawa penumpang untuk tujuan komersial.

Kenderaan yang Perlu Lesen PSV:

  • E-hailing (Grab, InDrive, airasia ride)
  • Teksi
  • Bas
  • Van penumpang (komersial)

Syarat Permohonan PSV:

  • Umur minimum: 21 tahun
  • Mempunyai lesen memandu kompeten (CDL)
  • Pemeriksaan kesihatan
  • Kursus PSV di institut memandu (6 jam)
  • Lulus ujian teori JPJ
  • Pemeriksaan kenderaan (PUSPAKOM untuk teksi/e-hailing)
  • Perlindungan insurans penumpang

Apa Itu Lesen GDL? (Goods Driving Licence)

GDL (Goods Driving Licence) ialah lesen wajib untuk pemandu kenderaan yang membawa barangan komersial.

Kenderaan yang Perlu Lesen GDL:

  • Lori
  • Van kargo
  • Pickup truck (komersial)
  • Kenderaan muatan berat/ringan berdaftar komersial

Syarat Permohonan GDL:

  • Umur minimum: 21 tahun
  • Lesen CDL yang sah
  • Pemeriksaan kesihatan (borang JPJL8A)
  • Menghadiri kursus dan ujian GDL
  • Lesen perlu diperbaharui setiap tahun

Bezanya PSV & GDL:

Perkara
Lesen PSV
Lesen GDL
Tujuan
Membawa penumpang secara komersial
Membawa barangan secara komersial
Contoh Kenderaan
Teksi, e-hailing, van penumpang
Lori, van kargo, pickup
Perlu Pemeriksaan
Ya (PUSPAKOM)
Ya (PUSPAKOM)
Umur Minimum
21 tahun
21 tahun
Tempoh Sah Laku
1 tahun (boleh renew)
1 tahun (boleh renew)

Baca juga:

Allianz : Perlindungan Lengkap, Sesuai Untuk Semua & E-Hailing

Perlindungan Ringkas & Mampu Milik Untuk Semua

Cara Banding Harga Insurans Kereta Secara Online