Skip to content
Home » 5 Dokumen Penting Untuk Tuntutan Insurans Kereta

5 Dokumen Penting Untuk Tuntutan Insurans Kereta

5 Dokumen Penting Untuk Tuntutan Insurans Kereta

Jika dalam situasi untuk buat tuntutan kereta, aspek yang penting untuk proses yang mudah & lancar adalah untuk sediakan dokumen yang penting lebih terdahulu. Ada sahaja beberapa individu yang pandang lepas dokumen-dokumen ini, dan sekira berlaku situasi untuk proses tuntutan, mula kelam-kabut untuk mencari dokumen-dokumen tersebut. Dalam Checklist ini boleh sahaja semakan dokumen penting untuk tuntutan insurans kereta anda. 

1. Polisi Insurans Asal

Polisi insuran ataupun covernote adalah dokumen paling penting yang perlu diadakan kerana tanpa dokumen tersebut apa bukti yang kenderaan anda ada perlindungan jika dipersoalkan. Dalam dokumen tersebut mengandungi semua butiran penting seperti kenderaan, pemilik & juga jenis perlindungan. Pastikan dokumen ini sentiasa dikemas kini, sama ada versi fizikal atau digital.

2. Kad Pendaftaran Kenderaan (VOC)

Kad pendaftaran kenderaan membuktikan identiti kenderaan yang dituntut. Dokumen ini diperlukan untuk menyemak nombor pendaftaran, model, dan pemilik sah. Tanpa VOC, tuntutan mungkin menghadapi kelewatan kerana pihak insurans perlu mengesahkan maklumat kenderaan terlebih dahulu.

3. Laporan Polis

Jika tuntutan berkaitan dengan kemalangan, kecurian, atau vandalisme, laporan polis menjadi dokumen wajib. Laporan ini membuktikan kejadian sebenar berlaku dan membantu syarikat insurans menilai tuntutan dengan tepat.

4. Resit atau Bukti Pembayaran

Simpan semua resit atau bukti pembayaran berkaitan kerosakan, pembaikan, atau penggantian alat ganti. Dokumen ini membolehkan pihak insurans mengesahkan kos sebenar dan meluluskan pembayaran dengan cepat.

5. Gambar / Bukti Visual Kerosakan

Gambar kerosakan kenderaan sebelum pembaikan adalah bukti visual yang kuat. Ia membantu mempercepat proses penilaian dan kelulusan tuntutan. Pastikan gambar jelas dan menunjukkan semua kerosakan yang relevan.

 Infographic ringkas 5 dokumen penting untuk tuntutan insurans kereta

Kesimpulan:
Sentiasa sediakan dokumen-dokumen dalam sebuah folder tidak kira digital atau fizikal yang boleh disimpan. Kerana bila ingin buat tuntutan insurans kereta, anda tahu dokumen semua lengkap untuk proses tuntutan dengan lancar & cepat. Bagi gambar/laporan polis pula, pastikan butiran lengkap & gambar jelas untuk pihak insuran buat penilaian untuk luluskan tuntutan anda dengan mudah.

Baca Juga:

Panduan Insurans Kereta Sebelum Perjalanan Panjang

5 Kesilapan Biasa Semasa Membeli Insurans Kereta

Takaful vs Insurans Konvensional: Mana Perlu Dipilih?