Skip to content
Home » Bagaimana Sistem NCD (No Claim Discount) Berfungsi?

Bagaimana Sistem NCD (No Claim Discount) Berfungsi?

Bagaimana Sistem NCD (No Claim Discount) Berfungsi?

Pengenalan

Kebanyakkan pemandu di Malaysia tahu yang NCD boleh turunkan harga premiums insurans mereka. Tetapi tidak semua tahu fungsi sebenarynya. NCD (No Claim Discount) adalah diskaun khas yang diberi kepada pemilik kenderaan jika renew insuran berturut tanpa buat sebarang tuntutan. Artikel ini akan menerangkan cara kiraan & semakan NCD melalui BJAK, supaya tidak terlepas peluang untuk jimat setiap pembelian tahunan.


Apa Itu NCD (No Claim Discount)?

NCD (No Claim Discount) adalah diskaun khas yang diberi kepada pemilik kenderaan jika renew insuran berturut tanpa buat sebarang tuntutan sambil polisi tengah aktif. Tujuan sebenar adalah untuk galakkan semua pemandu di Malaysia untuk memandu secara berhemah & kurangkan kemalangan jalan raya dengan memberi insentif diskaun besar untuk jimat kos pembelian insuran setiap tahun.


Kadar NCD Mengikut Tahun

Tahun Tanpa TuntutanKadar NCD Kereta PersendirianKadar NCD Motosikal
Tahun 125%15%
Tahun 230%20%
Tahun 338.33%25%
Tahun 445%25%
Tahun 5 dan seterusnya55% (maksimum)25% (maksimum)
Contoh:
Jika premium insuran dalam sebutharga menyatakan jumlah RM 1,000, jika selepas setahun tidak buat tuntutan, NCD akan naik 25% jadi jumlah selepas tolakan NCD adalah RM 750

Apa Berlaku Jika Anda Buat Tuntutan?

Jika anda membuat tuntutan insurans atas kesalahan sendiri (Own Damage Claim), NCD anda akan diset semula ke 0%.
Namun, jika tuntutan dibuat oleh pihak ketiga (Third Party Claim), NCD tidak akan terjejas — selagi tuntutan itu disahkan bukan salah anda.


Cara Semak NCD Melalui BJAK

  1. Layari BJAK.my.
  2. Masukkan nombor plat kenderaan anda untuk dapatkan sebut harga insurans.
  3. Kadar NCD akan dipaparkan secara automatik dalam sebut harga yang dihasilkan.
  4. Jika tiada kadar NCD terpapar tetapi anda yakin masih ada NCD aktif, hubungi khidmat pelanggan BJAK melalui WhatsApp, panggilan, atau e-mel untuk semakan lanjut.
  5. Wakil BJAK akan semak status NCD anda dan kemas kini sebut harga agar diskaun dipaparkan dengan betul.

💬 Tip BJAK:
Gunakan nombor plat dan nama pemilik yang sama seperti polisi lama untuk elak sistem gagal kesan rekod NCD anda.


 Carta menunjukkan peningkatan diskaun NCD setiap tahun tanpa tuntutan, daripada 25% hingga 55%.

Kesimpulan

NCD memberi peluang besar untuk jimat kos insurans setiap tahun — asalkan anda tidak membuat tuntutan. Semak status NCD anda melalui BJAK.my untuk pastikan diskaun dikira dengan tepat sebelum memperbaharui polisi. Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat perlindungan sah, tetapi juga bajet insurans yang lebih ringan setiap tahun.

Baca Juga:

Kesan Tukar Enjin & Modifikasi pada Polisi Insurans Kereta

Fahami Kenapa Premium Insurans Naik Setiap Tahun

Kadar Roadtax Malaysia Mengikut Kapasiti Enjin