Skip to content
Home » Cara Sah Kurangkan Jumlah Premium

Cara Sah Kurangkan Jumlah Premium

Cara Sah Kurangkan Jumlah Premium

Kenapa Premium Insurans Kereta Boleh Tinggi

Sebelum itu, kami perlu fahami apa itu “Premium” insuran, ia bukan produk yang mewah tetapi adalah harga untuk pembelian insuran mengikut nilai pasaran kenderaan anda. Dengan itu, kami boleh maklum, dalam Malaysia ini ada pelbagai pihak insurans & setiap panel akan sediakan “premium” berbeza atau lebih kurang untuk menarik perhatian pelanggan. Tetapi, kami sebagai pelanggan perlu tahu cara sah kurangkan jumlah premium untuk jimat kos pembelanjaan semasa pembelian insuran kereta.


6 Cara Sah Kurangkan Jumlah Premium

Berikut ialah langkah-langkah praktikal untuk menurunkan kos insurans kereta secara sah:

  1. Manfaatkan NCD (No-Claim Discount) – Pastikan tiada tuntutan dan simpan diskaun NCD setiap tahun.
  2. Pilih Jenis Perlindungan Sesuai – Kenderaan lama mungkin tidak perlukan komprehensif, pilih pihak ketiga untuk lebih jimat.
  3. Bandingkan Online – Gunakan platform sah seperti Bjak, MyEG, Pos Malaysia untuk dapatkan premium terbaik.
  4. Pastikan Maklumat Tepat & Selamat – Kesilapan pada maklumat kenderaan atau pemandu boleh naikkan premium.
  5. Kurangkan Aksesori / Optional Add-Ons – Sesetengah add-on meningkatkan kos, pertimbangkan hanya yang perlu.
  6. Perbaharui Awal – Renew sebelum tamat tempoh; insurans awal kadang dapat diskaun tambahan.
Infografik menunjukkan 6 cara sah untuk kurangkan jumlah premium insurans kereta dengan ikon representasi setiap cara”

Tip Tambahan Untuk Lebih Jimat

  • Jangan tukar polisi terlalu kerap; stabilkan untuk dapat NCD maksimum.
  • Pilih pembayaran tahunan berbanding bulanan untuk kadar lebih rendah.
  • Semak promosi atau loyalty rebate daripada syarikat insurans.

Kesimpulan

Dengan mengikut cara sah kurangkan jumlah premium, anda boleh juga menjimatkan kos pembelian insurans kereta setiap tahun tanpa mengorabankan keselamatan & buat pilihan yang lebih bijak. Jika anda renew insuran kereta berturut-turut setiap tahun anda boleh ambil kesempatan atas NCD anda, Semak jenis perlindugnan yang lebih berbaloi tanpa kompromi perlindungan & juga buat pembaharuan awal untuk mengelak situasi jika kemalangan tanpa polisi yang aktif. Cara- cara berikut adalah kunci utama untuk dapatkan premium lebih rendah secara sah & selamat.

Baca Juga:

Komprehensif vs Third Party, Apa Beza?

5 Manfaat Tersembunyi Insurans Kereta Komprehensif

Fahami NCD (No Claim Discount) Dalam Insurans Kereta