Pengenalan
Kebanyakan pemandu ragu-ragu bila masa untuk renew insurans kereta & masalah yang hadap lebih kurang sama sahaja, “ Third Party atau Komprehensif?”. Bagi kedua-dua jenis perlindungan ada kelebihan & kekurangan yang bermanfaat pada setiap individu. Artikel ini akan bantu degan menerangkan perbezaan insurans kereta pihak ketiga & komprehensif itu supaya anda sebagai pemegang polisi jelas dengan insurans apa yang dibeli
Kos & Julat Premium
Jenis perlindungan 3rd party paling murah, dalam lingkaran RM 300 – RM 600 setiap pembaharuan. Tetapi ia tetap bergantung pada jenis,model & nilai kenderaan pada masa tersebut. Selain daripada itu, perlindungan dia sangat minima kerana haya melindungi hadap kerosakan yang dialami pihak lain sahaja. Jika ada buat kerosakan pada kereta sendiri kena tanggung sendiri
Seterusnya, kami ada jenis perlindungan komprehensif bagi kereta baru dengan harga boleh mencecah RM 1000 ke atas bergantung pada model, brand & nilai. Walaupun lebih mahal, ia melindungi kereta anda sendiri dan juga pihak ketiga — yang boleh menjimatkan ribuan ringgit jika berlaku kemalangan besar atau bencana.
Contoh: Jika kereta bernilai RM60,000 rosak teruk akibat banjir, pemilik polisi pihak ketiga tidak boleh tuntut pampasan. Kos baik pulih mungkin sekitar RM20,000. Dengan polisi komprehensif, kerugian ini ditanggung insurans.
Salah Faham Biasa
- “Pihak ketiga sentiasa lebih bijak untuk kereta lama.”
→ Tidak semestinya. Kalau kereta masih ada nilai pasaran yang tinggi atau anda tinggal di kawasan berisiko banjir/kecurian, insurans komprehensif lebih selamat. - “Komprehensif terlalu mahal.”
→ Sebenarnya, premium boleh diurus. Anda boleh guna NCD, bandingkan harga antara panel melalui Bjak, atau pilih hanya add-on yang betul-betul diperlukan.
Kelebihan & Kekurangan
| Jenis Polisi | Kelebihan | Kekurangan |
| Pihak Ketiga | Premium lebih rendah, sesuai untuk kereta lama bernilai rendah, proses pembaharuan ringkas | Tiada perlindungan untuk kereta sendiri, risiko kewangan besar jika berlaku kerosakan/banjir/kecurian |
| Komprehensif | Melindungi kereta anda & pihak ketiga, termasuk kemalangan, kecurian, kebakaran, bencana | Premium lebih tinggi, sesetengah add-on perlindungan perlu dibeli berasingan |

Kesimpulan
Pilihan antara pihak ketiga dan komprehensif bergantung kepada keadaan kereta dan keperluan anda. Fahami perbezaan insurans kereta pihak ketiga dan komprehensif supaya anda dapat membuat keputusan yang lebih tepat. Dengan Bjak, anda boleh bandingkan pelbagai panel insurans secara mudah dan pilih polisi yang sesuai dengan bajet serta gaya hidup anda.
Baca Juga:
Pilihan Pemandu Muda Malaysia untuk Insurans Kereta

