Pengenalan
Ramai pemandu pernah dengar kes tuntutan insurans ditolak, tapi tak ramai yang faham sebab sebenar di sebalik keputusan tu. Kadang-kadang bukan sebab syarikat insurans nak lepas tangan — tapi kerana kesilapan kecil masa pembelian polisi atau proses tuntutan. Dalam artikel ni, kita akan tengok antara punca paling biasa dan cara elak supaya tuntutan anda berjalan lancar.
1. Maklumat Dalam Polisi Tak Tepat
Ini antara sebab utama tuntutan gagal. Contohnya:
- Nama atau nombor IC salah.
- Nombor casis atau plat kenderaan tak sepadan dengan rekod JPJ.
- Alamat pemilik tak dikemas kini.
Penyelesaian: Semak semua maklumat dalam sijil polisi dan Vehicle Ownership Certificate (VOC) sebelum buat tuntutan. Kalau renew melalui BJAK, data biasanya diisi automatik dari JPJ untuk elak kesilapan manual.
2. Lesen Memandu Tamat Tempoh atau Tidak Sah
Kalau pemandu yang terlibat dalam kemalangan tak ada lesen sah (atau digantung), syarikat insurans berhak tolak tuntutan.
Pastikan lesen anda aktif dan bukan lesen “L” bila memandu kenderaan berinsurans.
3. Kelewatan Laporkan Kemalangan
Ramai fikir boleh lapor “nanti-nanti”, tapi sebenarnya laporan perlu dibuat dalam masa 24 jam. Jika gagal, syarikat boleh menolak tuntutan.
Laporkan segera ke balai polis dan hubungi panel bengkel atau hotline insurans untuk tindakan lanjut.

4. Tak Ikut Prosedur Tuntutan Betul
Ada pemilik terus hantar ke bengkel biasa tanpa rujuk bengkel panel, menyebabkan proses tuntutan tak diterima.
Gunakan bengkel panel yang diluluskan oleh syarikat insurans supaya proses sah dan cepat.
5. Polisi Dah Tamat atau Ada “Gap in Cover”
Kalau tempoh insurans dah luput walaupun sehari, tuntutan semasa kemalangan berlaku takkan diluluskan.
Elak situasi ni dengan pembaharuan awal melalui BJAK, di mana polisi dikeluarkan serta-merta dan perlindungan aktif pada hari yang sama (selagi tiada isu pada rekod).
6. Tuntutan Tak Layak Ikut Jenis Perlindungan
Ramai pemilik salah faham tentang had perlindungan. Contohnya:
- Tuntut kerosakan kereta sendiri padahal guna pelan Third Party.
- Tuntut banjir tapi tak ada add-on Special Perils.
Fahami betul-betul jenis perlindungan anda dan pertimbangkan tambah add-on yang relevan bila renew tahun depan.
Kesimpulan
Elak tuntutan insurans ditolak dengan pastikan semua maklumat tepat, lesen sah, laporan cepat, dan polisi aktif. Beli atau renew melalui BJAK untuk semakan automatik, proses mudah, dan perlindungan segera — supaya anda tak pening kepala bila tiba masa nak buat claim.
Baca Juga:
Apa Insuran Kenderaan & Kenapa Perlu Ada

