Skip to content
Home » Cara Nak Cari Insurans Motor Murah

Cara Nak Cari Insurans Motor Murah

    insurans motor murah - cover

    Insurans kenderaan merupakan suatu perkara yang perlu diambil berat semua pemilik kenderaan di Malaysia. Ia bukan sahaja bertujuan untuk melindungi pemilik kenderaan daripada sebarang kejadian yang tak diingini, malahan ia juga merupakan suatu perkara yang telah termaktub di bawah undang-undang jalan raya di Malaysia.

    Oleh yang demikian, semua pemilik kenderaan di Malaysia wajib memiliki insurans yang sah. Insurans ini terdapat dalam pelbagai jenis. Ada yang murah dan ada yang mahal. Harga itu merupakan subjektif kerana ada yang mementingkan perlindungan dan ada juga yang tidak berkemampuan akan lebih memilih untuk memandang ke arah harga.

    Umum mengetahui bahawa harga insurans motor kebiasannya lebih murah berbanding insurans kereta. Bagi yang pertama kali hendak membeli insurans motor dan tidak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan harga insurans motor murah, artikel ini adalah untuk anda. Teruskan membaca untuk mengetahui berkenaan cara-cara nak dapatkan harga insurans motor murah yang terdapat di pasaran.

    Banding harga dari pelbagai syarikat insurans

    Pertama sekali, buat perbandungan harga dari pelbagai syarikat insurans. Gunakan laman web perbandingan insurans atau hubungi secara lagsung syarikat-syarikat tersebut untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang harga dan perlindungan yang ditawarkan.

    Ketahui keperluan perlindungan anda

    Sebelum membuat sebarang keputusan, tentukan keperluan perlindungan anda. Faktor-faktor seperti nilai kenderaan, tempoh polisi, dan tahap perlindungan yang diinginkan boleh mempengaruhi harga insurans. Pastikan anda pilih perlindungan yang mencukupi untuk keperluan dan gaya hidup anda.

    Ambil tahu tentang diskaun dan promosi

    Banyak syarikat insurans menawarkan pelbagai jenis diskaun dan promosi. Ambil tahu berkenaan diskaun yang boleh anda nikmati, seperti diskaun tidak membuat tuntutan, diskaun pemandu berpengalaman, atau diskaun pelajar. Juga, pastikan anda memanfaatkan promosi yang mungkin sedang berlangsung.

    Pilih nilai pasaran yang betul

    Pilih nilai pasaran yang sesuai untuk kenderaan anda. Nilai pasaran adalah nilai kenderaan semasa yang digunakan untuk mengira jumlah pampasan. Memilih nilai yang terlalu tinggi boleh meningkatkan premium insurans anda, manakala nilai yang terlalu rendah mungkin tidak mencukupi jika berlaku kehilangan atau kerosakan besar.

    Pertimbangkan untuk ambil perlindungan tambahan

    Selain daripada perlindungan asas, pertimbangkan untuk menambah perlindungan tambahan yang sesuai dengan keperluan anda. Ini mungkin termasuk perlindungan menaik taraf, perlindungan terhadap kemalangan, atau perlindungan tambahan terhadap kecurian.

    Tuntutan berulang

    Tuntutan yang kerap dapat menyebabkan premium insurans meningkat. Cuba elak untuk membuat tuntutan kecil dan pertimbangkan untuk menanggung kos pembaikan sendiri jika ia adalah jumlah yang kecil berbanding dengan kehilangan potensi diskaun di masa akan datang.

    Kaji semula polisi anda secara berkala

    Kehidupan dan keperluan anda boleh berubah dari masa ke masa. Oleh itu, kaji semula polisi insurans anda secara berkala untuk memastikan ia masih mencukupi untuk keadaan semasa. Anda mungkin menemui pelan yang lebih sesuai dengan keperluan baru anda.

    Cari maklum balas dan ulasan pelanggan

    Sebelum membuat keputusan, baca ulasan pelanggan dan cari maklum balas tentang pengalaman orang lain dengan syarikat insurans tersebut. Ini dapat memberikan anda pandangan yang lebih baik tentang reputasi dan perkhidmatan mereka.

    Insurans motor murah di BJAK

    Nak cari insurans motor murah bukannya mudah dan prosesnya agak memakan masa jika anda tidak tahu cara yang mudah untuk mencarinya. Jika anda nak senang, layari sahaja Bjak. Bjak merupakan platform perbandingan insurans nombor 1 di Malaysia. Hanya dengan satu klik sahaja, anda akan menerima banyak sebut harga daripada 23 jenama insurans. Dari yang murah hinggalah ke mahal. Pilih mana yang anda mahukan dan polisi insurans anda akan diaktifkan segera. Klik butang dibawah untuk dapatkan sebut harga.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: