Skip to content
Home » Ketahui Cara Nak Semak Tarikh Luput Insurans Kenderaan Anda

Ketahui Cara Nak Semak Tarikh Luput Insurans Kenderaan Anda

    semak tarikh luput insurans - cover

    Seperti yang anda sedia maklum, insurans kenderaan mempunyai tarikh luput dan perlu diperbaharui setiap tahun. Jika anda memandu dengan polisi insuran kereta yang telah tamat tempoh, baik anda berhati-hati. Ini kerana, anda boleh didenda sebanyak RM300 daripada JPJ, dan sudah tentunya anda tidak mahu duit anda terbuang kerana terpaksa membayar denda. Jika anda nak elak daripada perkara itu, baik anda semak tarikh luput insurans kereta anda sekarang! Tak tahu caranya? Baca artikel ini kerana kami akan jelaskan cara-cara yang boleh anda ikuti.

    Semak secara dalam talian

    Tak ingat dekat mana anda simpan polisi insurans kereta atau nota perlindungan anda? Tiada masalah! anda sebenarnya boleh semak tarikh luput anda secara dalam talian dengan melayari platform MyCarInfo secara percuma.

    Langkah 1: Isikan butiran di MyCarInfo

    Pergi ke MyCarInfo (Pertanyaan Dalam Talian NCD). Masukkan nombor plat dan nombor kad pengenalan pemilik kereta. Setelah selesai, klik pada butang “DAPATKAN LAPORAN NCD SAYA.”

    Jika kereta anda didaftarkan di bawah syarikat, sila masukkan nombor pendaftaran syarikat. Perkhidmatan percuma ini boleh digunakan untuk mana-mana kenderaan, termasuk motosikal dan kenderaan yang disewa.

    Langkah 2 : Semak tarikh luput insurans kereta

    Dan anda sudah selesai! Hanya rujuk kepada “Tempoh Perlindungan Polisi Semasa” untuk mengetahui tempoh perlindungan insurans sedia ada anda.

    Anda juga akan memperoleh maklumat seperti berikut:

    1. Peratusan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) Seterusnya.
    2. Tarikh kuat kuasa NCD seterusnya
    3. Peratusan NCD semasa
    4. Tarikh kuat kuasa NCD semasa

    Bonus: Semak status polisi insurans

    Katakan bahawa anda ingin mengetahui lanjut tentang insurans sedia ada anda, anda boleh menggunakan “I-Search”, satu lagi perkhidmatan percuma oleh MyCarInfo.

    Beberapa maklumat yang anda boleh boleh dapatkan melalui “I-Search” termasuk anda:

    • Pembekal insurans
    • Jenis perlindungan
    • Status polisi insurans

    Langkah 1: Isikan butiran di MyCarInfo

    Pergi ke MyCarInfo (I-Search). Masukkan nombor plat, nama dan alamat e-mel anda. Setelah selesai, klik pada butang “PERTANYAAN.”

    Langkah 2: Dapatkan maklumat polisi insurans

    Selesai! anda akan dapat melihat pembekal insurans anda, jenis perlindungan dan status polisi insurans anda sama ada ia masik aktif atau tidak lagi aktif.

    Perbaharui insurans kereta di Bjak

    Oleh itu, jika anda terlupa tarikh luput insurans kereta anda, hanya rujuk polisi insurans atau nota perlindungan anda. Cara yang lebih mudah ialah dengan menyemak tarikh luput secara dalam talian menggunakan Pertanyaan NCD atau I-Search di MyCarInfo.

    Di Bjak, anda boleh memperbaharui insurans kereta anda secara dalam talian di mana-mana sahaja anda berada. Jika anda tidak ingat tarikh luput anda, hubungi Bjak ikut suka hati anda!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: