Skip to content
Home » Sebab Insurans Kereta Pihak Ketiga Lebih Murah Berbanding Lain

Sebab Insurans Kereta Pihak Ketiga Lebih Murah Berbanding Lain

    insurans pihak ketiga - cover

    Di Malaysia, insurans kereta selalunya terdapat dalam tiga jenis iaitu insurans konvensional, insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian serta insurans pihak ketiga. Walau bagaimanapun, tidak semua kenderaan sesuai untuk menggunakan insurans pihak ketiga terutamanya untuk kenderaan baru.

    Ini kerana, insurans pihak ketiga ini lazimnya akan diambil oleh pemilik kenderaan yang mempunyai kenderaan berusia. Disebabkan harganya murah, jadi sudah semestinya perlindungan yang ditawarkan untuk kenderaan juga tidak menyeluruh. Namun begitu, pernahkah anda terfikir berkenaan mengapa insurans pihak ketiga ini boleh menjadi begitu murah. Untuk mengetahui perkara tersebut, teruskan membaca artikel ini.

    Perlindungan yang terhad

    Insurans pihak ketiga memberikan perlindungan yang lebih terhad berbanding insurans komprehensif. Ia terutamanya melibatkan kos pembaikan dan ganti rugi harta benda pihak ketiga. Oleh itu, kos premium yang dikenakan adalah lebih rendah kerana jumlah perlindungan yang disediakan adalah lebih sederhana.

    Kos dan manfaat

    Insurans pihak ketiga menawarkan ketelusan dari segi kos dan manfaat yang disediakan. Dengan memberi tumpuan kepada pembaikan dan ganti rugi harta benda pihak ketiga, syarikat insurans dapat menetapkan premium yang lebih rendah berbanding polisi yang merangkumi lebih banyak manfaat.

    Risiko yang dikurangkan

    Pemilik kenderaan yang memilih insurans pihak ketiga mungkin dianggap sebagai kumpulan yang kurang berisiko oleh syarikat insurans. Ini kerana, insurans kenderaan pihak ketiga tidak melibatkan perlindungan untuk kerosakahargan kenderaan sendiri, dan ini dapat menyebabkan kurangnya tuntutan yang akan dikemukakan, menjadikan risiko yang lebih rendah untuk syarikat insurans.

    Kenderaan yang berusia atau bernilai rendah

    Insurans pihak ketiga lazimnya menjadi pilihan yang lebih sesuai untuk kenderaan yang sudah berusia atau bernilai rendah. Pemilik kenderaan mungkin merasakan bahawa premium yang lebih rendah adalah pilihan yang lebih baik jika kos untuk membaiki kenderaan mereka sendiri mungkin tidak sepadan dengan nilai kenderaan.

    Faktor-faktor pemandu

    Status pemandu, pengalaman memandu, dan rekod pemanduan juga boleh mempengaruhi harga premium insurans. Insurans pihak ketiga mungkin menjadi pilihan yang lebih mesra poket untuk pemandu yang mempunyai rekod pemanduan yang baik dan pengalaman yang luas.

    Insurans pihak ketiga di BJAK

    Insurans pihak ketiga mungkin akan menjadi pilihan yang lebih mesra poket untuk sesetengah pemilik kenderaan. Walaupun ia menawarkan perlindungan yang lebih terhad, tetapi bagi mereka yang mencari pilihan yang lebih mampu, insurans pihak ketiga boleh menjadi jalan penyelesaian yang berpatutan. Pemilik kenderaan perlu menilai keperluan dan bajet mereka sebelum membuat keputusan mengenai jenis insurans yang sesuai untuk mereka.

    Bagi anda yang sedang mencari insurans pihak ketiga, dapatkannya di platform insurans nombor 1 Malaysia iaitu BJAK. Jika anda malas nak buat perbandingan, kunjungi sahaja ke laman web BJAK. terdapat 23 jenama insurans yang menawarkan polisi insurans yang anda mahukan. Dapatkan sebut harga insurans kereta sekarang. Klik sahaja butang di bawah ini untuk mendapatkannya.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: