Skip to content
Home » JPJ Laksana Ops Khas Sempena Aidiladha

JPJ Laksana Ops Khas Sempena Aidiladha

    Sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini telah ditetapkan pada 10 Julai 2022, bersamaan hari Ahad.

    Susulan itu, orang ramai pastinya akan mengambil peluang ini untuk bercuti atau beraya di kampung ekoran cuti panjang yang diberikan.

    Namun perhatian kepada semua. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kenderaan anda telah berada dalam keadaan baik di samping mematuhi piawaian, peraturan serta standard yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. 

    Ops Khas Aidiladha

    Sempena perayaan Aidiladha yang akan disambut hujung minggu ini, JPJ memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2022 bermula 7 dan 8 Julai serta 12 dan 13 Julai.

    Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Perancangan dan Operasi) Aedy Fadly Ramli seperti memetik laporan berkata, operasi itu dilakukan bertujuan untuk mengesan, memantau dan mengambil tindakan terhadap kenderaan awam. Ia termasuk pemandu yang dikesan gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

    Katanya, operasi kali ini akan memberi fokus kepada tindakan penguatkuasaan lebih tegas terhadap sembilan kesalahan utama yang menjadi punca kemalangan. 

    Antaranya termasuklah kesalahan memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang keledar (kereta) atau topi keledar (motosikal), membawa lebih muatan dan muatan bahaya. 

    “Pada masa sama, kita juga mahu memastikan sembilan kesalahan utama yang menjadi punca kemalangan dan kematian dipatuhi sepenuhnya oleh pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal dan pemandu kenderaan persendirian.

    “Selain itu, kita mahu memastikan keselamatan perjalanan pengguna jalan raya ke arah kelancaran trafik bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya di musim perayaan,” katanya. 

    Kesan kesalahan tiada lesen memandu/ roadtax tamat tempoh

    Dalam pada itu, Aedy turut memaklumkan bahawa dalam operasi itu juga, anggotanya akan mengambil tindakan sita terhadap mana-mana penunggang atau pemandu yang didapati menggunakan kenderaan tanpa lesen memandu serta cukai jalan yang tamat tempoh. 

    Justeru, beliau mengingatkan orang ramai untuk mematuhi peraturan jalan raya dan tidak melakukan kesalahan agar dapat sampai ke destinasi dengan selamat. 

    Renew lesen dan roadtax anda

    Roadtax adalah sejenis cukai yang dikenakan terhadap setiap pemilik kenderaan bermotor di Malaysia

    Susulan itu, Bjak sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk memastikan diri anda memiliki lesen memandu yang sah serta kenderaan dilengkapi dengan cukai jalan serta insurans yang belum tamat tempoh.

    Jika insurans dan cukai jalan sudah atau hampir tamat, sila perbaharui segera hari ini untuk perjalanan yang lebih selamat. Bagi urusan yang lebih mudah, buat sahaja secara online di Bjak. Anda boleh perbaharui kedua-dua insurans dan cukai jalan sekaligus dalam hanya kurang 10 minit sahaja.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: