Skip to content
Home » Bantuan Tepi Jalan: Apakah Ia & Adakah Anda Perlukan Servis Ini?

Bantuan Tepi Jalan: Apakah Ia & Adakah Anda Perlukan Servis Ini?

    Servis bantuan tepi jalan

    Kerosakan kereta boleh berlaku tanpa diduga. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan ia berlaku seperti tayar pancit, kehabisan minyak atau bateri sehingga pada akhirnya kereta berhenti di tengah jalan secara tiba-tiba. Lebih malang lagi, tidak semua pemilik kenderaan menyimpan alatan-alatan penting di dalam kereta untuk membaiki kerosakan kereta mereka di tempat kejadian.

    Di sinilah servis bantuan tepi jalan memainkan peranan penting. Bantuan tepi jalan adalah satu bentuk perlindungan yang diberikan oleh syarikat insurans jika kereta anda rosak di atas jalan raya.

    Kebanyakan syarikat insurans menawarkan perlindungan ini untuk pemegang polisi insurans kereta 1st party. Walau bagaimanapun, jika perlindungan insurans kereta anda tidak memasukkan servis bantuan tepi jalan ini, anda mungkin boleh mendapatkannya sebagai tambahan.

    Apakah yang dilindungi dalam servis bantuan tepi jalan?

    Bantuan tepi jalan adalah servis yang diberikan jika kereta anda rosak ketika sedang memandu

    Bantuan tepi jalan meliputi pelbagai servis atau perkhidmatan yang berbeza-beza mengikut penyedia insurans. Berikut adalah beberapa bentuk bantuan tepi jalan yang biasa diberikan oleh pihak insurans:

    Bantuan tunda kecemasan

    Bantuan tepi jalan termasuk khidmat tunda kecemasan

    Perkhidmatan tunda kereta sangat penting sekiranya berlaku kerosakan pada kereta. Ia menyediakan perkhidmatan untuk menunda kereta anda ke bengkel jika kereta anda tidak boleh dibaiki di tempat kejadian.

    Bergantung pada jarak dan masa, perkhidmatan tunda kereta persendirian mungkin menelan kos sehingga ratusan ringgit.

    Namun, anda tidak perlu risau sekiranya anda mempunyai insurans komprehensif. Ini kerana kebanyakan syarikat insurans menawarkan servis khidmat tunda secara percuma kepada pemegang polisi komprehensif mengikut jarak atau kos (jumlah) tertentu. Ini bermakna, anda hanya perlu menanggung kos tambahan jika jarak menunda melebihi had.

    Servis pembaikan tepi jalan kecemasan

    Servis pembaikan kecemasan ditawarkan untuk kerosakan minor

    Juruteknik khusus bagi servis bantuan tepi jalan akan datang kepada anda dan melihat masalah kenderaan anda. Berikut adalah beberapa pembaikan di tepi jalan yang biasa disediakan oleh syarikat insurans:

    • Jumpstart dan penggantian bateri
    • Penukaran tayar pancit
    • Bantuan penghantaran minyak petrol

    *Nota: Perkhidmatan di atas hanya akan menampung kos buruh. Anda mungkin perlu membayar bagi kos alat ganti.

    Perkhidmatan lain

    Perkhidmatan yang disenaraikan di atas biasanya disertakan dalam pakej bantuan tepi jalan.

    Sesetengah syarikat insurans menyediakan perkhidmatan tambahan lain untuk situasi tertentu yang anda mungkin tidak jangkakan sehinggalah anda mengalaminya di jalan raya. Perkhidmatan tambahan lain untuk bantuan tepi jalan adalah seperti berikut:

    Bantuan perjalanan alternatif

    Ia boleh membantu anda menempah teksi, membuat tempahan hotel atau menyewa kereta sekiranya kereta anda mengalami kerosakan.

    *Pemegang polisi menanggung kos sewa kereta dan penginapan hotel.

    Ambulans

    Anda boleh mendapatkan bantuan perkhidmatan ambulan jika mengalami kecederaan serius

    Ia menyediakan perkhidmatan dan pengangkutan ambulans sekiranya berlaku penyakit atau kecederaan yang mengancam nyawa.

    Penghantaran maklumat kecemasan

    Ia menawarkan servis menghantar mesej kecemasan kepada keluarga, rakan atau rakan sekerja pemegang polisi ketika berlakunya kecemasan secara percuma atas permintaan.

    Penghantaran balik kenderaan ke Malaysia

    Perkhidmatan pengangkutan turut diberikan jika kereta anda rosak luar dari Malaysia

    Bantuan tepi jalan mungkin juga termasuk perkhidmatan pengangkutan sekiranya kereta anda rosak atau mengalami kemalangan di luar negara, biasanya tersedia untuk kejadian yang berlaku di Singapura, Thailand dan Brunei.

    Sebagai contoh, perkhidmatan Bantuan IKHLAS terpakai di Malaysia dan Singapura. Selain itu, ia juga terpakai di wilayah Selatan Thailand dan Brunei, dalam radius 25km dari sempadan Malaysia.

    Perlukah anda mendapatkan perlindungan bantuan tepi jalan?

    Kebanyakan syarikat insurans kereta menawarkan manfaat ini sebagai manfaat tambahan di dalam polisi komprehensif. Walau bagaimanapun, faedah yang diberikan mungkin berbeza-beza.

    Sila semak polisi anda untuk memahami sepenuhnya perlindungan yang diberikan. Jika anda layak mendapat perkhidmatan percuma seperti yang dinyatakan di dalam pelan polisi anda, anda haruslah memanfaatkannya.

    Anda digalakkan untuk mempertimbangkan perlindungan tambahan ini jika polisi anda tidak memberikan mana-mana manfaat di atas.

    Senarai bantuan tepi jalan yang ditawarkan oleh beberapa syarikat insurans

    Allianz Malaysia

    • Percuma khidmat tunda kecemasan 24 jam tanpa had jarak
    • Percuma penggantian kereta
    • Perlindungan banjir 

    Etiqa

    • Percuma khidmat tunda 24 jam sehingga 200km
    • Pertolongan perjalanan alternatif
    • Bantuan pemindahan kecemasan
    • Penghantaran balik kenderaan ke Malaysia
    • Penghantaran mesej kecemasan
    • Bantuan lanjutan kepada keluarga dan rakan-rakan

    AmAssurance

    • Percuma khidmat tunda 24 jam dalam jarak 50km pergi balik (30km untuk Sabah & Sarawak)
    • Bantuan kerosakan kereta (​pertukaran tayar pancit, jumpstart, penggantian bateri)

    Insurans Liberty

    • Percuma khidmat tunda untuk kemalangan dan kerosakan
    • Bantuan kerosakan kereta (jumpstart, penggantian bateri, penghantaran petrol, penggantian tayar)
    • Pertolongan perjalanan alternatif
    • Bantuan pemindahan kecemasan
    • Perkhidmatan ambulans antara negeri
    • Bantuan tepi jalan antarabangsa

    MPI Generali

    • Percuma khidmat tunda 24 jam di seluruh negara
    • Bantuan kerosakan (penghantaran bateri kecemasan)
    • Penghantaran mesej kecemasan
    • Bantuan pembaikan kereta yang dicuri
    • Pertolongan perjalanan alternatif
    • Penginapan

    Takaful Ikhlas

    • Percuma khidmat tunda 24 jam dalam jarak 100 km dari tempat kerosakan
    • Bantuan kerosakan kereta (jumpstart, penggantian bateri, penggantian tayar)
    • Penghantaran mesej kecemasan
    • Sewa kereta dan penginapan

    RHB

    • Percuma khidmat tunda 24 jam (dalam atau luar Malaysia)
    • Bantuan kerosakan kereta
    • Bantuan teksi dan penginapan hotel

    Pacific & Orient

    • Perkhidmatan tunda percuma 24 jam sehingga RM350 (untuk kereta) dan sehingga RM150 (untuk motosikal)
    • Bantuan kerosakan kereta (pembaikan minor di tepi jalan, penggantian bateri dan tayar, kerosakan sistem penggera, jumpstart kereta)

    Lebih bersedia dengan adanya perkhidmatan bantuan jalan raya

    Bantuan tepi jalan boleh mengurangkan kekusutan anda jika berlaku sebarang kecemasan terhadap kenderaan anda.

    Bandingkan pilihan anda dengan sebarang perlindungan yang disediakan bagi melihat perkara yang anda perlukan sebelum membeli pelan insurans. Anda boleh membandingkan manfaat dan harga polisi insurans kereta dengan mudah di Bjak. Layari Bjak untuk mendapatkan sebut harga insurans kereta percuma anda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: