Skip to content
Home » JPJ Semak Roadtax: Cek Tarikh Luput & Renew Roadtax

JPJ Semak Roadtax: Cek Tarikh Luput & Renew Roadtax

    jpj semak roadtax

    Dah hampir setahun miliki kereta, kini tiba masa untuk renew roadtax? Tapi terlupa dan tidak pasti pula bila tarikh roadtax atau cukai jalan tamat tempoh? Jangan risau! Anda boleh sahaja semak tarikh luput roadtax secara online termasuklah di laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Ayuh teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahuinya caranya dengan lebih lanjut. Semoga membantu anda!

    Cara semak roadtax JPJ

    Menerusi portal JPJ

    Sebenarnya, tidak sukar untuk menyemak tarikh luput roadtax kereta anda. Jika anda sudah tidak miliki pelekat atau sticker roadtax kereta (yang mana sebelum ini boleh disemak hanya melalui sticker roadtax), anda juga boleh menyemaknya secara online di portal JPJ.

    Ini langkah-langkah mudah yang perlu anda ikuti:

    1. Layari laman web rasmi JPJ di https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-tarikh-luput-lesen
    2. Masukkan maklumat anda seperti yang tertera di bawah
    Langkah 1 semak roadtax jpj
    1. Maklumat mengenai tarikh mula dan tamat roadtax anda akan dipaparkan di bahagian bawah. Selain itu, tarikh tamat insurans juga turut akan dinyatakan seperti ini:
    semak roadtax jpj

    Semak roadtax menerusi aplikasi myJPJ

    Nak lagi mudah semak tarikh tamat roadtax anda? Lihat sahaja menerusi aplikasi myJPJ yang mungkin telah dimuat turun oleh anda untuk mendapatkan roadtax digital.

    Menerusi aplikasi myJPJ itu, ada dipaparkan terus bila roadtax atau cukai jalan anda akan tempoh. Nak cek untuk lesen memandu sekali pun boleh!

    Jika anda masih belum memuat turun aplikasi myJPJ di dalam telefon bimbit anda, jom lakukannya menerusi langkah-langkah yang akan dikongsikan di bawah ini. Secara tidak langsung, anda bolehlah dapatkan roadtax digital sekali!

    download aplikasi myJPJ untuk semak roadtax
    myJPJ
    aplikasi myJPJ
    aplikasi myJPJ
    aplikasi myJPJ
    aplikasi myJPJ

    Perlukah saya renew roadtax di JPJ jika sudah tamat tempoh

    Sebenarnya, kini anda sudah tidak perlu mengunjungi mana-mana cawangan JPJ semata-mata untuk perbaharui cukai jalan anda. Apatah lagi apabila cukai jalan digital sudah diperkenalkan dan anda tidak perlu lagi mendapatkan pelekat roadtax. Cukup sahaja anda perbaharuinya secara online seperti di Bjak. Bukan sahaja roadtax, anda juga boleh renew insurans anda sekaligus dalam hanya 5 minit sahaja!

    Namun begitu, terdapat beberapa keadaan tertentu yang memerlukan roadtax untuk diperbaharui di JPJ iaitu:

    1. Kenderaan untuk perkhidmatan e-hailing
    2. Kenderaan tidak memperbaharui roadtax melebihi 3 tahun daripada tarikh luput roadtax (anda perlu melakukan pemeriksaan kereta di PUSPAKOM dahulu).
    3. Pemilik kenderaan telah meninggal dunia (pembaharuan cukai jalan dibenarkan untuk tempoh 6 bulan sahaja)

    Tiada sebarang dokumen diperlukan, anda hanya perlu mengemukakan MyKad apabila memperbaharui roadtax di JPJ.

    Untuk tempoh berapa lamakah saya boleh perbaharui roadtax?

    Berbeza dengan insurans yang mana hanya boleh diperbaharui untuk tempoh 1 tahun sahaja, anda boleh memilih untuk memperbaharui roadtax anda bagi tempoh 6 bulan atau 12 bulan (1 tahun) ya. 

    Ini bermakna, ketika pembaharuan insurans dan roadtax nanti, anda bolehlah membeli insurans kereta untuk tempoh 1 tahun dan renew pula roadtax anda untuk jangka masa 6 bulan sahaja. Apabila roadtax untuk tempoh 6 bulan tersebut telah tamat tempoh, kemudian anda renew sahajalah roadtax anda untuk tempoh 6 bulan lagi. Insurans kereta tidak perlu renew dah.

    Harga untuk pembaharuan roadtax bagi tempoh 6 bulan dan 1 tahun sudah tentulah berbeza. Anda hanya perlu membayar setengah daripada harga jika anda renew roadtax bagi tempoh 1 tahun.

    Nak tahu harga roadtax kereta untuk tempoh 1 tahun? Rujuk artikel ini:  Senarai Harga Roadtax Kereta Bagi Tahun 2023 

    Pastikan roadtax kereta sentiasa aktif

    Jangan biarkan kenderaan anda dipandu tanpa roadtax yang sah. Selain daripada mengelakkan diri anda daripada dikenakan saman, roadtax juga penting bagi memastikan tuntutan insurans anda (jika berlaku sesuatu pada kenderaan) nanti mudah dan lancar tanpa sebarang pertikaian.

    Nak lebih mudah renew roadtax dan insurans? Jom layari Bjak sekarang! Renew insurans serta roadtax sekaligus dan pilih sama ada untuk mendapatkan sticker roadtax atau digital sahaja. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: