Skip to content
Home » Mengapa Kadar Cukai Jalan JPJ Di Sabah & Sarawak Lebih Murah?

Mengapa Kadar Cukai Jalan JPJ Di Sabah & Sarawak Lebih Murah?

    kadar cukai jalan jpj

    Selepas sekian lama memiliki kenderaan, pernah atau tidak anda perasan bahawa kadar cukai jalan JPJ yang dikenakan terhadap kenderaan di bahagian Semenanjung Malaysia adalah berbeza dengan kenderaan di Sabah dan Sarawak?

    Jika diperhatikan, kiraan roadtax bagi kenderaan di negeri Sabah dan Sarawak adalah jauh lebih murah berbanding di Semenanjung Malaysia. Mengapa ya ia berlaku?

    Jom kami kongsikan penjelasan lanjut mengenainya menerusi perkongsian pada artikel ini.

    Fahami faktor penentuan kadar cukai jalan JPJ

    Cukai jalan atau nama rasminya Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) adalah diwajibkan untuk semua kenderaan di Malaysia termasuklah kenderaan persendirian, komersial, pacuan dua roda, empat roda dan sebagainya. Tanpa cukai jalan, seseorang pemandu itu tidak layak untuk menggunakan kenderaan tersebut di atas jalan raya, meskipun dia masih memiliki lesen memandu yang sah.

    Perlu anda ingat bahawa cukai jalan perlu diperbaharui pada setiap tahun sebelum ia tamat tempoh. Namun bagi mendapatkan cukai jalan, anda perlulah terlebih dahulu mendapatkan perlindungan insurans buat kenderaan anda itu.

    Penentuan bagi kadar cukai jalan dan insurans adalah berbeza. Harga cukai jalan sememangnya lebih murah berbanding insurans. Dan berbeza dengan insurans yang mana harganya berubah-ubah pada setiap tahun, harga bagi roadtax pula adalah sama sahaja selagi mana anda tidak menukar kenderaan anda itu.

    Untuk memahami bagaimana kadar cukai jalan JPJ ditentukan, sila baca penjelasan di bawah:

    Harga cukai jalan di Malaysia ditetntukan mengikut beberapa faktor seperti kapasiti enjin kenderaan (cc), lokasi geografi kenderaan, jenis kenderaan dan juga jenis pemilikan kenderaan.

    Kapasiti enjin (cc)

    Untuk makluman anda, semakin besar kapasiti enjin sesebuah kenderaan, semakin tinggi harga atau kadar cukai jalan JPJ yang akan dikenakan. Ini kerana, kenderaan dengan kapasiti enjin yang besar akan menyebabkan lebih banyak pencemaran berbanding kenderaan dengan kapasiti enjin yang lebih kecil.

    Lokasi

    Kadar cukai jalan bagi kenderaan di Sabah dan Sarawak adalah lebih murah berbanding di bahagian Semenanjung Malaysia. Mengapa? Baca penjelasan lanjut di bawah nanti.

    Jenis kenderaan

    Jenis kenderaan boleh dibahagikan kepada kenderaan jenis saloon dan non-saloon. Kenderaan saloon termasuklah kenderaan jenis sedan, hatchback, wagon atau berhud. Manakala kenderaan jenis bukan salun pula adalah MPV, SUV, 4×4 serta kenderaan komersial.

    Jenis kenderaan saloon dan non-saloon.

    Jenis pemilikan

    Ia merujuk kepada kenderaan milik persendirian atau syarikat. Jika sesebuah kenderaan itu berdaftar di bawah nama syarikat, maka ia akan dikelaskan sebagai kereta komersial. Biasanya harga roadtax untuk kenderaan komersial adalah lebih mahal berbanding untuk kenderaan persendirian.

    Berdasarkan faktor-faktor di atas, berikut adalah jadual harga roadtax yang mungkin anda boleh fahami – untuk kenderaan persendirian sahaja:

    kereta jenis non-saloon
    Model Saloon Semenanjung
    Model non-saloon Sabah & Sarawak

    Mengapa kadar cukai jalan JPJ di Sabah & Sarawak lebih murah berbanding Semenanjung?

    Mungkin anda pernah tertanya mengapa kadar cukai jalan JPJ bagi kenderaan di Semenanjung lebih mahal berbanding di Sabah & Sarawak.

    Ini penjelasannya.

    Untuk pengetahuan anda, infrastruktur dan keadaan jalan di Sabah dan Sarawak boleh dikatakan berbeza dengan di Semenanjung. Bahkan keadaan serta permukaan jalan yang digambarkan sebagai agak teruk juga menyebabkan ramai dalam kalangan penduduk di sana terpaksa menggunakan kenderaan jenis 4×4 bagi memudahkan perjalanan khususnya ke kawasan pedalaman.

    Disebabkan itulah kerajaan mengenakan kadar cukai jalan yang lebih rendah di dua negeri berkenaan supaya kelihatan lebih adil dan setimpal dengan keadaan jalan di situ.

    Jadi, jangan pelik ya mengapa anda perlu bayar lebih berbanding penduduk di Sabah & Sarawak meskipun untuk kenderaan dengan kapasiti enjin yang sama.

    Kiraan roadtax motor

    Sama seperti kereta, harga roadtax motor juga berbeza di antara Semenanjung serta Sabah & Sarawak.

    Ini ringkasan jadual harga roadtax motor yang boleh anda rujuk:

    kadar cukai jalan JPJ motor mengikut cc

    Berdasarkan jadual di atas, jika anda pemilik motor dengan kapasiti enjin 2.4 cc, maka harga 2.4cc road tax adalah sebanyak RM50 bagi Semenanjung Malaysia dan RM12 di Sabah dan Sarawak. Jika kapasiti enjin anda lebih besar, maka makin mahallah harganya, dan sebaliknya jika kapasiti enjinnya lebih kecil, maka lebih rendahlah harga roadtax yang perlu anda bayar.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: