Pengenalan
Ramai pemilik kereta akan renew insurans setiap tahun sehingga had tertinggi untuk NCD sahaja. Tetapi majoriti terkejut bila jumlah NCD tersebut mula berturun pada pembelian seterusnya. Ada sahaja beberapa faktor atas sebab jumlah NCD kami boleh menurun atau hilang terus tanpa sedar. Dengan artikel ini akan bincang kenapa NCD turun & cara elak hilang NCD anda sebelum pembelian insurans.
Kenapa NCD Boleh Turun?
- Pertukaran Pemilik atau Kenderaan
Bila anda jual kereta lama dan beli kereta baru tanpa pindahkan NCD, sistem akan anggap anda “mula semula” dari 0%. Ini kesilapan paling biasa. - Pembaharuan Polisi Tidak Tepat Masa
Jika anda biarkan polisi tamat tempoh lebih 12 bulan tanpa diperbaharui, NCD boleh terbatal secara automatik. - Kesalahan Rekod atau Kemas Kini Sistem
Kadang kala, sistem syarikat insurans gagal tarik rekod NCD lama — terutamanya jika polisi asal dibuat di syarikat lain. - Tuntutan Dibatalkan Tetapi Sudah Direkod
Jika pernah buat laporan kemalangan dan kemudian batalkan tuntutan, ada kes di mana sistem masih rekod tuntutan itu sebagai aktif. - Pertukaran Jenis Perlindungan
Menukar daripada Comprehensive kepada Third Party boleh menjejaskan kelayakan NCD dalam sesetengah kes.
Apa Anda Boleh Buat Jika NCD Turun Tanpa Sebab?
| Langkah | Tindakan |
| 1 | Semak status NCD melalui portal JPJ atau platform BJAK. |
| 2 | Sediakan salinan polisi lama dan bukti tiada tuntutan. |
| 3 | Hubungi syarikat insurans untuk semakan semula rekod. |
| 4 | Jika perlu, mohon restoration letter bagi pulihkan diskaun asal. |
Cara Elak NCD Hilang di Masa Depan
- Pastikan pembaharuan dibuat dalam tempoh 12 bulan selepas polisi tamat.
- Pindahkan NCD setiap kali tukar kereta baru.
- Simpan salinan polisi terdahulu sebagai rujukan.
- Gunakan satu platform tetap (contohnya BJAK) untuk elak rekod NCD berselerak.
Kesimpulan
NCD yang turun tanpa sebab memang mengecewakan, tapi dengan sedikit kesedaran dan semakan berkala, anda boleh elak diskaun hilang begitu saja. Gunakan platform seperti BJAK untuk pantau status NCD, perbaharui insurans tepat masa, dan kekalkan penjimatan maksimum hingga 55%.

Baca Juga:
5 Kesilapan Biasa Beli Insurans Kereta

