Skip to content
Home » Kurnia Insurans Kereta: Pelan Komprehensif Untuk Kenderaan

Kurnia Insurans Kereta: Pelan Komprehensif Untuk Kenderaan

    insurans kereta etiqa - cover

    Ramai di antara kita mengiktiraf Kurnia sebagai penyedia insurans yang terkenal di Malaysia sejak ia wujud pada tahun 1978. Sehingga kini, syarikat tersebut menawarkan pelbagai produk insurans untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang berbeza selama beberapa dekad.

    Kurnia insurans kereta ialah salah satu pilihan popular untuk insurans kereta kerana ia menawarkan perlindungan komprehensif untuk melindungi kenderaan dan pemiliknya daripada potensi risiko dan kerugian kewangan.

    Kami akan menerangkan berkenaan pelan insurans dari Kurnia yang tersedia untuk pemilik kereta dalam artikel ini. Kami turut akan menjelaskan berkenaan polisi komprehensif untuk kenderaan persendirian dan sebab untuk anda memilih Kurnia sebagai penanggung insurans anda.

    Pelan Insurans Kereta Kurnia

    Kurnia menawarkan tiga pelan komprehensif dengan pilihan perlindungan berbeza untuk kereta persendirian. Ia adalah Komprehensif Kereta Persendirian, auto365 Comprehensive Plus dan auto365 Comprehensive Premier.

    Ketiga-tiga pelan tersebut melindungi tuntutan kerosakan sendiri, tuntutan kerosakan harta benda pihak ketiga dan tuntutan kecederaan badan pihak ketiga. Komponen setiap pelan ada dinyatakan di bawah.

    Komprehensif Kereta Persendirian

    Ini adalah pelan asas yang menyediakan perlindungan penting untuk kereta. Pelan ini datang dengan faedah berikut:

    1. Bantuan tunda 24/7 untuk kerosakan (percuma sehingga 50km untuk Malaysia Barat / 30km untuk Malaysia Timur)
    2. Bantuan tunda 24/7 untuk kemalangan (sehingga RM200*)
    3. Bantuan kecemasan tepi jalan 24/7
    4. Menamakan pemandu tambahan (percuma untuk pemandu kedua)
    5. Waranti tiga tahun untuk kerja-kerja pembaikan

    auto365 Comprehensive Plus

    Auto365 Plus menawarkan pelan berbaloi dengan perlindungan tambahan untuk kereta. Pelan ini mempunyai empat perlindungan tambahan berbanding pelan Komprehensif Kereta Persendirian.

    1. Bantuan tunda 24/7 untuk kerosakan (percuma sehingga 100km untuk Malaysia Barat / 60km untuk Malaysia Timur)
    2. Bantuan tunda 24/7 untuk kemalangan (sehingga RM200*)
    3. Bantuan kecemasan tepi jalan 24/7
    4. Menamakan pemandu tambahan (percuma untuk semua pemandu yang dibenarkan)
    5. Waranti tiga tahun untuk kerja-kerja pembaikan
    6. Bayaran ambulans (sehingga RM500*)
    7. Ragut dari tingkap (sehingga RM500*)
    8. Sarung penjagaan kunci (sehingga RM500*)
    9. Elaun bantuan banjir (RM1,500*)

    auto365 Komprehensif Premier

    Auto365 Premier ialah jenis insurans kenderaan komprehensif ketiga oleh Kunia. Ia mempunyai perlindungan yang paling lebih meluas berbanding semua pelan lain.

    1. Bantuan tunda 24/7 untuk kerosakan (percuma sehingga 365km*)
    2. Bantuan tunda 24/7 untuk kemalangan (sehingga 365km*)
    3. Bantuan kecemasan tepi jalan 24/7
    4. Menamakan pemandu tambahan (percuma untuk semua pemandu yang dibenarkan)
    5. Waranti tiga tahun untuk kerja-kerja pembaikan
    6. Bayaran ambulans (sehingga RM1,000*)
    7. Ragut dari tingkap (sehingga RM1,000*)
    8. Perlindungan kunci (sehingga RM1,000*)
    9. Elaun bantuan banjir (RM3,000*)
    10. Elaun Ihsan Kehilangan Kenderaan (CALV) (sehingga RM5,000*)

    Kenapa kena pilih Kurnia?

    Dipercayai sejak 1978

    Kurnia adalah salah satu syarikat insurans kedneraan terbesar di Malaysia. Secara purata, ia melindungi satu daripada tujuh kereta di negara ini. Pada masa ini, ia menyediakan lebih daripada empat juta polisi insurans am di seluruh negara.

    Rangkaian sokongan yang luas

    Jenama ini mempunyai rangkaian 30+ cawangan, 6,000+ ejen, 300+ bengkel panel di seluruh negara, dan pelbagai saluran dalam talian untuk memudahkan para pelanggan.

    Bantuan 24 jam

    Kurnia Auto Assist tersedia 24 jam untuk membantu pemegang polisi untuk tuntutan, pertanyaan dan kecemasan.

    Waranti mutu kerja

    Pemegang polisi komprehensif mendapat waranti 3 tahun untuk mutu kerja pembaikan yang dilakukan oleh bengkel panel yang diluluskan.

    Tunda secara percuma jarak jauh

    Pelanggan Kurnia mendapat tunda percuma sehingga 365km sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan.

    Polisi yang boleh disesuaikan

    Sesuaikan polisi anda dengan cukai jalan dan penambahan penting yang lain seperti perlindungan cermin depan secara mudah.

    Dapatkan insurans kereta Kurnia

    Kurnia mempunyai pilihan perlindungan yang luas untuk pemilik kenderaan persendirian. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan insurans kereta Kurnia, layari laman web rasmi mereka untuk terma dan syarat.

    Jika anda ingin memiliki salah satu polisi yang dinyatakan di atas, layari Bjak.my untuk membandingkan harga secara percuma. Platform kami menawarkan semua faedah di atas serta penjimatan besar pada insurans kenderaan anda.

    Pembaharuan boleh dibuat dalam masa 5 minit, dan polisi anda akan diaktifkan pada hari yang sama. Klik butang di bawah untuk butiran lanjut.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: