Skip to content
Home » Cara Nak Renew Lesen Memandu Guna Aplikasi MyJPJ

Cara Nak Renew Lesen Memandu Guna Aplikasi MyJPJ

    renew lesen MyJPJ - cover

    Umum mengetahui bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) sudah tidak lagi mengeluarkan lesen memandu dalam bentuk fizikal. Lesen memandu fizikal ini akan digantikan dengan lesen memandu dalam bentuk digital.

    Ini bermakna, setiap orang akan memiliki lesen memandu digital ketika mereka membuat pembaharuan lesen memandu mereka itu nanti. Walaupun begitu, lesen memandu dalam bentuk fizikal tetap ada namun perlu memohon di kaunter JPJ untuk mendapatkannya.

    Selaras dengan pendigitalan lesen memandu ini, kerajaan turut membangunkan aplikasi untuk memperbaharui lesen memandu ini bagi memudahkan orang ramai. Aplikasi ini adalah merupakan titik perubahan yang akan memudahkan orang ramai dalam hal-hal yang berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti urusan cukai jalan, saman, lesen memandu dan banyak lagi.

    Ya, anda tak salah dengar. Lesen memandu juga turut boleh diuruskan dalam aplikasi ini. Anda kini sudah boleh membuat pembaharuan lesen memandu anda tanpa perlu keluar dari rumah dan pergi ke kaunter fizikal semata-mata untuk memperbaharui lesen memandu anda. Pasti anda tertanya-tanya bagaimana caranya bukan? Untuk mengetahui cara memperbaharui lesen memandu menggunakan aplikasi MyJPJ, teruskan membaca artikel ini.

    Cara Daftar aplikasi MyJPJ

    Jika anda tidak pernah membuat pembaharuan guna aplikasi MyJPJ atau merupakan pengguna kali pertama, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Ikuti langkah di bawah untuk mendaftar;

    1. Muat turun aplikasi MyJPJ di Playstore atau AppStore di telefon bimbit anda
    2. Tekan butang “Daftar Akaun Baru”
    3. Masukkan nombor kad pengenalan anda
    4. Isi semua maklumat yang diperlukan seperti nombor telefon bimbit, nombor siri lesen memandu dan emel. Biarkan kosong bahagian nombor rujukan. Kemudian klik kotak kecil dan tekan hantar.
    5. Jika pendaftaran anda berjaya, semak e-mel yang telah didaftarkan untuk mendapatkan kata laluan sementara
    6. Log masuk akaun anda dengan menggunakan ID penggina (nombor kad pengenalan) dan kata laluan sementara
    7. Pilih tiga soalan sekuriti yang mudah untuk diingati. Masukkan jawapan untuk soalan yang terpilih. Kemudian klik seterusnya.
    8. Tetapkan kata laluan baru anda dan sahkan.

    Cara renew lesen memandu guna aplikasi MyJPJ

    Setelah anda mendaftar di aplikasi MyJPJ, anda sudah boleh untuk membuat pembaharuan secara mudah. Ikuti langkah di bawah ini untuk mulakan pembaharuan;

    1. Pergi ke bahagian profil
    2. Klik pada pembaharuan
    3. Pilih jenis lesen
    4. Buat pembayaran
    5. Terima lesen memandu baharu anda dalam bentuk digital

    Kelebihan guna lesen memandu digital

    Lesen memandu digital merupakan inovasi terkini yang membawa pelbagai faedah kepada pemegangnya. Berikut adalah beberapa kelebihan lesen memandu digital yang perlu anda tahu;

    1. Mudah dibawa
    2. Mudah diakses
    3. Efisien
    4. Selamat
    5. Tidak akan hilang
    6. Mudah dikemaskini
    7. Mesra alam

    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: