Skip to content
Home » Maksud Papan Tanda Jalan Raya di Malaysia

Maksud Papan Tanda Jalan Raya di Malaysia

Maksud papan tanda jalan raya di Malaysia

Setiap hari memandu dan menggunakan jalan raya, namun adakah anda sedar bahawa terdapat banyak papan tanda dengan warna, kod dan simbol yang berbeza wujud di jalan?

Yang pasti, ia bukanlah sahaja-sahaja dibuat atau direka tetapi setiap daripadanya mempunyai maksud tersendiri bagi kemudahan pengguna jalan raya. 

Apakah fungsi papan tanda jalan raya?

Seperti yang mungkin anda sudah sedia tahu, papan tanda yang ada di jalan raya berfungsi untuk memberi panduan atau maklumat kepada anda sebagai pengguna jalan raya. 

Ia biasanya diletakkan di bahu kiri jalan atau tempat yang mudah dilihat dan selamat buat pengguna jalan raya.

Justeru untuk artikel kali ini, Bjak akan kongsikan dengan lebih lanjut mengenai maksud papan tanda jalan raya di Malaysia untuk pemahaman bersama.

Maksud papan tanda jalan raya di Malaysia

Berikut merupakan maksud bagi beberapa jenis papan tanda jalan raya di Malaysia yang anda kena fahami:

Papan tanda biru

Papan tanda biru

Papan tanda biru digunakan untuk lalu lintas jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran. Ia juga menunjukkan anda sedang memandu dalam laluan tanpa tol di atas jalan-jalan ini.

Jalan Persekutuan

Jalan persekutuan

Jalan raya Persekutuan pada kebiasaannya dilabel dengan nombor sahaja seperti di bawah:

Digit Penjelasan
001 – 249Nombor jalan persekutuan utama
250 – 479Nombor jalan persekutuan kemudahan institusi
EXIT 1 – EXIT 99
EXIT 201 – EXIT 299
Nombor susur keluar jalan persekutuan
1-1 – 1-59
3-1 – 3-99
Nombor jalan persekutuan utama (Sarawak)
A01 – A99Nombor jalan persekutuan utama (Sabah)
700 – 799Nombor jalan persekutuan utama (Labuan)
1000 – 1999
2000 – 2999
Nombor jalan persekutuan FELDA/ FELCRA
3000 – 3999Nombor jalan persekutuan perindustrian

Jalan negeri

Jalan negeri

Papan tanda jalan negeri dilabel dengan huruf seperti berikut:

A- Perak

B- Selangor

C- Pahang

D- Kelantan

J- Johor

K- Kedah

M- Melaka

N- Negeri Sembilan

P- Pulau Pinang

R- Perlis

SA- Sabah

T- Terengganu

Papan tanda hijau

Papan tanda hijau

Papan tanda hijau menunjukkan bahawa anda sedang memandu dalam laluan bertol atau lebuh raya. Ia sering didapati atau digunakan untuk Sistem Lebih Raya Malaysia.

Huruf ‘E’

Huruf 'E' pada papan tanda

Pernah tak anda perasan terdapat papan tanda jalan raya berwarna hijau dengan huruf ‘E’? Sebenarnya, huruf ‘E’ tersebut merupakan singkatan kepada Expressway iaitu lebuh raya. Ia ingin memaklumkan bahawa kenderaan anda sedang atau akan memasuki laluan lebuh raya. 

Papan tanda dengan nama berwarna kuning

Papan tanda huruf kuning

Huruf berwarna kuning pada papan tanda merujuk kepada nama jalan tersebut.

Papan tanda dengan nama berwarna putih

Papan tanda huruf putih

Berbeza dengan huruf yang berwarna kuning, papan tanda dengan tulisan berwarna putih pula merujuk kepada nama bandar dan kawasan

Papan tanda nama putih, latar maroon

Belakang maroon huruf putih

Mudah sahaja, papan tanda ini membawa maksud bahawa ia adalah destinasi pelancongan.

Papan tanda nama jingga, latar hijau

Nama jingga latar hijau

Papan tanda dengan nama atau huruf berwarna jingga dengan latar belakang hijau merujuk kepada bangunan atau institusi kerajaan.

Susunan nama lokasi

Jarak lokasi

Untuk makluman anda, papan tanda jalan raya disusun mengikut jarak. Lokasi yang paling jauh akan diletakkan di atas sekali manakala lokasi paling dekat pula akan diletakkan di bahagian bawah.


Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: