Skip to content
Home » Maksud Simbol Amaran Pada Dashboard – Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Maksud Simbol Amaran Pada Dashboard – Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Ketika sedang memandu di atas jalan raya, tiba-tiba anda melihat simbol amaran menyala pada dashboard anda. Tentu anda mengagak terdapat masalah pada kenderaan anda bukan?

    Namun, adakah anda tahu maksud setiap simbol amaran tersebut? Sebenarnya sebagai seorang pemandu, penting untuk anda fahami maksud simbol-simbol tersebut untuk memastikan kereta anda dalam keadaan baik.

    Lampu amaran akan menyala bagi menandakan bahawa terdapat masalah pada bahagian-bahagian tertentu komponen kereta. Baca artikel ini untuk ketahui maksud lampu amaran yang terdapat pada dashboard anda.

    Lampu tekanan minyak enjin

    Lampu tekanan minyak enjin

    Lampu tekanan minyak enjin menyala pada dashboard anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Ia tidak sahaja menunjukkan bahawa anda kehabisan minyak, tetapi ia juga boleh menandakan bahawa minyak kereta anda kotor ataupun terdapat kebocoran minyak.

    Anda disarakan untuk berhenti di tepi jalan dan tutup enjin kereta terlebih dahulu untuk pemeriksaan sebelum menyambung perjalanan.

    Jangan teruskan pemanduan sekiranya lampu ini menyala kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius pada enjin kereta anda.

    Lampu enjin

    Lampu enjin

    Simbol enjin ini akan menyala apabila komputer enjin dapat mengesan masalah pada sistem kereta anda. Ia berkemungkinan disebabkan oleh masalah enjin, transmisi, suspensi atau brek kereta anda.

    Cara terbaik untuk mengenalpasti masalah ini adalah menerusi pemeriksaan menyeluruh terhadap kereta anda. Masalah mungkin berbeza mengikut jenis, model dan tahun pengeluaran kereta.

    Tetapi, bolehkah anda meneruskan pemanduan sekiranya lampu enjin ini menyala? Ya, anda masih boleh terus memandu.

    Bagaimanapun, anda perlu segera memeriksa kereta anda. Jika anda mengesan sebarang masalah besar seperti enjin kereta bergetar, anda perlu pandu ke kawasan yang lebih selamat dan dapatkan bantuan perkhidmatan tunda. Hubungi talian bebas tol syarikat insurans anda kerana kebiasaannya, perkhidmatan tunda juga disediakan secara percuma sebagai sebahagian daripada perlindungan insurans kereta anda.

    Lampu amaran suhu

    Lampu amaran suhu

    Apabila lampu amaran suhu menyala, ini menandakan bahawa enjin kereta anda terlalu panas. Air sejuk yang tidak mencukupi atau sistem penyejukan yang tidak berfungsi boleh menyebabkan enjin menjadi terlalu panas.

    Walaupun kereta masih boleh dipandu, ia boleh menyebabkan kerosakan enjin yang lebih besar jika anda terus memandu dengan enjin yang panas.

    Sekiranya anda mendapati lampu amaran suhu ini menyala, hentikan kereta anda dengan segera ke bahu jalan untuk mengelakkan enjin menjadi lebih panas.

    Lampu amaran sistem brek

    Lampu amaran sistem brek

    Apabila lampu amaran sistem brek ini menyala, ia boleh menandakan dua masalah berkenaan iaitu, cecair hidraulik (bendalir brek) dalam silinder induk adalah rendah, atau brek letak kereta digunakan.

    Sekiranya anda mendapati lampu amaran ini menyala semasa sedang memandu, segera hentikan kereta ke kawasan yang selamat dan tutup enjin kereta anda. Perkara yang pertama sekali anda perlu lihat adalah brek kecemasan anda. Sekiranya brek anda sudah dilepaskan, pantau cecair hidaraulik anda pula.

    Lampu bateri

    Lampu bateri

    Lampu amaran bateri ini menandakan terdapat masalah pengecasan bateri. Ia menunjukkan bateri kereta anda tidak lagi dicas oleh alternator tetapi sebaliknya hanya menggunakan kuasa yang sedia ada.

    Lampu bateri ini mungkin akan menyala selama sesaat atau dua tetapi ia akan hilang dengan cepat. Sekiranya simbol ini tetap menyala semasa enjin dihidupkan, ini bermakna terdapat masalah dengan alternator anda. Kereta anda hanya dihidupkan dengan kuasa bateri yang ada yang mana akan kehabisan juga lambat-laun.

    Ini apa yang anda perlu lakukan sekiranya lampu bateri ini menyala:

    • Matikan semua komponen elektrik seperti radio dan penghawa dingin
    • Cari bengkel atau pusat servis yang berdekatan
    • Jika tiada bengkel yang berdekatan, pandu kereta anda ke lorong kecemasan dan matikan enjin kereta
    • Dapatkan perkhidmatan tunda daripada syarikat insurans anda

    Lampu amaran minyak

    Lampu amaran minyak

    Kebanyakan pemandu mesti sudah tahu fungsi simbol ini. Simbol amaran ini menandakan minyak kereta anda sudah hampir kehabisan,

    Agak berbahaya sekiranya anda memandu dengan tangki minyak yang kosong. Bayangkan jika anda terperangkap dalam kesesakan trafik? Kereta anda mungkin akan kehabisan minyak di tengah jalan!

    Jadi, kami nasihatkan anda untuk sentiasa pastikan tangki minyak anda sentiasa penuh.

    Lampu kawalan daya tarikan

    Lampu kawalan daya tarikan

    Lampu ini menandakan sistem kawalan daya tarikan kereta anda sudah diaktifkan. Sistem kawalan ini menggunakan sistem anti-kunci brek anda untuk menentukan sama ada satu roda berputar lebih laju daripada roda yang lain.

    Jika ia mengesan bahawa roda sedang tergelincir, ia menggunakan brek sehingga ia mendapat cengkaman semula. Ini sangat membantu apabila anda memandu dalam hujan atau salji.

    Fahami lampu amaran pada dashboard anda

    Di sini, kami telah sertakan beberapa amaran yang sering muncul pada dashboard anda, yang wajib anda ketahui. Sekiranya anda tidak pasti, anda boleh merujuk panduan manual yang terdapat dalam kereta anda.

    Selain itu, pastikan juga insurans kereta anda sentiasa aktif. Sekiranya tarikh tempoh insurans anda sudah hampir tamat, anda perlu segera memperbaharui insurans kereta agar tidak terlewat.

    Kunjungi Bjak, salah satu laman perbandingan insurans yang terbesar di Malaysia, untuk dapatkan sebut harga insurans kereta anda secara percuma dalam masa 5 minit sahaja.