Skip to content
Home » Senarai Syarikat Insurans Kereta di Malaysia – Talian Bebas Tol Yang Boleh Dihubungi

Senarai Syarikat Insurans Kereta di Malaysia – Talian Bebas Tol Yang Boleh Dihubungi

    senarai syarikat insurans kereta di Malaysia

    Sekiranya kereta anda secara tiba-tiba terlibat dalam kemalangan atau mengalami kerosakan di tepi jalan raya, usah panik!

    Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya menghubungi syarikat insurans anda untuk mendapatkan bantuan tepi jalan atau khidmat tunda daripada mereka jika memerlukan.

    Justeru, di sini kami akan kongsikan senarai nombor talian bebas tol syarikat-syarikat insurans di Malaysia yang anda boleh hubungi sekiranya berlaku kecemasan membabitkan kenderaan anda.

    Senarai syarikat insurans kereta di Malaysia – nombor hotline yang boleh dihubungi

    Berikut disertakan senarai nombor hotline syarikat insurans kereta di Malaysia yang boleh anda hubungi.

    Allianz – 1 800 22 5542

    Tokio Marine –  1 800 88 1301

    MSIG – 1 300 88 0833

    Zurich – 1 300 88 6222

    Liberty – 1 300 88 5005

    Lonpac – 1 300 88 1138

    Pacific & Orient – 1 800 88 2121

    RHB – 1 300 88 0881

    MPI Generali – 1 800 22 2262

    AIG – 1 800 88 8811

    Kurnia – 1 800 88 3833

    AXA – 1 800 88 1033

    AmAssurance – 1 800 88 6333

    AIA – 1 800 88 8733

    CHUBB – 1 300 88 0218 

    Berjaya Sompo – 1 800 18 8033

    Takaful Malaysia – 1 800 88 8788

    Etiqa Takaful – 1 800 88 6491

    Takaful Ikhlas – 1 800 88 1186

    Talian pusat panggilan bantuan kemalangan

    Hubungi Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan di nombor 15500 untuk mendapatkan bantuan segera sekiranya berlaku kemalangan.

    Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan yang disediakan oleh Industri Insurans dan Takaful Malaysia di nombor 15500 untuk mendapatkan bantuan segera sekiranya berlaku kemalangan.

    Talian ini tersedia 24 jam dan melindungi serta menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti di bawah:

    • Bantuan Kecemasan Tepi Jalan 
    • Pertolongan Khidmat Tunda (Perlu dibayar sendiri)
    • Bantuan untuk menyemak perlindungan dan menghubungkan anda dengan syarikat insurans
    • Pertanyaan tuntutan insurans kenderaan am
    • Siasatan prosedur kemalangan
    • Pemberitahuan Aduan
    • Pemberitahuan mengenai sebarang penipuan

    Bersiap sedia

    Sebagai pemilik kereta, anda sangat digalakkan untuk menyimpan nombor telefon syarikat insurans/ talian hotline 24 jam mereka supaya boleh dihubungi dengan segera apabila berlaku kecemasan di jalan raya. 

    Bagi mendapatkan perlindungan yang lebih sempurna dan terjamin, anda juga boleh menjadi ahli VIP Bjak apabila renew insurans kereta di platform kami. Dengan VIP Bjak, lebih banyak perlindungan dan manfaat menarik boleh anda nikmati.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: