Ramai pemilik kenderaan dalam Malaysia tahu mengetahui cara semakan jumlah NCD mereka. Dengan NCD insurance calulator, kami boleh semakan jumlah diskaun yang tersedia & boleh diguna untuk pembelian insurans kenderaan untuk jimat besar dari mengurangkan jumlah harga premium. Dalam artikel akan bincang cara mengguna insurance calculator dalam Malaysia untuk jimat kos pembelanjaan.
Apa Itu NCD dan Cara Ia Berfungsi
NCD adalah diskaun yang diberi pada pemilik kenderaan selepas pembelian insuran berturut-turut untuk beberapa tahun & jika tiada buat sebarang tuntutan. Ia boleh diguna semasa pembelian insurans kenderaan untuk jimat kos dengan mengurangkan jumlah premium.
Semakin lama anda memandu tanpa kemalangan atau tuntutan, semakin tinggi peratusan diskaun anda.
| Tahun Tanpa Tuntutan | Kadar NCD (%) |
| Tahun 1 | 25% |
| Tahun 2 | 30% |
| Tahun 3 | 38.88% |
| Tahun 4 | 45% |
| Tahun 5 dan ke atas | 55% (Maksimum) |
Cara Guna NCD Insurance Calculator Malaysia
Kalkulator NCD membolehkan anda semak diskaun dengan cepat tanpa perlu hubungi syarikat insurans. Anda hanya perlu:
- Masukkan nombor plat kereta.
- Pilih jenis insurans (Komprehensif atau Pihak Ketiga).
- Sistem akan tunjuk kadar NCD semasa dan jumlah premium selepas diskaun.
Di platform seperti BJAK, semakan ini dilakukan secara automatik apabila anda masukkan nombor plat semasa mendapatkan sebut harga insurans. Mudah, tepat, dan percuma.
Kenapa NCD Anda Boleh Turun
Walaupun anda tidak buat tuntutan, beberapa faktor boleh menyebabkan NCD hilang atau dikurangkan, seperti:
- Tukar kereta atau pemilik tanpa pindahkan NCD.
- Buat tuntutan pihak sendiri (Own Damage).
- Polisi tamat lebih 12 bulan tanpa diperbaharui.
Jika ini berlaku, semak dengan insurans anda atau guna semakan rasmi JPJ/Bjak untuk sahkan status NCD terkini.
Kesimpulan
Gunakan NCD Insurance Calculator Malaysia untuk tahu potensi diskaun dan nilai premium sebenar sebelum memperbaharui insurans kereta. Dengan semakan awal, anda boleh rancang bajet, kekalkan diskaun maksimum 55%, dan elak sebarang kehilangan NCD. Platform seperti BJAK menjadikannya lebih mudah — semua info terus dipaparkan, lengkap dengan pilihan syarikat insurans seperti Allianz, Zurich Takaful, Liberty, RHB, P&O Insurance, dan Takaful Malaysia.

Baca Juga:
Cara Kira Roadtax Kereta Diesel, Hybrid & EV

