Tapak tangan berpeluh, anggota badan rasa tidak sedap, nafas terasa sesak – itu belum lagi kereta memasuki jalan raya yang sibuk. Sekiranya anda mengalami anxiety untuk memandu, anda mungkin akan mengalami gejala-gejala itu, bukan?
Jangan risau, bukan anda seorang sahaja yang mengalaminya. Bahkan ramai lagi mungkin mengalami perkara yang sama.
Sebenarnya, seseorang itu mungkin hilang rasa keyakinan untuk memandu atas pelbagai faktor. Antaranya adalah trauma (pernah mengalami kemalangan yang teruk), hampir terbabit dalam kemalangan, kurang mahir untuk memarkirkan kenderaan atau terlalu jarang memandu.
Bagaimana untuk mengatasinya? Salah satunya adalah dengan memandu lebih kerap di atas jalan raya besar bagi mengurangkan fobia dan rasa gugup itu. Namun ia mungkin terlalu sukar, lebih-lebih lagi untuk yang sudah lama mengalami fobia tersebut. Tetapi, jika anda ingin cuba mengatasinya namun tidak tahu cara yang tepat, apa kata teruskan membaca artikel ini. Mana tahu sedikit sebanyak dapat membantu anda!
Cara kenalpasti ‘nervous driver’
Sesetengah individu mungkin mengalami rasa gugup untuk memandu yang tidak ketara, namun ada juga yang terlalu takut untuk melakukannya. Menurut Anxiety UK, fobia untuk memandu ini ada beberapa tahap. Ada yang tidak berani memandu di jalan raya besar, anda yang takut untuk melalui roundabouts, ada yang risau memikirkan di mana untuk parkirkan kereta, ada yang takut terperangkap dalam trafik dan banyak lagi.
Untuk seseorang yang gugup untuk memandu, mereka mungkin akan mengalami tingkah laku berikut:
- tidak berani memandu secara berseorangan dan sering memerlukan peneman
- sering mengelak jalan yang tidak ‘familiar’
- sering mengelak halangan seperti roundabouts atau jalan besar
- mengalami claustrophobia atau panik apabila berada dalam kesesakan trafik untuk tempoh yang lama.
Tips terbaik untuk ‘nervous drivers’
Sebelum memulakan perjalanan
Periksa kereta anda. Salah satu kerisauan utama adalah jika kereta mengalami kerosakan ketika sedang memandu. Jadi, penyelesaian terbaik adalah periksa dulu kereta anda, terutamanya tekanan tayar dan juga paras petrol. Namun jika kereta anda kerap diservis, maka kebimbangan ini mungkin akan kurang.
Kenalpasti jalan yang anda ingin lalui. Jika anda ingin menuju ke tempat yang kurang dikenali, maka sebaiknya anda lihat dan periksa dahulu jalan yang akan dilalui itu. Bagaimana caranya? Gunakan sahaja pelbagai aplikasi yang ada seperti Google Maps atau Waze. Pastinya dapat membantu anda!
Elak memandu pada waktu puncak. Jangan terlalu memaksa diri anda. Jika kurang yakin untuk memandu di jalan raya yang sesak, cuba cari waktu yang sesuai untuk diri anda. Atur perjalanan, contohnya memandu di antara jam 10 pagi – 3 petang. Ia mungkin akan membuatkan anda berasa sedikit tenang untuk memandu.
Periksa keadaan cuaca. Memandu ketika cuaca hujan mungkin akan menambahkan lagi kerisauan anda. Jadi, untuk mengelakkan ia berlaku, periksa dulu cuaca pada hari tersebut. Jika anda merasakan ia kurang sesuai, maka tangguhkan dahulu perjalanan anda dan tunggu sehingga cuaca baik.
Letakkan phone dalam ‘silent mode’. Salah satu kesalahan biasa yang dilakukan oleh pemandu adalah bermain telefon bimbit. Jangan ya! Ia berbahaya bukan sahaja untuk diri anda, bahkan juga pengguna jalan raya lain. Sebaiknya, set kan telefon bimbit anda ke mode senyap supaya ia tidak mengganggu pemanduan anda nanti.
Ketika sedang memandu
Ambil masa anda. Anda tidak perlu memandu dengan laju. Pandu sahaja kenderaan anda di tahap kelajuan yang sederhana, di lorong yang betul. Jika anda rasa perlukan rehat, berhenti seketika di kawasan yang selamat seperti di stesen minyak untuk melegakan rasa gugup anda.
Cuba tumpukan perhatian. Jangan biarkan perkara lain menganggu fikiran anda. Berikan fokus yang sepenuhnya kepada pemanduan anda sahaja bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
Pasang radio/ lagu. Untuk membantu anda terasa lebih tenang ketika memandu, pasanglah radio atau lagu di dalam kereta anda. Namun ingat, jangan pasang terlalu kuat kerana ia mungkin boleh mengganggu fokus anda pula nanti.
Selepas memandu
Kekal tenang. Walaupun anda mungkin berasa teruja dan gembira kerana akhirnya anda sampai ke destinasi dengan selamat, namun pastikan anda kekal tenang dan fokus. Pastikan kereta anda telah diparkirkan di tempat yang betul dan selamat, brek tangan telah ditarik dengan baik, lampu telah dimatikan dan paling penting, kereta telah dikunci.
Kerapkan memandu. Perjalanan anda kali ini berjalan dengan lancar? Maka ia mungkin petanda positif untuk anda terus memandu selepas ini. Semakin kerap anda memandu, semakin kurang rasa nervous dalam diri anda. Percayalah yang anda boleh lakukannya!
Atasi rasa gugup anda!
Rasa gugup untuk memandu boleh diatasi dengan latihan memandu yang lebih kerap. Cuba kekal tenang dan positifkan minda anda. Lama kelamaan, anda pasti akan dapat mengurangkan rasa takut dan gementar untuk memandu.
Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.
Baca juga: