Jika ingin melancong ke luar negara, salah satu dokumen penting yang perlu dibawa adalah passport. Tidak kiralah anda ingin melancong sekejap atau lama, pergi atas urusan kerja dan sebagainya, passport perlu sentiasa di bawa ke mana-mana sahaja. Namun malang tidak berbau. Apa nak buat jika passport kita hilang ketika sedang melancong?
Perasaan cemas, takut dan risau pastinya akan timbul apabila satu-satunya dokumen wajib dan perlu sentiasa dibawa bersama ketika melancong luar negara ‘ghaib’ begitu sahaja. Namun, jangan panik dahulu! Ikut sahaja tips ini jika passport anda hilang ketika melancong.
Hubungi syarikat insurans anda
Untuk melancong ke luar negara, anda sangat digalakkan untuk mengambil perlindungan insurans perjalanan. Mengapa? Ia penting bagi melindungi serta membantu anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka ketika melancong, termasuklah kejadian passport hilang.
Dengan adanya insurans perjalanan atau travel insurance, anda boleh menghubungi mereka untuk dapatkan bantuan lanjut. Bahkan, syarikat insurans andalah yang perlu dihubungi terlebih dahulu selepas menyedari passport anda hilang.
Kebanyakan syarikat insurans perjalanan akan menawarkan bantuan khidmat pelanggan 24/7 bagi menerangkan kepada anda tentang langkah seterusnya yang perlu dilakukan, begitu juga perihal dokumen yang perlu disediakan.
Selain itu, syarikat insurans anda itu juga akan bantu menerangkan kepada anda mengenai dokumen yang perlu ada bagi membuat tuntutan insurans untuk sebarang perbelanjaan tambahan akibat kehilangan passport, contohnya tambahan hari perjalanan dan juga perbelanjaan pengangkutan bagi urusan tersebut.
Hubungi Kedutaan atau Konsulat Malaysia terdekat
Sebaik sahaja dibuka, sila hubungi atau kunjungi terus Kedutaan atau Konsulat Malaysia yang terdekat. Pihak kedutaan biasanya akan menerangkan kepada anda mengenai prosedur untuk memohon dan mendapatkan Dokumen Pengenalan yang membolehkan anda pulang semula ke Malaysia tanpa paspport.
Jika anda tidak pasti apakah nombor kedutaan yang boleh dihubungi, sila tanya semula kepada penanggung insurans anda. Biasanya syarikat insurans akan memberikan nombor telefon kedutaan yang boleh dihubungi bagi membantu dan memudahkan urusan anda.
Sila simpan segala resit perjalanan ke pejabat kedutaan untuk diserahkan kepada syarikat insurans nanti.
Ambil gambar ukuran passport
Sebelum ke pejabat kedutaan Malaysia, pastikan anda sudah miliki satu gambar berukuran passport ya. Anda akan diminta untuk menyerahkannya agar pihak kedutaan dapat mengeluarkan Dokumen Perjalanan kepada anda.
Jadi, sila pergi ke mana-mana studio foto berdekatan anda dan dapatkan dahulu gambar berukuran passport buat diri anda.
Buat laporan polis
Passport anda mungkin hilang akibat dicuri! Jadi jangan teragak-agak untuk membuat laporan polis di balai polis yang berdekatan. Anda mungkin perlu mengemukakan salinan laporan polis bagi mengemukakan tuntutan insurans akibat passport hilang nanti.
Simpan segala resit dan pengesahan tempahan
Bagi menyelesaikan urusan passport hilang, anda mungkin terpaksa membelanjakan wang tambahan termasuklah daripada segi pengangkutan ke kedutaan, tambahan hari perjalanan sehingga terlepas waktu penerbangan asal dan lain-lain.
Jadi, sila simpan segala resit dan pengesahan tempahan tersebut untuk dihantar kepada syarikat insurans bagi urusan tuntutan nanti!
Untuk itu, pastikan anda miliki insurans perjalanan dahulu ya, barulah anda layak membuat tuntutan insurans. Jangan anggap insurans itu tidak penting lagi selepas ini. Ingat, kita tidak dapat jangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang, jadi lebih baik sediakan payung sebelum hujan.
Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia dan telah dipercayai lebih 3 juta pengguna. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.
Baca juga: