Skip to content
Home » Tips Jimat Untuk Travel Luar Negara

Tips Jimat Untuk Travel Luar Negara

    Tips jimat travel luar negara

    Ramai orang memasang niat untuk bercuti ke luar negara bagi merasai pengalaman berada di negara orang. Ada yang kerap pergi bercuti hampir setiap tahun, namun mungkin ada juga yang masih belum berpeluang untuk bercuti ke luar negara atas pelbagai faktor terutamanya kekurangan bajet. 

    Ya, percutian tanpa bajet yang mencukupi khususnya jika ingin ke luar negara boleh jadi kurang menyenangkan. Disebabkan itu, perancangan perlu dibuat dengan teliti agar segalanya berjalan dengan lancar dan menyeronokkan.

    Bagaimanapun, jika anda masih berhasrat untuk bercuti di luar negara disamping memiliki bajet yang terhad, anda mungkin perlu tahu dan gunakan tips jimat ketika travel ini. 

    Jangan travel ketika musim percutian

    Sebenarnya, ini mungkin tips yang ramai orang masih terlepas pandang. Sememangnya, kita lebih mudah untuk mendapat cuti panjang khususnya ketika musim percutian. Namun, jika anda terikat dengan bajet atau ingin lebih jimat, elakkan sahaja mengunjungi luar negara ketika musim percutian ini. Kos bagi tiket penerbangan serta tempat penginapan biasanya akan melonjak naik berbanding hari biasa dalam tempoh ini.

    Jadi seeloknya, pergi sahaja melancong di luar musim percutian ya! Contohnya jangan pergi ketika tahun baru, Hari Natal, Hari Raya dan cuti sekolah.

    Buat perancangan lebih awal

    Sila pastikan anda telah membuat perancangan yang lebih awal sebelum ingin bercuti ke luar negara. Beli dahulu tiket penerbangan beberapa bulan sebelum tarikh bercuti untuk mendapatkan harga tiket yang lebih murah. Kemudian, book tempat penginapan sebulan atau 2 minggu sebelum anda tiba di negara tersebut.

    Dengan cara ini, anda boleh jimat banyak dan mengurangkan tekanan khususnya dari segi kewangan apabila tarikh untuk pergi bercuti semakin hampir.

    Jangan lupa juga untuk renew atau buat passport anda ya!

    Tukar duit siap-siap

    Nak pergi melancong luar negara? Jadi anda perlulah sediakan wang tunai mengikut mata wang negara tersebut, kan? 

    Elakkan membuat pertukaran wang di lapangan terbang atau hotel. Kedua-dua tempat ini biasanya menawarkan kadar pertukaran wang asing yang lebih tinggi berbanding di luar. Bahkan, anda mungkin dikenakan komisyen oleh mereka. 

    Sebaiknya, tukar sahaja siap-siap di tanah air anda dahulu. Lagi jimat bahkan selamat. 

    Cari tempat penginapan mesra bajet

    Dah nama pun nak jimat ketika travel kan? Jadi, anda tidak perlulah berhasrat untuk tinggal di hotel mewah sepanjang percutian berlangsung. 

    Jika boleh, pilih sahaja tempat penginapan seperti hostel, air bnb atau homestay yang mana harganya lebih murah daripada sebilik hotel. Bahkan tempat penginapan seperti ini juga mempunyai kemudahan yang tidak terhad bahkan lebih fleksibel terutamanya yang pergi bercuti beramai-ramai.  

    Tak perlu beli cenderamata

    Memanglah menyeronokkan jika kita dapat menghadiahkan cenderamata kepada ahli keluarga atau rakan yang ada di tanah air, bukan? Namun, jika anda mempunyai kekangan bajet, anda tidak perlulah melakukannya. Atau boleh terhadkan pembeliannya dari segi harga atau kuantiti?

    Ingat, anda perlu pastikan percutian anda itu menyeronokkan dahulu, barulah fikirkan perkara lain ya.

    Jalan kaki atau naik kenderaan awam seperti bas atau kereta api

    Tak perlulah menyewa kenderaan pacuan empat roda seperti kereta untuk digunakan ketika sedang bercuti. Gunakan kesempatan ini untuk mencuba pengangkutan awam yang ada di negara tersebut.

    Bahkan jika boleh, anda juga digalakkan untuk berjalan kaki sahaja jika tempat yang anda ingin tuju dari satu ke satu tempat itu tidak terlalu jauh.

    Asingkan bajet

    Jangan campurkan sekali wang anda untuk keperluan wajib ketika bercuti (seperti penginapan dan makan) dengan wang untuk mencuba pelbagai aktiviti serta membeli- belah. 

    Dengan cara ini, percutian anda akan lebih lancar bahkan anda juga dapat lakukan apa yang anda ingini mengikut bajet yang sudah tersedia. Kalau nak shopping pun, cukuplah beli 1 atau 2 barang sahaja untuk anda. 

    Dapatkan insurans perjalanan

    Fahami perkara mengenai insurans perjalanan

    Ini juga salah satu tips penting untuk anda jimat ketika travel luar negara ya. Anda perlu ingat, apa sahaja boleh berlaku apabila sedang berseronok bercuti. Sila pastikan anda dapatkan insurans perjalanan sebelum pergi melancong bagi memastikan anda boleh dilindungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

    Harga untuk insurans perjalanan ini tidak mahal dan hanya perlu dibeli apabila ingin bercuti sahaja. Berbanding mengeluarkan wang untuk menanggung segala risiko kerugian yang mungkin berlaku, adalah lebih baik anda lindungi dahulu diri anda dengan insurans perjalanan ya. 

    Nak beli insurans perjalanan tidak sukar pun. Kini anda boleh sahaja dapatkannya secara online di Bjak. Ada 9 jenama insurans terbaik dan diiktiraf yang boleh anda bandingkan sekaligus. Pastinya ada satu pelan yang bersesuaian dengan bajet anda.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia dan telah dipercayai lebih 3 juta pengguna. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: